Jurnal Sang Celaru - Nota 74

4 November 2013

Ayam mahal
Minyak dah mahal
Rokok pun dah mahal
Gula baru start mahal
Tapi still lagi ada yang murah
Iaitu nyawa kita
Hari-hari ada ja orang mati
Syukurlah Malaya masih aman!!!

Jurnal Sang Celaru - Nota 73

3 November 2013

Bila dah dalam mood tido
Gua pun masuk ke kamar
Kepala pun dah start layan stim
Tiba-tiba baru gua teringat
Still lagi ada keja tak setel
Mau tak mau
Nak kena setel malam ni gak
Adei!!!
Musnah harapan gua
Nak mimpikan bidadari syurga...

Jurnal Sang Celaru - Nota 72

2 November 2013

Pergi ke kedai membeli roti
Roti di beli di kedai nyonya
Gua ucapkan selamat pagi
Sejahtera keatas lu semua...

Jurnal Sang Celaru - Nota 71

31 Oktober 2013

Mereka panggil gua 'kutu'
Tapi hakikatnya
Gua tetap seorang manusia...

Jurnal Sang Celaru - Nota 70

29 Oktober 2013

Gua dah tak rupa orang dah
Dah cam vampire dah gayanya
Kalo orang
Kuaq keja siang
Malam balik tido
Tapi gua plak
Kuaq keja malam
Siang baru tido
Jadi memang betol la
Gua dah jadi vampire...




Jurnal Sang Celaru - Nota 69

28 Oktober 2013

Kalo ikutkan hati muda ini
Ingin gua lancarkan perang
Biar gua cantas lidah-lidah bercabang itu
Biar gua cuci mulut-mulut longkang itu
Tapi akal fikiran matang ini
Membantutkan naluri kehaiwanan gua
Kesabaran masih bersisa didalam diri ini...


Jurnal Sang Celaru - Nota 68

26 Oktober 2013

Ayam naik harga
Kita makan ikan
Minyak naik harga
Kita naik gerek
Rokok naik harga
Kita hisap rokok haram
Gula naik harga
Kita minum ayaq kosong
Oh lupa!!!
Mana naik harga pun
Subsidi ja yang dikurangkan...

Jurnal Sang Celaru - Nota 67

25 Oktober 2013

Orang cam gua
Memang payah nak naik
Kipas tak cukup kuat
Skunk kalo lu
Nak cepat naik
Lu kena kuat kipas
Jilat bontot apa semua
Maka cepat la lu naik...


Jurnal Sang Celaru - Nota 66

24 Oktober 2013

Nada-nada kepenatan
Mula mengalunkan
Irama keatas diri ini...


Jurnal Sang Celaru - Nota 65

23 Oktober 2013

azmiramin
orang jadi pening nak panggil gua apa?
bagi yang kenal gua tak pa la
bagi yang tak kenal ianya satu masalah
pagi ni gua tengok masalah jadi makin parah
bila ada yang panggil gua azmira
gua ketawa cam nak mampos!!!
biar gua jelaskan di sini
nama gua azmir
dan nama ayah gua amin
bila di gabungkan maka jadi la azmiramin
harap anda jelas ngan penjelasan ini...

Jurnal Sang Celaru - Nota 64

22 Oktober 2013

Lapar punya pasal
Abis terbantut keja gua
Last skali main game
Kalo macam ni hari-hari
Payah la gua nak maju
Nampak gaya nak kena cari bini sorang ni
Ada la orang nak urus idop gua
Tak ada la serabai cam ni lagi...

Jurnal Sang Celaru - Nota 63

17 Oktober 2013 

Gerangan apakah yang mengganggu fikiran ini?
Nyah pergilah tuan hamba jauh - jauh dari fikiran ini
Hamba ingin bersendirian!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 62

15 Oktober 2013 - Apabila Melayu hilang dan lupa akan akar umbi asal usul salasilah mereka, maka berkecamuk la jadinya…yang diluar didodoi dan diagungkan melebihi dari Yang Di Pertuan Agung, budaya sendiri di tong sampahkan!!! Di pagi raya hanya berseluar jeans dan pakai t-shirt seperti hari-hari biasa…tiada bezanya!!! Gua konfius, hari ni Hari Raya Aidiladha ke atau kita tengah meraikan Krismas? Rasanya baru ja tragedi Oktober, belom lagi Disember. Gua tanya mereka, mereka kata baru la nampak cool dan rasa malu bila pakai baju Melayu. Kata mereka lagi, tak pakai baju Melayu pun boleh raya cam orang lain gak. Adei!!! Mudah tol kaum Melayu gua ni lupa diri…sedih dan memilukan apabila mengenangkan mereka. Jenis tak sedar diri ni memang payah!!! Apabila berseluar jeans itu bukan bermaksud kamu perlu menjadi jin!!! Tak salah nak ikut fesyen ke hapa…tapi budaya dan adat sendiri jangan sampai di lupakan. Buat macam mana skali pun kamu tetap Melayu!!! Hakikat itu tetap tak dapat diubah lagi!!! 


Jurnal Hati Luka - Nota 23

23 Mei 2009

Cintaku pada kamu bagaikan pelangi,
Indah dengan warnanya,
Aku sentiasa mengharapkan agar panas sampai ke petang,
Tapi kadang-kadang gerimis mengundang di tengah hari,
Biarpun gerimis mengundang,
Pelangi tidak pernah lupa untuk menjelmakan dirinya,
Begitulah cintaku pada kamu,
Biarpun terluka tapi cinta ini masih tetap ada untuk kamu selamanya...

- 3.51 a.m -


Jurnal Hati Luka - Nota 22

7 April 2009

Cinta ini bagaikan bayang-bayang,
Makin aku mengejarnya,
Makin ia pergi...

- 1.41 a.m -


Jurnal Hati Luka - Nota 21

1 Mac 2009

Setiap saat aku menyukainya,
Setiap minit aku tergilakannya,
Setiap jam aku memikirkannya,
Setiap hari aku terbayangkannya,
Setiap detik aku menyintainya...

- 1.00 a.m -


Jurnal Sang Celaru - Nota 61

30 September 2013 - Hari ni harga rokok naik lagi…tapi gua tengok emosi masyarakat sekeliling still lagi stabil. Tak macam harga minyak naik hari tu…suma orang pakat meroyan termasuk la gua sindri. Sehingga ke saat ini api amarah gua still lagi kental menyala seakan-akan takkan padam…tapi apabila rokok naik harga gua sedikit pun tak rasa marah dan tak amik kisah. Pada pandangan mata kasar gua yang rabun ni, masyarakat di desa gua yang aman lagi mendamaikan ini pun seakan-akan tak terkesan di atas kenaikan ini…samada mereka pasrah menerima ketentuan takdir atau sememangnya mereka tak kisah yang tu gua tak tau la. Apa yang gua tau masyarakat di desa gua ini kebanyakkannya adalah penghisap tegar rokok daun dan juga rokok-rokok haram…mungkin sebab ni la kot mereka tak amik pot? Eh, bukankah rokok tu sememangnya dah haram? Malah fatwa pun dah kuar dah…tapi kenapa sesetengah rokok ja yang diklisifikasikan sebagai haram? Kenapa tak suma? Besa la kan? Kalo tak takkan la arak dan judi senang-senang ja leh bertapak kat bumi Malaya ni ye tak? Ada lesen ada cukai benda yang terang lagi bersuluh haram pun leh jadi halal. Macam hari tu la, band metal nak masuk buat konsert mereka tak kasi…kononnya merosakkan akidah anak muda. Tapi penyanyi luar yang pakaiannya dedah sana dedah sini dengan sewenang-sewenangnya mudah di lepaskan masuk…tak payah penyanyi luar, tengok artis kita pun dah cukup. Kenapa mereka ni tak da sapa pun yang nak halang? Oh, Negara Islamku!!! Konspirasi apakah ini? Berbalik kepada soal rokok naik harga tadi…gua sememangnya tak kisah rokok naik harga malah gua sokong lagi ada la. Gua tak isap rokok so buat apa gua nak peduli…hahaha. Lagipun perokok-perokok ni suma telah menyusahkan golongan katakan tak nak pada merokok cam gua ni ngan asap rokok mereka…so wajar la kalo gua sokong pun kan sebab mereka tak reti nak hormat pada golongan bukan perokok macam gua ni? Hahaha…padan muka!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 60

23 September 2013 - Topik utama dikedai-kedai kopi kat desa permai gua pada pagi hari ini adalah mengenai kemenangan MC keatas MU pada malam tadi…dan gua percaya kalo pegi kepelusuk bumi mana pun pada hari ni orang pasti akan bercerita akan hal itu. Gua melangkah lemah menuju tempat keja sambil mengenangkan nasib yang bakal dianjingkan oleh para haters MU suma ke atas gua…tak apa, gua pasrah!!! Adat la tu, pasti ada yg menang dan kalah. Walaupun apa terjadi gua tetap bersama MU…bukan macam sesetengah fans tu, kalah sikit dah mula intai-intai nak tukaq team lain. Barua tol!!! Jenis lalang yang menyemakkan ni memang tak boleh dikata apa dah melain nak kena bagi penerajang ja sedas dua…baru dia nak ada akal!!! Ketika team ngah gemilang lu la fans nombor satu kononnya…ketika team ngah malang sikit lu la sampah nombor satu team!!! Kepada lalang-lalang ni suma gua ada satu ja nak cakap kat lu all suma. Fuck you!!!



Jurnal Sang Celaru - Nota 59

20 September 2013 - Pukul 10 pagi Man Ayam mesej gua mengatakan Kadir, Isa ngan Cik Mat dah tunggu gua kat tempat keja…apa kajadahnya nak di tunggunya gua pun tak tau la? Gua bukannya YB ke hapa nak ditunggu-tunggu…huhu. Setelah di jelaskan oleh Man Ayam maka tau la gua crita yang sebenarnya…rupa-rupanya nak diajaknya gua kuaq melepak kat pekan. Baru la gua teringat pagi tadi sebelom balik keja ada la Kadir ajak gua kuaq tapi gua tak amik pot pun sebab gua ingat dia melawak ja…tak sangka plak dia serius. Kalo nak diikutkan malas gua nak join tapi memandangkan duit gaji gua still lagi banyak dan ditambah plak ngan hasutan setan nirrajim maka gua pun melibatkan diri la gak dalam aktiviti membuang masa ni. Niat di hati pada asalnya hanya sekadar nak kuaq enjoy dan cuci-cuci mata bersama mangkuk-mangkuk ni suma sambil-sambil survey harga pasaran konsol game…mana la tau kot-kot harga dah jatuh leh la gua rembat PS3 sebijik. Huhu…tapi last-last skali benda lain yang gua rembat. Sepasang kasut Converse menjadi mangsa kerakusan nafsu shopping gua. Dah lama gua geram nak memiliki kasut ni akhirnya dapat gak gua beli. Ni kalo Najib Razak tau ni mesti dia marah kat gua sebab suka sangat membazir…tak pa la Dato’, pas ni gua berkaki ayam ja.




Nota Kaki Busuk : X-Box 360 gua tu pun tak termain ada hati nak beli PS3 plak. Huhu!!!

Jurnal Sang Celaru - Nota 58

15 September 2013 - Adei!!! Penat tol hari ni…balik keja pagi tadi langsung tak berenti lagi terkejar-kejar kesana sini cam orang gila tuk memuaskan dan menjaga hati semua pihak. Kalo di ikutkan dari kemarin lagi gua berkeadaan macam ni…tapi memandangkan banyak sangat benda yang perlu disetelkan tak dapat disetelkan dalam masa sehari maka kena la gua sambung plak pada hari ni. Huhu…apakan daya gua hanya seorang manusia yang punya batasannya…gua bukannya sebuah robot.  Apa yang gua perlukan saat ini adalah tido dan rehat kerna gua rasa cam nak pengsan dah ni…


Jurnal Sang Celaru - Nota 57

14 September 2013

Aku di seberang sini,
Kau di seberang sana,
Saling memerhatikan antara satu sama lain,
Berbicara tanpa kata,
Tak ada keberanian untuk menegur sesama sendiri,
Hanya mampu melemparkan senyuman,
Hanya mampu memerhatikan...


Jurnal Hati Luka - Nota 20

11 Februari 2009

Dalam tidur dan jaga,
Aku akan tetap menantinya...

- 4.31 a.m -


Jurnal Hati Luka - Nota 19

20 Januari 2009

Saat dia tersenyum,
Aku merasakan duniya ini seakan-akan terhenti...

- 2.52 a.m -




Jurnal Sang Celaru - Nota 56

3 September 2013 - Ari ni kecoh pasal minyak naik harga…suma orang pakat dok bising termasuk la gua sindri. “Ala naik 2 kupang ja pun, takkan tu pun nak berkira?”, kata member gua yang bebal. 2 kupang mungkin nilainya kicik bagi mereka yang berada, tapi bagi golongan sengkek cam gua ni 2 kupang tu agak besaq nilainya. Member gua ni nak kata kaya tak da la plak, walhal lagi sengkek dari gua ada la…tapi jenis miskin tak sedaq diri ni memang payah la!!! Sembang suma nak lebih dari orang tapi apa pun tarakkk!!! Maaf, bukan niat gua nak menghina. Gua akui gua sindri pun miskin…tapi sekurang-kurangnya gua tak la bebal cam member gua yang bebal ni. Ini bukan semata-mata isu kenaikan harga minyak…kalo tak masakan masyarakat kita nak meroyan ye tak? Tapi cam gua kata tadi la, jenis bebal ni memang tak boleh kata apa dah. Orang Kedah kata BODO PIANG!!! 


Jurnal Sang Celaru - Nota 55

2 September 2013 - Semua orang dah tau game malam tadi Liverfool menang ngan MU...so ramai la geng-geng Liverfool ni muncul kembali secara tiba-tiba ntah dari mana datangnya pun gua tak tau. Selama ni gua ingat dah pupus dah golongan ni...huhu. Baru 3 game tapi geng-geng Liverfool punya seronok dan kemeriahan cam dah menang EPL...mungkin sangap sangat dah kot nak menang piala? Biarkanlah dulu mereka ngan kemenangan itu...walau apa pun yang terjadi gua tetap berdiri teguh ngan MU. Yeahhh!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 54

30 Ogos 2013 - Suka-suka hati lu ja kata gua tak da semangat patriotik dan tak cintakan negara semata-mata gua tak kibarkan Jalur Gemilang. Lu tak payah bising-bising sangat la kalo setakat semangat patriotik lu tu hanya terletak kat bendera ja!!! Lu tak payah nak patriotik sangat la kalo setakat Jalur Gemilang yang lu kibarkan tu pun harap dapat free ja!!! Lu tak payah nak cintakan negara sangat la kalo setakat cinta lu tu hanya terletak pada konvoi ramai-ramai time sambutan kemerdekaan!!! Lu tak payah nak sayangkan sangat la Malaysia ni kalo setakat sayang lu di raikan dengan buat maksiat di malam kemerdekaan!!! Lu tak payah nak patriotik dan cintakan negara sangat la kalo setakat semangat dan cinta kepada negara lu tu hanya datang setahun sekali ja!!! Time merdeka suma pakat nak tunjuk konon-kononnya diri lu all tu la yang paling patriotik dan sayangkan negara. Bullshit!!!



Nota Kaki : Pada zahirnya kita dah 56 tahun merdayka…tapi pada batinnya kita masih lagi di jajah!!!

Jurnal Sang Celaru - Nota 53

10 Ogos 2013 - Ari ni baru masuk raya ketiga tapi suasananya dah macam raya ke-25...sunyi dan suram ja. Kemeriahan raya yang di rasakan semakin hilang...tak macam gua kicik-kicik dulu. Walaupun dah nak dekat sebulan tapi kereseronokan raya tu tetap terasa...dulu kalo tak raya abis satu kampung tu memang tak sah. Kalo tak sempat raya abis satu kampung pada ari ni, sok gua akan sambung lagi. Bila dah abis raya kat suma umah di kampung gua tu, gua akan beraya di kampung sebelah plak...dan begitu la seterusnya tanpa ada satu umah pun yang tertinggal hingga la cukup sebulan. Budak-budak zaman skunk ni gua tengok lebih banyak beraya kat depan TV...kalo kuaq beraya pun gua tengok umah tertentu ja. Mungkin ni salah satu sebab kenapa raya skunk ni tak semeriah dulu...huhu.




Jurnal Sang Celaru - Nota 52

8 Ogos 2013 - Raya gua tahun ni sama gak cam raya-raya tahun yang lepas...sunyi dan kosong ja. Tapi raya pada tahun ni gua rasa lebih sunyi dan kosong...raya tahun ni gua hanya beraya bersama kawan-kawan disisi, gua beraya tanpa family dan mak gua yang gi beraya kat Pahang pada tahun ni. Huhu...anyway gua ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua...gua mintak maap banyak-banyak jikalau gua ada melakukan kesalahan kat lu all suma.




Jurnal Sang Celaru - Nota 51

10 Jun 2013 - Tadi gua trima mesej dari bos department operasi,"Surat kau saya dah bagi bos, bos suruh buat surat lain, surat mohon kenaikan elaun pangkat, bukan surat resign sebagai ketua dan mintak jadi pegawai biasa sebab kita tak da kekosongan tuk pegawai biasa." Serius gua cakap, ni adalah salah satu punca gua nak resign dari jadi ketua...sikit-sikit nak surat. Fed up tol la!!! Pengurusan sebelom ni tak payah pun surat-surat ni suma...bagitau ja, setel masalah, mintak la apa pun, sok lusa dapat la. Skunk ni urusan apa pun nak kena wat surat...benda-benda kicik pun nak surat, hal-hal yang remeh-temeh yang sepatutnya leh setel dalam masa singkat dah makan masa 2-3 hari. Tu pun leh kira singkat la tu...kadang-kadang sampai 2-3 minggu. Yang si bos gua ni pun satu, takkan tak paham-paham lagi kot? Dalam surat resign hari tu, gua dah nyatakan sebab-sebab gua nak resign dari jadi ketua...so paham-paham amik la!!! Lagipun gua bukannya saja-saja nak tuntut kenaikan elaun ketua...gua hanya menuntut hak gua yang dijanjikan. Lain la kalo gua memang sengaja menuntut kenaikan...leh la gua wat surat permohonan kenaikan elaun. Kadang-kadang tu gua terpikir, cam na la orang-orang yang otaknya letak kat lutut ni leh jadi bos? Adei!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 50

8 Jun 2013 - Keputusan dah dibuat dan gua nekad ngan keputusan gua ni...tak da sapa yang leh halang lagi dah. Gua dah fed up menagih janji...gua dah meluat menuntut hak yang sepatutnya menjadi empunya diri. Konfem gua nak resign jadi ketua...surat gua dah print pagi tadi, tunggu nak bagi kat pihak atasan ja. Tapi gua bukannya resign terus...gua cuma nak resign dari jawatan gua ja, bukannya resign keja. Gua tetap gak nak keja tapi sebagai orang bawahan jela...alasannya mudah ja, gua tak puas hati ngan elaun ketua yang dibayar. Sebelom ni janji cukup 3 bulan elaun ketua akan di naikkan...tapi ni dah masuk bulan ke-5 still lagi macam tu tak da perubahan. Kalo tak janji tu gua tak berapa nak kisah sangat...lagipun gua rasakan bebanan keja yang gua terpaksa tanggung tak setimpal ngan bayaran. Jadi gua amik keputusan tuk resign ja dari jadi ketua...bagi peluang kat muka baru plak amik alih. Lama-lama sangat kat atas pun t orang naik benci plak...huhu.


Jurnal Sang Celaru - Nota 49


2 Jun 2013 - Bara tol gua hari ni!!! Ntah siam mabuk mana ntah tuduh gua curi daun ketum dia...babi tol!!! Apa kejadahnya atau asasnya gua nak curi daun ketum pun tak tau...nak kata gua nak rebus buat minum, gua bukannya minum pun. Pokok ketum tu dok tang mana pun gua tak tau...siam anjing tu ngan tak semena-mena mai tuduh gua senang-senang ja. Mentang-mentang la muka gua ni muka pecah rumah, tapi tu bukan bermaksud gua yang curi...ingat muka orang lain yang konon-kononnya suci tu baik sangat la. Sekurang-kurangnya kalo nak tuduh gua wak mai la bukti skali...mana la tau kot-kot cap jari gua melekat kat pokok ketum tu ke, tak pun CCTV yang lu pasang kat kebun ketum lu tu terrakam gambaq gua ke tak pa la gak. Ni pakai main serkap jarang ja, silap-silap haribulan cap jari gua tak melekat tapak tangan gua plak kot yang melekat kat muka lu...babi tol siam yang makan babi ni!!! Dia ingat gua tak da duit sangat kot sampai nak curi daun ketum dia...mentang-mentang la gaji gua kicik cam otak dia tapi gua tak penah mintak sedekah lagi la tuk makan, mencuri apatah lagi. Dia ingat daun ketum dia tu bernilai sangat kot? Ala RM15 ja sekilo...orang lain hilang ketul emas tak bising pun, dia baru hilang daun ketum dah nak meroyan. Setakat daun ketum sekilo RM15 tu gua leh bayaq la barua!!! Tapi tak payah la tuduh-tuduh gua...dajei tol!!!

Jurnal Sang Celaru - Nota 48

30 Mei 2013 - Harga keta nak turun...ramai tol yang gembira ngan berita ni. Kawan-kawan gua tak terkecuali...masing-masing dah pasang plan nak tukaq keta baru. Tapi gua tak excited pun ngan berita ni...langsung gua tak berminat. Bagi gua keta adalah satu liabiliti...jadi tak da makna la harga keta turun pun. Lain la harga minyak ke, letrik ke atau barang-barang keperluan harian lain yang turun. Buat apa gua nak jadi bodo ngan tambahkan lagi bebanan kos sara idop gua yang tak tertanggung ni ye tak? Cukup la dengan apa yang ada...selagi leh guna, pakai je la keta yang ada tu dulu. Kalo setakat beli keta baru semata-mata nak berlagak, gua tak heran pun la kawan...pi mampos la ngan keta lu!!!

Keta idaman gua...apakan daya, mampu berangan je la!!!

Jurnal Sang Celaru - Nota 47

26 Mei 2013 - Sandiwara apakah ini? Di bawah terik panas matahari hutan batu ini, gua terpaksa menyaksikan hipokrasi duniawi...langkah gua terhenti terkesima tanpa arah yang pasti. Makin lama makin keliru...makin lama makin hilang. Apa dah jadi ngan penghuni hutan batu ini?  Makin hilang maruah diri...makin tak paham akan diri sendiri.



Jurnal Sang Celaru - Nota 46

23 Mei 2013 - Malas tol gua nak pi kenduri kesyukuran kat umah Tok Det...tapi bila anak Tok Kiah ajak gua pi terpaksa la gak gua ikut. Maklum la, gua ni kan jenis orang yang tak reti nak menghampakan permintaan kawan-kawan...hehe. Janji kol 11 tapi cam besa la Melayu punya janji kol 12 baru leh pi...memang tak leh pakai tol!!!







Jurnal Sang Celaru - Nota 45

20 Mei 2013 - Dah beberapa hari line tenet kat umah gua tak leh guna...cibai tol!!! Abis terganggu keja gua...cam celaka!!! Slalunya pantang gua lambat bayaq bil sikit mula la nak potong...tapi bila gua bayaq bil suma elok jadi cam ni plak tak leh nak pakai. Shit r!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 44

16 Mei 2013 - Dah lebih 2 tahun gua meninggalkan zaman blaja gua...memandangkan hari ni Hari Guru maka secara tak langsung membuatkan gua rindu akan zaman tu. Satu persatu kenangan masa gua blaja dulu bermain-main dalam kotak pemikiran gua ni...best, hampeh, suka, duka dan 1001 macam kenangan dan kisah terlintas di kepala hotak gua ni. Salah satu kenangan yang paling gua ingat adalah hukuman-hukuman dan denda-denda yang gua terpaksa tanggung di atas kenakalan gua...berikut adalah top 5 hukuman dan denda yang paling gua ingat.

  1. Cubit perut dan tetek. Ni hukuman yang paling gua ingat...sakitnya sampai ke ari ni gua rasa.
  2. Tarik hidung. Kalo sapa-sapa ada resdung, kena hukuman ni sah resdung hilang terus. Haha...bila kena hukuman ni hidung mesti jadi merah punya. Dah serupa badut plak...
  3. Rotan atau pembaris kayu. Seingat gua, sepanjang gua blaja tak penah lagi la berbirat badan gua ni kena rotan walaupun rotan yang digunakan penah hancur dan pembaris kayu yang digunakan tuk memukul gua penah patah. Huhu...
  4. Cuci tandas. Kerana satu kesalahan abis satu badan bau tahik!!!
  5. Jalan itik. Ni hukuman yang tak menyakitkan...hanya perlu tebalkan muka tuk tahan malu ngan geng-geng satu skolah.
Dulu kalo kena denda ngan cikgu ke hapa orang tua gua tak penah pun datang skolah serang atau marah cikgu yang denda gua tu...silap-silap hari bulan gua kena hukum ngan orang tua gua plak. Tak macam skunk, anak kena sentuh sikit orang tua dah meroyan cam celaka...sebab tu gua tak heran budak-budak skunk kurang hajaq lain macam ja. Anyway trima kasih cikgu!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 43

12 Mei 2013 - Pertama skali gua ucapkan Slamat Hari Ibu kepada suma ibu-ibu di seluruh pelusuk duniya...sayangi la ibu kita setiap saat walaupun Hari Ibu hanya di raikan setahun skali ja. Kata orang pasai apa nak kena tunggu Hari Ibu baru nak raikan ibu kita? Bukankah sepatutnya kita meraikan dan menghargai ibu kita setiap hari? Memang betol...anak-anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya memang akan mengingati ibunya setiap saat. Tapi bagaimana plak tuk anak-anak yang mudah lupa diri? Bagi gua di sini la terletaknya fungsi Hari Ibu tu, sekurang-kurangnya dapat menyedarkan Si Tanggang Moden yang sibuk dengan tugas harian dan 1001 macam tugas lagi ni...sekurang-kurangnya dengan adanya Hari Ibu ni anak-anak yang sedikit lalai ni akan lebih mengenang dan mengingati pengorbanan ibu mereka.

Bagi gua ibu gua adalah segala-galanya bagi gua kerna hanya dia sorang ja yang gua ada kat duniya ni selain dari adik gua...kalo gua tak sayang ibu gua kepada sapa lagi gua nak curahkan kasih sayang gua ni kan? Kat awek? Awek plak tak da? Huhu...tak da la, kalo pun gua ada awek, gua akan tetap sayang mak gua melebihi sesiapa pun sebab tu memang dah tanggungjawab gua sebagai anak. Tambahan plak gua ni anak lelaki dan yang sulong plak tu...lagi la besaq tanggungjawab gua. Gua memang rapat ngan ibu gua hingga gua di gelar anak mak oleh kawan-kawan gua...gua tak kisah dipanggil anak mak oleh kawan-kawan gua sebab hakikatnya gua memang anak mak gua. Dialah ibu, dialah ayahku. Dialah kekasih, dialah jantung hatiku. Dialah kawan, dialah sahabatku. Dialah Ama Kalsom Binti Ahmad, dialah ibuku...Slamat Hari Ibu mak!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 42

9 Mei 2013 - Hari ni bezday gua yang ke-16 tuk 10 tahun yang lalu...cepat tol masa berlalu. Rasa cam baru semalam ja gua menyambut bezday gua yang ke-5...masa tu gua nak sangat cepat jadi dewasa. Nak kumpul duit banyak-banyak tuk senangkan mak dan famili gua...nak beli keta dan umah besaq serta kawin ngan gadis idaman gua dan idop bahagia ngan anak-anak kami slamanya. Bila pikir-pikir balik gua rasa cam bodo ja...besa la pemikiran budak-budak la katakan. Gua rasa lu all pun mesti cam gua gak kan?  Ntah-ntah lebih bodo lagi dari impian gua ni...haha. Tapi tu dulu punya cita la...bila dah dewasa skunk ni baru gua tau peritnya kehidupan. Apa yang gua impikan kicik-kicik dulu ni jadi palat sumanya...impian hanya tinggal impian. Gua rindukan zaman kanak-kanak gua...gua ingin kembali ke zaman itu. Zaman dimana gua tak perlu nak pikir apa-apa...hanya pikir nak main dan nak seronok ja. Zaman dimana tak memerlukan gua tuk menjadi orang yang hipokrit...hanya perlu menjadi diri sindri. Zaman dimana gua tak perlu menjadi hamba kepada kertas yang dinamakan duit...hanya bersyukur dengan apa yang ada. Indahnya zaman itu...


Nota Kaki : Hadiah hari jadi gua tahun ni memang tak best!!! Gua di hadiahkan dengan persaraan Sir alex Ferguson. Sedih tol!!!

Jurnal Sang Celaru - Nota 41

7 Mei 2013 - Pilihanraya dah tamat dan kita dah pun tau keputusannya...keadaan kembali seperti biasa seakan-akan tiada apa yang berlaku pada hari-hari sebelomnya. Cuma terdengar la gak sembang-sembang kosong di kedai-kedai kopi dan satu dua kejadian mengenai isu politik yang timbul, tapi tak da la serancak ketika sebelom pilihanraya hari tu. Biasa la tu, kata orang tua-tua umah dah siap tapi pahat still lagi berbunyi...adat la tu kan? Gua sebenarnya malas nak cakap pasal politik apa ni...suma tu sampah!!! Sebab apa gua kata cam ni? Jawabnya mudah saja...hipokrit!!! Gua tak kata kat mana-mana pihak, baik pemerintah mahupun pembangkang...bagi gua kedua-duanya sama saja. Cuma kita sebagai rakyat ni kena la pandai membuat penilaian...masing-masing dah di kurniakan akal dan fikiran. Jadi dok simpan buat pekasam buat apa?

Jurnal Hati Luka - Nota 18

6 Disember 2008

Cinta ini telah menyumbat pernafasanku...

- 5.03 a.m -


Jurnal Sang Celaru - Nota 40

5 Mei 2013

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates