Berlari...

Aku berlari...berlari aku. Tapi kau terus mengejar...aku terus berlari sehingga aku kepenatan tuk berlari lagi. Akhirnya kau berjaya mendapatkan aku jua...tahniah kepada kau masalah kerna berjaya mengejar aku. Haha...



Sarapan

Pagi tadi mak aku kol aku...yela dah seminggu aku tak kol dia, tu yang dia kol aku bertanyakan khabar tu. Aku bukannya tak nak kol dia ka or lupa ka hapa...sebenarnya kedit aku tak ada da. Nak gi top up duit tak brapa nak ada...bukan tak brapa nak ada sebenarnya, tapi langsung tak ada. Nak makan pun aku guna duit sewa umah dulu tuk cover...so aku tunggu la mak aku kol coz aku tau sangat perangai mak aku ni, kalo dalam seminggu aku tak kol dia, mesti dia akan kol aku. Berikut merupakan antara dialog perbualan antara kami:


Mak : Assalamualaikum...
Aku  : Waalaikummussalam...
Mak : Ngah wat apa tu?
Aku : Ngah tidoq tapi mak kol dah bangun la...haha.
Mak : Owh dah bangun!!! Elok la tu hang dah bangun...ngat ka dok mamai lagi. Ni dah sarapan pagi blom?
Aku : Blom lagi la mak...lagipun baru bangun tidoq ja ni, muka pun blom basuh lagi ni. 
Mak : Patut la bau busuk pun mulut tu...haha.
Aku : Mana ada...yang bau busuk tu bau kentut abang (aku bahasakan diri aku ngan mak aku sebagai abang coz aku anak sulung). Haha...ni mak dok nyusah diri dok sebut sarapan pagi ni wat apa? Sebut sarapan ja kan senang...lagipun orang dah tau kalo sebut kata sarapan tu memang di waktu pagi pun. Mana ada sarapan ngah ari ka, petang ka...sarapan memang di waktu pagi pun.
Mak : Ikot hang la...abis tu hang nak sarapan apa ni?
Aku : Sarapan angin ngan ayaq sejuk...tu jela menu sarapan abang tiap-tiap ari kat sini.
Mak : La awat hang tak pi beli nasik lemak ka hapa?
Aku : Dah pokai la mak...
Mak : Owh!!!??? Patut la pun...tak pa pagi ni hang makan dulu angin ngan ayaq sejuk tu. Petang ni mak gi bank in duit...sok ni leh la hang makan nasik lemak.
Aku : Tak payah susah-susah mak...bank in tuk makan roti canai saja pun dah syukur. Haha...


Yeahhh!!!! Akhirnya mak aku masukkan gak duit kat aku...kalo tak terpaksa mengemis la aku. Hahaha...ni la probnya kalo tak apply PTPTN, sentiasa ja sengkek. Budak-budak yang apply pun aku tengok kadang-kadang tu sengkek...ni kan plak aku yang tak apply ni. Ahaks!!! Aku tak apply bukan disebabkan family aku ni family yang berada ke hapa tapi aku pikir pas grad ni malas dah nak pikir hutang apa suma ni. Wat sakit pala ja...huhu. PTPTN ni katanya nak tolong kurangkan beban kewangan student...yela skunk ni memang mampu mengurangkan beban. Tapi pas abis study ni baru la kita tau betapa peritnya nak abiskan bayaran balik tu...dah r kos sara idop kita semakin tinggi. Mmmm...

Idop Ibarat Roda

Orang kata idop kita ni ibarat roda...kadang-kadang kita kat atas dan kadang-kadang kita kat bawah. So sebab tu kita di ingatkan kalo nak naik atas pun jangan la naik tinggi-tinggi sangat coz bila jatuh t takut sakit, silap-silap leh mati woh kalo naik tinggi sangat...huhu. Ni tak...bila kita dah leh naik, kita nak naik tinggi lagi sampai kadang-kadang tu kita terlupa nak tengok orang yang dok melangut tengok lubang idong kita kat bawah tu. Sebab tu la bila kita jatuh tak da orang yang nak bersama ngan kita...huhu. Apa la salahnyakan kalo skali skala kita turun bawah dok melangut tengok lubang idong orang yang kat atas tu kan? Sekurang-kurangnya kita leh sedar bahawa duduk kat atas tu kannya best sangat pun...yela bila angin kuat datang asyik bergoyang ja, gayat tu bai!!!! Hehe...



Kita Bisa Membahagiakan Orang Lain

Cam na kita nak membuatkan orang lain rasa bahagia ngan kita ha? Tak kisah la orang tu sapa...kekasih kita ka, family kita ka, kawan-kawan kita ka, janji depa tu suma orang lain dan bukannya diri kita. Haha...dengan duit? Ngan bagi kereta atau rumah besaq? Hmm..aku tak nafikan benda-benda ni suma mampu membuatkan orang lain bahagi tapi bagi aku wang dan benda-benda yang berbentuk material ni takkan mampu tuk membahagiakan sesorang tu dalam tempoh yang lama. Lagipun bukannya suma orang mampu kan? So bagi yang tak mampu tu aku ada cara tuk hangpa suma membahagiakan orang lain iaitu dengan menggunakan kata-kata. Aku rasa ngan kata-kata ni ianya lebih berkesan la coz kita mengzahirkan sesuatu secara tulus dan ikhlas dari hati kita sendiri...ini bermaksud keinginan tuk kita membahagiakan orang lain tu datangnya dari hati dan kemudiannya kita expresikannya secara lisan yang membuatkannya lebih bermakna. Hahaha...paham tak ni? Kalo tak paham tak pa la, abaikan dulu...cakap banyak pun tak guna, kat bawah ni aku senaraikan antara kata-kata ataupun ucapan-ucapan yang mampu tuk membuatkan orang lain rasa bahagia atau selesa ngan kita. 


1. "Trima kasih"
2. "Maaf" @ "sori"
3. "Saya suka kamu" @ "Saya sayangkan kamu" @ "Saya cintakan kamu"


So skunk ni cam na? Sudahkan hangpa suma melakukan sesuatu ari ni tuk membahagiakan orang lain? Kalo blom, hangpa tunggu apa lagi? Kenapa nak kena tunggu sampai sok ari? Lagipun bukannya payah pun...simple je kan? Hehe...kadang-kadang tu sesorang yang sedang berbahagia terlupa langsung tuk mengucapkan kata-kata yang mampu membahagiakan orang lain ni. Jangan begitu!!! Kebahagiaan tu adalah satu anugerah yang tak ternilai dari DIA...jangan sampai satu ari t DIA tarik balik nikmat ni dari kita baru kita nak mengucapkannya. Kebahagiaan orang lain tu pun merupakan kebahagiaan kita gak...tak gitu? Sekurang-kurangnya pun kalo kita membuatkan orang lain rasa bahagia DIA juga akan memberi kebahagiaan kepada kita. INSYAALLAH...



Jiwa Kacau

Di malam yang dingin ni, ketika aku mengharapkan kesegaran semula selepas melalui satu ari yang tak jadi dan tak siap...aku merungut sindirian, mengeluh mengenangkan nasib yang menimpa diri. Perasaanku bercampur-baur...marah, sedih, suka, duka, sumanya dalam satu. Kadang-kadang tu aku pun tak tau apa yang aku rasakan...aku celaru dan keliru dengan perasaan aku sindri. Aku berbaring menatap syiling umah sewa aku yang dipenuhi sawang...aku memejamkan mata dengan harapan tuk melupakan segala kekusutan wat seketika. Namun begitu aku tak berdaya tuk lena...segala permasalahan terus menguasai diriku. Aku merenung keluar jendela menatap langit yang gelap...satu persatu wajah-wajah penting dalam idopku muncul di dada langit seakan-akan ada projektor yang memainkannya. Tiba-tiba saja aku rasa kembali bersemangat tuk menghadapi idop ni...aku tahu ianya takkan lama tapi sekurang-kurangnya ianya memberi aku harapan tuk menghadapi ari esok yang tak pasti. Huhu...layannn!!!!!

Terdesak

Pagi tadi ada sorang kawan aku ni rekomenkan satu side ni tuk aku, side pasal tips-tips dalam perhubungan...katanya mungkin ianya bleh membantu aku tuk mendapatkan awek. Hahaha...tak rasa cam aku ni terdesak sangat ke nak dapatkan awek? Rasanya tak da la aku ni terdesak sangat kot...yela umoq aku pun baru ja masuk 23 tahun. Still lagi banyak masa tuk aku...tapi kadang-kadang tu aku rasa cam terdesak la gak nak ada awek ni. Yela kadang-kadang tu rasa bosan la gak idop sorang-sorang ni...kalo ada awek tu leh la gak kongsi-kongsi masalah ke hapa kan? Tak da teruk sangat aku nak menanggungnya sorang-sorang ye tak? Hehe...


Best ke kalo ada awek ni ha? Cam na rasanya ada awek ni? Tak terkongkong ke idop? Aku kalo bab hati dan perasaan ni memang kurang arif sikit...rasanya dak-dak sekolah menengah tu pun lagi pakar dari aku. Ahaks!!!! Bercinta tu memang la best...sumanya indah bagai duniya kita yang punya. Tapi bila skali angin kus-kus melanda...baru tau langit tu tinggi ka rendah. Haha...kadang-kadang tu aku rasa lawak la gak. Yela, ari ni bercinta bukan main lagi berkepit...sok bila bergaduh masing-masing tersepit. Huhu...anyway thank la kat kawan aku tu coz rekomenkan kat aku side tu. Aku tau niat dia nak tengok aku pun bahagia cam dia gak...jangan risau, masanya akan tiba!!! Tungguuu...



Harapan...

Langit kelihatan kelam...sepertimana kelamnya harapan idop aku ni. Selain dari berusaha dan berdoa...apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa yang boleh aku wat tuk teruskan idop ni? Aku menyalahkan diri aku sindri...kerna aku tak mampu berbuat apa-apa tuk diri aku. Aku tak mampu tuk membetolkan keadaan, aku sungguh kecewa...rasa cam tak guna ja aku ni. Adakah aku perlu pergi dari sini? Membawa diriku jauh-jauh...pergi ke sebuah tempat dimana adanya sebuah harapan baru.

Aku Bukannya...

Aku bukannya kaki ampu,
Sebab tu la aku slalu ja kena bambu,
Lain la kau...slalu di sanjung dan di pangku,
Sebab kau nak cepat laku,

Aku bukannya kaki kipas,
Sebab tu la orang pandang aku cam hampas,
Lain la kau...orang tengok kau takkan lepas-lepas,
Sebab tu la kau kat atas.

Aku bukannya kaki bodek,
Sebab tu la apa yang aku buat pun nampak pelik,
Lain la kau...apa yang kau buat sumanya nampak molek,
Sebab tu la kau tak celik-celik.



P/S:Luahan rasa aku ni aku hasilkan masa aku keja kat Gaint dulu ni semasa aku tunggu result STPM aku kuaq...cam-cam ragam manusia si kaki bodek ni aku dapat lihat. Maunya tak banyak? Leh dikatakan hampir kesemua department kat Gaint tu aku penah keja...dari bahagian fresh market aku ditukarkan plak ke bahagian electrical, dari electrical aku di tukarkan plak ke bahagian sports, toys, stationery dan gak baby. Huhu...banyak tu beb!!! Kalo tak silap aku kat bahagian kasut dan pakaian pun aku penah keja gak...tapi tak lama la, pasal tu la aku tak berapa ingat sangat. Haha...

Ari Pertamaku Di Semester Baru

Walaupun UiTM dah 3 minggu buka tapi ari ni merupakan ari pertama aku menjejakkan kaki di UiTM Arau tuk semester ni...tapi aku bukannya gi kelas pun, aku masuk tuk check aku punya jadual dan gak nak jumpa aku punya Ketua Program. Aku nak mintak tolong dia dropkan subjek yang dah didaftarkan coz aku tak leh nak drop sindri subjek tu sebab subjek-subjek tu suma Ketua Program aku yang tolong daftarkan. Gila otai!!!! Orang lain suma bertungkus-lumus nak kena daftar sindri aku senang-senang ja orang tolong daftarkan...rasa cam anak raja la plak. Ahaks!!!! Jadual aku tuk semester ni gila best!!!! Tiap-tiap ari ada 2 kelas ja...memang heaven la. Haha...tapi aku sedikit kecewa la tadi coz hajat aku tak kesampaian. Skali Ketua Program aku tak ada da. Hmmm...nampak gayanya minggu depan gak la aku masuk kelas ni. Apa-apa pun aku kena la nikmati dulu saat-saat yang aku miliki skunk ni coz pas ni nak merasa rilex cam ni memang payah la sebab sah-sah la aku akan busy ngan assignment apa suma. Layan!!!!

Aku Kembali!!!!

Assalamualaikum suma...pertama skali aku nak mintak maap banyak-banyak coz dah lama aku tak update blog aku ni. Dah bersawang dah pun...sori la kepada pengikut-pengikut tegar blog aku ni yang sentiasa mengikuti perkembangannya. Ceh!!! Bajet cam ramai sangat la yang follow blog aku ni...hahaha. Tak pa la, sekadar metafora tuk menyedapkan hati aku ni...sekurang-kurangnya ianya leh menjadi pembakar semangat wat aku tuk terus menghidopkan blog aku ni. Tak da la blog ni terus berkubur cam tu ja...huhu. Tapi apa yang aku tengok jumlah followers dah semakin bertambah...walaupun tak banyak tapi bagi aku tu merupakan satu petanda yang positif. Huhu...syukur!!! 


Oh!!! Lupa plak aku nak gitau...sebenarnya ketidakaktifan aku sepanjang lebih kurang 2 bulan ni bukanlah disebabkan aku tak ada idea ke hapa tapi adalah disebabkan aku balik bercuti dirumah aku kat kampung. So paham-paham jela...kat umah aku kannya ada tenet pun, pasal tu la aku tak update blog. Kalo nak gi update kat CC plak tau-tau jela...lembab cam kura-kura, wat perabis duit ja. Daripada aku habiskan duit gi lepak kat CC, lebih baik aku guna duit tu gi beli no ekoq...untung-untung leh gak aku merasa jadi kaya, pas tu leh la aku pasang tenet kat umah aku. Huhu...
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates