Jurnal Sang Celaru - Nota 197

10 Mei 2014

Dalam perjalanan ini,
Ada pelbagai kegilaan
dan kewarasan,
Setahun lagi umur aku beranjak,
Dan ini menjadikan aku
lebih matang dan dewasa,
Tapi itu tak bermakna ianya
membuatkan aku kebal dan
lali dengan kegilaan dan
kewarasan duniya ini,
Aku juga seperti kamu,
Kadangkala aku juga akan
terluka dan tercalar,
Malah ianya menjadi semakin
rumit dan sulit,
Apa yang membuatkan aku
bertahan hingga ke saat ini
adalah semangat seorang
pemberontak yang wujud
di dalam aku,
Jika tidak dah lama aku mati...

- 1.13 a.m -


0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates