Earth Day 2010

Diam tak diam dah 40 tahun penduduk bumi menyambut Earth Day sejak kali pertama disambut pada 22 April 1970...Earth Day diasaskan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan penghargaan penduduk bumi terhadap  persekitaran bumi. Namun begitu, sejauh manakah penduduk bumi sedaq akan kepentingan menjaga bumi yang semakin nazak ni dan bagaimanakah penduduk bumi mengzahirkan penghargaan terhadap persekitaran bumi? Adakah ngan mengotorkan bumi dan memusnahkan alam sekitar menunjukkan penduduk bumi menghargai bumi? Hmm...apa yang aku nampak skunk ni bumi kita semakin tenat gara-gara kerakusan, ketamakan dan kebodohan penduduk bumi sindri. 


Pemanasan global, pencemaran, perubahan cuaca dan bencana alam yang semakin galak memamah bumi skunk ni adalah berpunca dari tangan manusia yang rakus mengejar sekeping kertas yang di panggil wang. Hakikat duniya skunk ni segala-gala dinilaikan berdasarkan wang...rasa cam bangang ja!! Yela...kehidupan, cinta, alam sumanya dinilai mengguna sehelai kertas, tak ke bangang namanya tu? Huhu...aku tak nafikan akan kepentingan wang tapi kita kena ingat la bahawa wang bukanlah segala-galanya. Tak suma benda boleh dinilaikan dengan wang...jangan la kita sampai menjadi buta ngan menjadi hamba kepada wang. 


Sanggup ke kita melihat anak cucu kita menderita di masa depan gara-gara kebodohan kita? Kepanasan yang dialami diseluruh duniya skunk ni pun dah tak mampu kita nak tanggung (terutama skali kat Arau) so bayangkan la apa yang bakal anak cucu kita tanggung dimasa depan. Tuk menyelamatkan bumi dari terus musnah aku rasa mungkin dah terlambat tapi sekurang-kurangnya kita mampu mengurangkan kemusnahan yang di alami oleh bumi kita ni. Huhu...so pikir la sindri. "Save the world, save the generation." Peace!!!!

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates