24 Mac 2017
2 jam aku di kaki lima ini,
Bermacam watak 'aku' yang aku lihat,
Ada aku yang tertawa bersendirian
di hadapan telefonnya,
Dan ada juga aku yang tertawa
bersendirian tanpa sebab,
Ada aku yang berlari mengejar
masa yang mendekat,
Dan ada juga aku yang berlari
tanpa di ketahui apa yang di kejar,
Dan di sepanjang masa yang
berlalu ini,
Aku sedar akan sesuatu,
Bahawa aku-aku itu juga
adalah seperti aku...
- 2.14 p.m -