Bagaimana Harus Aku Meraikannya?

Beberapa hari lagi hari raya bakal tiba...suma orang semakin excited dan tak sabar tuk menyambutnya. Aktiviti mengemas rumah dan membeli-belah sebagai persiapan raya semakin rancak berlaku...ditengah-tengah kesibukan mereka membuat persiapan raya ni, aku still lagi selamba dan cool cam biasa. Seakan-akan tiada apa-apa, aku still meneruskan hidup cam biasa melakukan rutin harian. Mungkin bagi orang lain hari raya tu membawa maksud kegembiraan, oleh itu mereka ingin meraikannya semeriah yang mungkin. Tapi bagi aku hari raya tu tak membawa sebarang makna setelah sorang demi sorang orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku...hakikatnya sejak tahun 1995 hari raya aku tak pernah di sambut meriah. Hari raya bagi aku hanyalah hari kesedihan dan kesuraman...bagaimana harus aku meraikannya jika suma orang yang aku sayang tiada di sisi aku? Ada sapa-sapa tahu bagaimana cara-cara tuk aku meraikannya? Aku still tak mendapat jawapannya sepanjang 15 tahun ni...jika ada sesapa yang tahu jawapannya tolong la gitau aku coz aku dah bosan menyambut hari raya ngan linangan air mata.

1 comments:

Soldadu merah said...

yang lepas biarkan berlalu....yang masih ada hargai sepenuhnya...

[Sir Marcello]

p/s: mangkuk tul..aku nak komen pun susah pasal ang dok restricted bahagian komen

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates