"The Time To Act Was Yesterday"

"The Time To Act Was Yesterday"...suka tol aku ngan ayat ni. Sebenarnya aku dapat ayat ni dari sebuah fanzine dari UK (kalo tak silap aku la) yang bertajuk 4 Minute War. Ayat ni telah membuatkan otak aku ni berfikir...pasai apa kita kena bertindak kemarin sedangkan ari ni dan esok still ada? Pikir punya pikir punya pikir akhirnya ni la kesimpulan yang aku dapat dan pelajari dari ayat ni:

  1. Ayat ni menyuruh kita supaya sentiasa bersedia tuk menghadapi ari sok coz kita tak tau apa kemungkinan yang bakal kita hadapi pada esok hari.
  2. Ayat ni nak kita supaya jangan suka tangguh-tangguhkan keja coz takut kita terkejar-kejar plak sok ari.
  3. Ayat ni mengingatkan kita supaya sentiasa berhati-hati dan beringat coz takut kita kecewa dikemudian ari. 
  4. Ayat ni mengajar kita supaya kita jangan melakukan kesilapan coz kesilapan tu mungkin akan menghantui disepanjang idop kita. 
Huhu...tu je la yang mampu otak aku fikirkan. Sebenarnya ada banyak lagi tapi semasa proses aku menaip entry ni separuh dari pengajaran yang otak aku mampu simpulkan tadi ilang cam tu ja...ni gara-gara aku menaip cam siput babi la ni. Hehe...


0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates