Komik "Nota Kaki Di Gaza"


Ini bukannya sebuah komik pasal sorang superhero menyelamatkan penduduk Gaza dari kekejaman Zionis ke hapa, tapi ni merupakan sebuah komik yang berlatar belakangkan wilayah yang sentiasa dikepung dan di bom oleh Israel lahanat. Tragedi-tragedi semasa yang melanda Gaza mampu menjadi latar belakang kepada watak utama iaitu penulis itu sendiri, mengembara dalam 388 muka surat bergambar, menepis serangan peluru  berpandu dan penembak tepat Israel dimana beliau cuba untuk menghidupkan semula suasana 2 kejadian penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel pada tahun 1956.


Ini secara tak langsung telah menyebabkan ramai penduduk Gaza terkejut dan tak kurang gak ada yang melahirkan rasa marah kerana Sacco membangkitkan kembali tragedi yang telah lama berlaku tu. Namun begitu Sacco masih tak berganjak dari pendiriannya itu selepas mendengar pengakuan seorang pejuang Muslim yang menjadi mangsa penyembelihan di Khan Younis itu, "Peristiwa itu telah meninggalkan parut di hati saya yang tak akan sembuh selamanya...mereka (Israel) telah menanamkan kebencian di dalam hati-hati kami".


Dalam rangka penyiasatannya, Sacco yang telah memenangi anugerah sebagai wartawan kartunis dan telah menerbitkan karya tentang Bosnia serta wilayah-wilayah Palestin, menghasilkan kes yang meyakinkan bahawa peristiwa 2 penyembelihan beramai-ramai itu adalah isu yang penting pada masa tu hanya menerima sedikit perhatian dalam laporan PBB dan media, kini merupakan kunci penderitaan dan kemarahan 1.5 juta penduduk Palestin yang sedang terkepung pada masa ni.

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates