Jurnal Sang Celaru - Nota 59

20 September 2013 - Pukul 10 pagi Man Ayam mesej gua mengatakan Kadir, Isa ngan Cik Mat dah tunggu gua kat tempat keja…apa kajadahnya nak di tunggunya gua pun tak tau la? Gua bukannya YB ke hapa nak ditunggu-tunggu…huhu. Setelah di jelaskan oleh Man Ayam maka tau la gua crita yang sebenarnya…rupa-rupanya nak diajaknya gua kuaq melepak kat pekan. Baru la gua teringat pagi tadi sebelom balik keja ada la Kadir ajak gua kuaq tapi gua tak amik pot pun sebab gua ingat dia melawak ja…tak sangka plak dia serius. Kalo nak diikutkan malas gua nak join tapi memandangkan duit gaji gua still lagi banyak dan ditambah plak ngan hasutan setan nirrajim maka gua pun melibatkan diri la gak dalam aktiviti membuang masa ni. Niat di hati pada asalnya hanya sekadar nak kuaq enjoy dan cuci-cuci mata bersama mangkuk-mangkuk ni suma sambil-sambil survey harga pasaran konsol game…mana la tau kot-kot harga dah jatuh leh la gua rembat PS3 sebijik. Huhu…tapi last-last skali benda lain yang gua rembat. Sepasang kasut Converse menjadi mangsa kerakusan nafsu shopping gua. Dah lama gua geram nak memiliki kasut ni akhirnya dapat gak gua beli. Ni kalo Najib Razak tau ni mesti dia marah kat gua sebab suka sangat membazir…tak pa la Dato’, pas ni gua berkaki ayam ja.




Nota Kaki Busuk : X-Box 360 gua tu pun tak termain ada hati nak beli PS3 plak. Huhu!!!

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates