Dia Masih Di Hatiku

Rancangan awal aku pada pagi yang hening ni nak study...tapi tiba-tiba ja aku teringatkan si dia yang aku minat ni (tapi sayang dia tak suka kat aku), terus terbantut niat aku nak study. So aku sambung la layan jiwang...satu persatu kenangan aku ngan si dia yang aku minat ni bermain-main kat fikiran aku...tiba-tiba ja aku rasa sedih sangat, rasa cam nak teriak ja. Secara tak sedaq ayaq mata aku menitis...akhirnya aku tewas jua terhadap perasaan aku ni. Aku sememangnya lemah walaupun secara luarannya aku tampak kuat...tu sumanya dusta yang terpaksa aku lakonkan semata-mata nak menyembunyikan kesedihan yang aku tanggung selama ni setelah cinta aku ditolak oleh si dia.


Terus aku lapkan ayaq mata aku yang jatuh berderai tadi ni...aku tengok sekeliling. Fuh, lega!!! Tak da orang yang nampak aku teriak...dak-dak umah aku masing-masing sibuk ngan hal sindri. Kalo tak malu r aku...jatuh r reputasi ganas aku slama ni. Huhu...aku buka laptop, aku perhatikan satu persatu gambar si dia. Memerhatikan gambaqnya saja dah mampu tuk membuat aku tersenyum kembali...hati aku yang sedih tadi ni kembali ceria, sekurang-kurangnya terubat sikit rindu aku ni. Ni jela yang mampu aku lakukan setelah si dia menolak cinta aku...tak dapat memiliki tapi dapat memerhatikan dia pun dah mampu tuk membuat hidup aku bahagia.


Mesti hangpa kata aku dah gila kan? Awek kat duniya ni kan ramai, awat tak cari yang baru ja? Wat apa menderita terhadap sesorang yang tak suka kat kita? Berbaloi ke wat cam ni? Huhu...aku dah tak kisah apa orang nak kata kat aku. Aku sememangnya gila...aku gilakan si dia. Bukan aku tak berusaha tuk mencari pengganti tuk dirinya tapi aku masih blom jumpa seseorang yang mampu tuk mengganti dia. Bagi aku diri dia tiada pengganti...bak kata Carefree didalam lagu Belaian Jiwa,"Kau tahu betapa kusayang padamu,hanya bidadari sebagai ganti". Huhu...sememangnya si dia tiada pengganti. Sampai kehari ni aku still lagi tak tau apakah yang menyebabkan dirinya istimewa berbanding wanita lain? Rahsia hati sememangnya sukar tuk difahami...selamat Hari Pekerja kepada suma. Peace!!!



4 comments:

CeNDeRa KeNaRi said...

relax2..cool.. maybe skrg dia tolak.. tapi cuba lagi next time...mana tahu ada rezeki...

azmiramin said...

huhu...dah 2 kali try tp dua2 kena reject.sedih tol!!!hahaha...dah nasib badan,trima ja la.

Unknown said...

bab hati mmg org akan kata gila...kdg2 org yg kita suka tak berkenan di mata org lain..jd org lain akan kata kita gila..sbg contoh:

"laki macam tu ke kau suka?eeewww!"

"macam la takde org lain,berlambak kt luar sana kumbang2 dan bunga2!"

pokoknya,kita yg suka seseorg 2,so pandai2 la kita nilai org yang kita suka tu..hanya kita yg tahu mana kelebihan dan kelemahan org yg kita suka...tapi yg Maha Mengetahui adalah Allah..

"boleh jadi apa yg kamu suka adalah kebencian DIA dan boleh jadi apa yg kita benci merupakan apa yg DIA suka.."

sabar deh!=)

azmiramin said...

lawa tak lawa ni soal yg subjektif...tak suma org pnyai pandangan yg sama.huhu...

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates