April Fool!!!!

1 April 2011, April Fool datang lagi. Aku still lagi menjadi warga setia desa yang damai ini...sepanjang aku tak berblogging ni berbagai-bagai peristiwa telah terjadi kat aku...ada yang best dan ada yang tak best. Biasa la kan? Nama pun idop ye tak? Takkan la nak best memanjang ja...skali-skala kena la  ada benda yang tak best terjadi kat diri kita. Baru la tak bosan idop ni betol tak? Baru la ada adventure kata orang...haha.

Tapi slalunya benda-benda yang tak best ni orang kita pandang sepi, serong dan jijik...tapi bila datang bab yang best, punya la berebut-rebut orang kita nak menjulangnya. Adat la tu...memang payah nak di ubah. Lagipun sapa la aku ni nak ubah-ubah orang ni ye tak? Masing-masing ada akal dan fikiran, so pandai-pandai la pikir sindri.

Cam kes April Fool ni la...kannnya masyarakat kita tak tahu kisah sejarah disebalik April Fool ni. Cuma kadang-kadang tu aku tak paham kenapa still ada orang yang menyambutnya...maybe sebab terlupa kot? Hmmm...ntah la, aku rasa buat-buat lupa aja tu. Yela, benda best cam April Fool ni kannya slalu datang...setahun skali je beb. Takkan nak lepaskan cam tu je ye tak? Mmm...ikut suka hati korang la, tepuk dada tanya la iman tu. Aku malas nak masuk campur...yang penting aku tak sambut benda-benda sampah cam April Fool ni.



Nota Kaki : Aku akan kembali aktif berblogging selepas ini setelah lama berehat...ni bukan April Fool tau, ni betol-betol punya. Haha...

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates