Jurnal Sang Celaru - Nota 20

26 September 2012 - Ikut jadual department gua ada meeting ngan Pengarah kol 11.30 pagi...slalunya tu kalo kata meeting kol 11.30 maka kol 11.30 la start. Tapi kali ni gua tak tau pasal apa lambat...geng-geng department Pak Syed still lagi kat dalam, maybe kena basuh teruk kot ngan Pengarah. Gua dengar geng department Pak Syed banyak masalah...pasal tu la kot yang tak abis lagi tu? Kol 1.30 baru gua start meeting...turut serta mewakili department gua dalam meeting ni adalah Bang Wan, Cik Yazid, Bang Det, Yen dan gak Kak Faizah. Meeting kali ni tak da sangat isu berbangkit yang besar...just perkara-perkara kicik ja. Dalam meeting ni gak department gua dapat pujian Pengarah...Pengarah turut berpuas ati ngan kepimpinan gua dan gak Bang Wan. Teringat lagi masa gua dan Bang Wan baru amik alih tampuk pengurusan dulu ni, Pengarah kata kami terlalu lembut jika nak dibandingkan dengan cara pengurusan lama...tapi skunk segala-galanya dah berubah. Gua dan Bang Wan dah buktikan bahawa keras tak semestinya kuat dan lembut tak semestinya lembik...kalo tak masakan ayaq yang lembut tu mampu melekukkan batu yang keras. Hehe...

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates