Tribute To Din Beramboi

Ari Jumaat ari tu aku bangun lewat seperti ari-ari lain gak...aku tengok dak-dak umah aku yang lain still lagi terbungkang, kecuali Warf ngan Kame yang ntah melingkup ke mana. Aku bukak radio, cadangnya nak dengar lagu la...takkan nak bercucuk tanam plak. Tapi aku tak sangka la plak yang aku bakal di kejutkan dengan berita pemergian Din Beramboi ke rahmatullah...terus ilang mood aku nak dengar lagu, terus aku tutup radio. Aku capai berus gigi dan tuala menuju ke bilik ayaq...setelah tu aku berus gigi dan mandi. Ari tu aku mandi agak lama(slalu tu aku just mandi 2-3 cebok je)...tapi ni bukan bermakna aku melancap ke hapa, aku just terfikirkan akan hal pemergian Din Beramboi yang aku dengaq tadi ni. 


Pas aku abis mandi aku bersarapan ngan ditemani teh o panas dan biskut mayat...sambil menyicah biskut mayat ke dalam teh o panas aku cuba mengenangkan kembali apa yang aku masih ingat tentang Din Beramboi. Tiada apa-apa, kecuali 1-2 lawaknya yang masih kekal dalam memori pendek aku ni. Hari ini, setelah berhari-hari media amat sibuk dengan berita din Beramboi...kini sumanya kembali sepi. Tiada lagi cerita tentang sejarahnya, pencapainya dan persepsi-persepsi masyarakat terhadap dirinya...suma berita-berita ni duit. Siapa jua bisa bikin duit atas apa jua keadaan...lebih-lebih lagi ikon sepertinya. Hmm...aku dah bosan ngan suma benda ni.


Secara peribadi, barangkali Din Beramboi pun tak pernah menyangka dirinya akan menjadi begitu...bagi aku, dia hanyalah seorang penghibur/pelawak dan sememangnya dia penghibur yang brilliant. Ini tiada kaitan dengan lakonan dan wataknya...ini hanyalah tentang bakat yang istimewa. Dia menjadikan lakonan terlalu murah berbanding bakatnya tu...bakatnya adalah dewa. Bakat melampaunya tu tidak memerlukan lakonan lagi...barangkali tiada lagi yang lebih penting selain dari mempelajari disiplin kerja beliau. AL-FATIHAH...

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates