Manchester United vs Blackburn Rovers 2009/2010


First aku nak tanya dulu kemana menghilangnya suara-suara sumbang dari fans Liverpool yang dok bising sangat pada minggu lepas? Takkan tiba-tiba senyap cam tu ja? Minggu sebelom lawan ngan Man U ari tu pun aku tengok senyap sunyi ja…takkan suara dah abis kot? Ke sebab rasa sedih sangat coz terpaksa kembali ke mood berkabung balik? Wakakaka…besa la bukannya senang nak merasa menang, so bila dah menang tu kena la raikan sepuas-puasnya tol tak? Skali skala merasa menang kan so apa salahnya nak celebrate pun? Tapi jangan la seronok sangat coz langit bukan selalunya cerah. Huhu…

Okey skunk baru aku nak cita pasal game ni…aku tengok game ni ngan Kame ja coz dak-dak umah aku yang lain dok study tuk exam paper Global sok ari. Secara keseluruhan game ni amat membosankan… aku siap menguap lagi sebagai tanda menunjukkan game ni memang membosankan. Ni secara tak langsung membuatkan aku sedar akan satu perkara iaitu selain membaca buku, menonton perlawanan bola sepak jugak mampu menjadi ubat tidoq yang paling berkesan. So kepada sesapa yang ada masalah nak tidoq tu tengok la perlawanan bola sepak…nescaya anda akan tertidoq. Tambah-tambah lagi kalo tengok bola sepak Malaysia, lagi la cepat tidoq. Huhu…

Walaubagaimanapun pagi tadi aku amat berpuas ati ngan persembahan si makhluk lembab iaitu Berbatov…kalo tiap-tiap game dia perform cam ni kan bagus? Tak da la aku dok susah-susah menyumpah seranah dia…save la sikit aku punya energy and secara tak langsung kurang la sikit aku punya dosa. Ni tak, main bola bajet macam pi makan angin kat Langkawi…orang lain dok pulun kejaq bola kat tengah padang dia leh berjalan rilex ja. Sapa tak marah beb kalo dah cam ni? Apa –apa pun tahniah kat dia coz berjaya menjaringkan gol semalam…tak lupa gak buat Rooney yang menjaringkan gol ke-2. Fight for the glory!!!! Yihaaaa…

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates