Gambling Apocalypse Kaiji

Masa kali pertama aku tengok poster movie ni kat Jitra Mall aku ingatkan ni movie Yu-Gi-Oh coz aku tengok kat poster ni ada banyak sangat kad yang aku sangkakan sebagai dueling cards Yu-Gi-Oh...memandangkan aku merupakan peminat tegar manga, anime dan game Yu-Gi-Oh maka secara tak langsung ianya membuatkan aku excited tuk tengok movie ni. So setelah beberapa lama movie ni keluaq akhirnya semalam aku berjaya tengok gak movie ni dan baru aku sedaq bahawa ni bukannya movie Yu-Gi-Oh. Walaupun ni bukan movie Yu-Gi-Oh tapi aku cukup berpuas ati dan enjoy menonton movie ni...best siott!!! Movie ni merupakan adaptasi dari sebuah manga hasil tulisan oleh Nobuyuki Fukumoto yang bertajuk Tobaku Mokushiroku Kaiji. Aku rekomenkan supaya hangpa tengok movie ni coz banyak morale value yang kita leh blaja dari movie ni...hangpa tengok dan fikirkan la sindri apa morale valuenya coz kalo aku gitau t tak best la plak kan? Huhu...apa-apa pun bagi aku movie ni still lagi tak leh lawan cita Yu-Gi-Oh!!! Hai bila la Yu-Gi-Oh nak di buat dalam bentuk live action ni? 

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates