Balik Raya


17 September 2007

Tepat pukul 5 petang aku bergerak meninggalkan Arau tuk balik umah setelah Sam merogerkan kat aku bahawa jalan Arau-Changlon tak da polis wat road-block. Aku pun apa lagi…terus memecut laju motor ngan harapan aku cepat sampai umah. Tapi bila aku sampai ja kat Pauh hujan mulai turun…”Aduh!!! Hujan la plak, cam na aku nak balik ni?,” aku merungut sindirian dalam hati. Memandangkan perasaan aku meronta-ronta rindukan umah sangat so aku amik keputusan tuk redah ja ujan tu…perasaan tuk cepat sampai umah tu mengatasi segala-galanya. Bila aku dah dikuasai oleh perasaan ni lautan api jua sanggupku redah…inikan pula hujan. Hahaha…

Hujan memang lebat masa tu sampai jalan pun aku tak brapa nak nampak dah…motor yang pada mulanya dipandu laju oleh aku menjadi semakin perlahan. Suma ni gara-gara tuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku…kata orang utamakan keselamatan. “Anak-anak ni tak tau yang kita sayang kat dia ni,” tiba-tiba ja aku teringat kat iklan TV ni. Hahahaha…iklan yang agak lucu bagi sesetengah kita ni(terutama skali kat dak-dak umah aku)mempunyai mesej yang penting untuk disampaikan. “Ingatlah Orang Yang Tersayang”, tu la mesej yang ingin disampaikan supaya kita lebih berhati-hati ketika di jalan raya.

Sampai ja aku di pekan Changlon hujan pun berhenti…aku menarik nafas lega, leh la aku meneruskan perjalanan aku tanpa sebarangan masalah lagi. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah ari…sampai ja aku di Kampung Darat hujan turun balik, malahan kali ni makin lebat. Aku cam besa la tak berhenti berteduh pun, slumber rock ja redah hujan tu cam tak da apa-apa…alang-alang dah basah baik aku terus redah ja ye tak? Masa aku melalui satu kawasan kat jalan Kampung Darat tu tiba-tiba ja ada orang tahan motor aku…aku jadi gelabah.

Aku teringat akan pesan orang tua aku supaya jangan berhenti kalo ada orang tahan. Yela manusia zaman skunk ni bukannya leh percaya sangat…mula-mula tahan motor orang buat-buat nak mintak tolong tapi last-last skali kita plak yang kena mintak tolong. Banyak sangat dah kes yang cam ni terjadi…so aku wat tak tau ja kat brader yang tahan motor aku tu. Tapi bila aku melepasi brader tu je tiba-tiba terdetik kat ati aku ni yang mengatakan brader tu tol-tol perlukan pertolongan…aku jadi serba salah samada nak ikot nasihat orang tua aku atau nak ikut naluri kemanusiaan aku ni. Last-last skali aku amik keputusan tuk ikut cakap naluri aku ja. Apa nak jadi pun jadi la…niat aku nak tolong orang so aku yakin yang tuhan akan tolong aku gak.

Aku pun patah balik la motor aku gi kat brader tu walaupun aku dah jauh melepasi brader tu…sampai je aku kat brader tu aku tengok brader tu ngah pegang sekoq ulaq yang dah mati. “Ah, sudah!!! Gila ka apa brader ni?”, pikir aku dalam ati. Aku wat-wat cool walaupun secara realitinya aku rasa sedikit tak sedap ati…aku dah mula pegang pisau yang disimpan dalam poket suaq aku sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Tabiat aku membawa pisau dalam poket ni terbawa-bawa sampai skunk pas aku keja kat Gaint semasa aku tunggu result STPM dulu…masa keja kat Gaint dulu aku diingatkan oleh rakan sekerja merangkap bos aku iaitu Din Beruang(skunk ni dia dah jadi cikgu kat Kelantan)tuk bawak pisau supaya senang tuk bukak ngan check stock barang.

Brader tu mula bersuara…dia tanya aku ulaq yang dia pegang tu ulaq apa? Aku amati tol-tol ulaq yang dia pegang tu…pas tu aku gitau la yang dia pegang tu ulaq ayaq. Brader tu menarik nafas lega…aku masih tak paham apa motif dia tanya aku pasal ulaq tu, so aku tanya la brader tu apa masalah dia. Tak kan la tahan aku semata-mata nak tanya pasal ulaq tu ja? Ni bleh bikin marah ni…huhu. Brader tu pun gitau aku yang dia kena patuk ngan ulaq tu…pasal tu la dia dok risau kot-kot ulaq tu berbisa. Aku kata jangan dok takut sangat la coz kena patuk ngan ulaq ayaq ja pun…tak mati punya. Seblom aku meneruskan perjalanan aku balik ke umah, aku wat-wat la amik berat kat brader tu sikit ngan tanya kat dia nak gi hospital ke tak? Kalo nak gi aku leh antarkan…nasib baik la dia kata tak payah. Hahaha…

Aku pun sambung la perjalanan nak balik ke umah aku semula didalam hujan yang still lagi mencurah-curah turun membasahi bumi. Sampai ja aku di pekan Kola Nerang hujan tak brenti gak lagi…ayaq mula membanjiri jalan-jalan hingga beberapa kali gak la aku bermandikan ayaq-ayaq jalanan tu. Suma ni gara-gara sikap kebabian sesetengah pemandu-pemandu keta yang tak reti nak slow keta depa ketika melalui jalan-jalan yang dipenuhi ayaq-ayaq hujan yang bertakung…tak da otak punya orang!!! Tak da timbang rasa tol kat penunggang-penunggang yang cam aku ni…aku harap pemandu-pemandu keta yang bersikap kebabian ni mampos dilanggar lori taik. Bengong tol!!!! Disebabkan kebabian babi-babi yang memandu keta ni aku tak leh brenti kat bazar ramadhan kat Kola Nerang tuk membeli 1-2 juadah berbuka tuk dibawak balik kat family aku coz aku mengalami kebasahan yang teruk sampai suaq dalam aku pun basah gak…mana selesa beb nak jalan-jalan ngan suaq dalam yang basah. Hehe…

Aku meninggalkan pekan Kola Nerang ngan perasaan serba salah coz aku balik tanpa bawak apa-apa buah tangan tuk family aku…sedih tol. Tapi memandangkan jam dah menunjukkan kol 6.30 petang so aku teruskan perjalanan aku gak coz nanti takut tak sempat tuk berbuka plak…tepat kol 7 petang aku slamat sampai kat umah. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 1 jam setengah menjadi 2 jam gara-gara hujan…cam nak ilang bontot aku diwatnya. Huhu…dari luaq aku dah bau ayam masak hijau yang mak aku wat(feveret aku ni). Perghh!!!! Best siot!!! Dah lama sangat aku tak makan masakan mak aku ni… kat Arau asyik dok makan megi ja.



0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates