Kisah Semalam

Kata orang benda yang dah lepas semalam ni jangan di kenang-kenangkan lagi…semalam,semalam punya hal la, dah jadi sejarah dah pun. Ari ni,ari ni adalah anugerah…esok ni,esok adalah misteri. Tiga perkara ni merupakan sesuatu yang berlainan…so jangan la di campur aduk dan di samakan. Kenapa kita harus takut tuk ari ni dan sok sedangkan benda tu dah berlaku semalam? Kerana semalam kita ketakutan pada ari ni dan sok? Palat sangatkah idop ni sehingga ketakutan dan kerisauan menjadi teman hidup? Hmm…ntah la, aku pun tak tau. Ni orang yang kata bukannya aku yang kata…haha. So tanya la sindri kat orang yang kata tu…huhu.
Abis tu nak dicampakkan ke mana akan kisah semalam kita tu erk? Kisah semalam bukanlah sampah yang senang tuk dibuang cam tu ja…kisah semalam ada nilainya. Dalam kisah tu ada bermacam-macam kisah dan tauladan yang leh di jadikan pengajaran oleh kita…atau sekurang-kurangnya kisah-kisah ni bleh la dijadikan modal tuk di ingatkan kembali time kita dilanda kebosanan, betol tak? Lagipun kalo kita buang kisah semalam kita tu pasti ka yang ianya takkan menghantui kita lagi? Bagaimana kalo satu ari nanti kita menemuinya kembali? Tidakkah kita takut? Tidakkah kita takut akan segala kepalatan yang kita alami menimpa kita kembali?

2 comments:

.LALa. said...

kisah semalam jdikan pengajaran~
heh

azmiramin said...

yup!!!tol tu...supaya kita dpt menjdkan ari ni lbh baik dr semalam.

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates