Makan Besar


Malam Raya Cina ari tu aku, Warf, Edy dan juga Carlos beramai-ramai gi KFC Kangar konon-kononnya tuk makan besaq la sempena Raya Cina ni...1 Malaysia la katakan so tak salah la kan kalo kami sama-sama menyambutnya pun. Huhu...agak ramai gak orang pada malam tu, nasib baik la still lagi ada tempat kosong tuk kami lepak. Kalo tak terpaksa la kami tukaq plan ngan tapau ja KFC tu bawak gi lepak kat mana-mana yang patut. Sambil-sambil lepak kat KFC kami pasang plan nak lepak kat mana plak pas tu...ari still lagi muda beb, takkan la nak terus balik kan?! Tak remaja r cam tu...hahaha. Maka dengan itu, bermacam-macam cadangan di lemparkan oleh kami...ada yang nak gi Kola Perlis la, nak pi skodeng orang beromen kat taman la (ari Raya Cina jatuh sama ngan ari Valentine so mesti la ramai orang yang bermadu asmara kan) dan ada yang mencadangkan kami gi lepak kat  Menara Alor Setaq ja. Huhu...akhirnya kami mengambil keputusan tuk gi lepak kat Kola Perlis ja and then pas tu kami balik lepak kat sekitar kawasan Kangar. Dalam kol 4.30 pagi baru kami balik umah...huhu. Ni merupakan beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan...









0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates