Tangisan

Kata orang tangisan tu merupakan satu luahan yang sia-sia...tangisan menunjukkan bahawa sesorang tu lemah. Betol ke? Aku rasa tak kot...bagi aku tu suma kata-kata orang yang ego ja. Aku rasa tak salah kalo kita nak menangis ni kerna kita suma adalah manusia...manusia ni ada perasaan so kadang-kadang tu bila sesuatu telah menyentuh perasaan kita ianya akan menyebabkan kita menangis. Aku rasa tak da manusia yang tak penah menangis di sepanjang hidup mereka...kalo ada tu aku rasa bohong la tu. So wat pa kita nak malu tuk menangis? Cuma jangan la slalu sangat menangis tu...menangis la bila perlu ja.

Kalo hangpa nak tau tangisan ni ada 2 jenis tau...yang pertama tangisan kesedihan dan yang kedua tangisan kegembiraan. Tangisan kesedihan ni menunjukkan expresi sesorang yang sedang menanggung kesengsaraan yang amat sangat manakala tangisan kegembiraan ni plak menunjukkan expresi kesyukuran yang tinggi. So ni membuktikan bahawa tangisan tu adalah satu luahan perasaan yang tulus datang dari hati kita yang terdalam ni...bagi aku tangisan ni merupakan sesuatu yang indah yang telah di anugerahkan oleh-NYA kepada kita. So mengapa perlu kita menahan tangisan kita? Menangis la kerna ianya akan membuatkan kita lega...

2 comments:

Ansof86 said...

menangislah sebanyak mana yang kamu ingin tangisi andai itu buat kamu merasa lega

azmiramin said...

yup...menangis la.tp jgn bnyk2 sngt...menangis just tuk bg lega je.pas tu idop kena d teruskn cam besa blk...jgn terbawa2 sngt ngan perasaan tu.

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates