Dia Ibuku

Ama Kalsom binti Ahmad merupakan sorang insan yang istimewa di dalam idop aku. Tanpanya aku rasa aku tak dapat bertahan tuk meneruskan sisa-sisa idop aku ni...duniya aku akan menjadi kelam dan tak bermakna. Selepas pemergian ayahanda tercinta aku ke rahmatullah pada tahun 1995 aku seakan-akan ilang punca...masa tu aku baru berumur 8 tahun, so bayangkan la betapa lostnya aku time tu. Huhu...mujur la ada ibu aku yang datang memberikan harapan dan cahaya baru kepadaku. Ibuku merupakan seorang insan yang tabah walaupun hakikatnya dia sangat lemah...dia perlu tabah supaya anak-anaknya tak putus harapan. Dia sedar jika dia berputus asa anak-anaknya jua akan berputus asa tuk idop...


Dia la ibu, dia la bapak kepadaku...sejak pemergian ayahanda aku, ibu membesarkan kami adik-beradik bersendirian. Jika seblom ni ibu manjaga makan minum kami manakala ayahanda plak menjaga soal kehidupan yang lain-lain. Tapi selepas ayahanda tiada ibu la yang menguruskan sumanya...dari makan minum sampai la ke urusan-urusan lain. Dia merupakan seorang insan yang cepat belajar...selepas pemergian ayahanda dia belajar tuk menguruskan suma benda ngan cepat. Keadaan telah menjadikannya tuk lebih berdikari...jika sblom ni ketika adanya ayahanda ibu tidak reti langsung menunggang motosikal, tapi selepas pemergian ayahanda ibu belajar menunggang motosikal dalam masa yang singkat disebabkan keadaan telah mendesaknya ketika tu. Dia memerlukan kenderaan tuk memudahkan urusan hariannya cam menghantar aku ke sekolah....ibuku sememangnya sorang insan yang hebat!!!!!


Selepas pemergian ayahanda, kami anak-beranak telah dibuang oleh adik-beradik ayah yang lain...ibuku dihina dan di perlakukan macam-macam oleh mereka yang berhati binatang ni. Sumanya gara-gara tamakkan harta...harta telah membutakan hati mereka. Namun begitu ibu tetap tersenyum, katanya tu suma hanya harta duniya ja so biaq la mereka mengejarkan...gara-gara ni kami telah berpindah tuk memulakan kehidupan yang baru dengan meninggalkan segala harta tu wat mereka. Tapi aku tengok depa tak da la senang mana pun...sama cam kehidupan kami la gak. Besa la, makan harta anak yatim ni takkan senangnya idop...kalo senang harta pun hati takkan senang punya. Huhu...ibuku merupakan seorang insan yang paling mulia dalam idopku.


Ibuku merupakan seorang ibu yang penyayang...tak pernah sekali pun ibu memarahi kami adik-beradik. Dia lebih suka mengambil pendekatan ngan duduk berbincang dan memberi nasihat...ngan cara ni dia memberi kami lebih ruang tuk berfikir dan membuat keputusan sindri. Ibuku bukan la seorang ibu yang jenis suka mengongkong anak-anaknya...ibuku jenis yang memahami. Walaupun berkali-kali aku wat hal dan membuatkan ibuku pening ngan karenah aku tapi tak penah sekalipun aku dihukum...dia paham yang aku lakukan suma tu bersebab. Dia tahu yang aku ni jenis yang suka memberontak...tak heran la aku slalu wat hal. Dia sememangnya sorang ibu yang menakjubkan...bagi aku ibu aku adalah segala-galanya. Ibuku adalah hidupku...ibuku adalah nyawaku. Aku bersyukur kerna di kurniakan ibu sepertinya...







0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates