Jurnal Sang Celaru - Nota 31

25 Oktober 2012 - Sok dah raya...suma orang sibuk wat persiapan. Gua still lagi santai dan lepak cam biasa...langsung tak rasa kemeriahan raya. Bangun tido kol 10 tadi gua termenung di depan pintu umah sambil memerhatikan gelagat manusia kemaruk nak raya...sesekali gua tersenyum sorang diri terhibur ngan tingkah laku depa. Rasa damai dan nyaman sungguh pagi ni...tak sia-sia gua berkorban ngan buat keputusan tuk tak berhijrah cari keja kat luaq semata-mata nak jaga ibu gua. Sekurang-kurangnya gua masih mampu menyedut udara desa yang masih segar...mungkin ni salah satu berkat pengorbanan gua tuk menjaga ibu gua. Tapi ni bukan bermakna pengorbanan gua ni telah mengatasi pengorbanan ibu gua terhadap gua...sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu tiada terbalas.


Nota Kaki : Salam Aidiladha kepada suma...maafkan gua sekiranya ada kesalahan yang gua lakukan terhadap lu all suma.

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates