Street Poet Ray


Ari tu aku ada citakan pasal seminar Green Marketing kan? Okey kali ni aku nak kongsi sikit dengan hangpa suma pasal koleksi komik aku yang berkaitan ngan alam sekitar agar pas ni kita lebih peka dengan alam kita yang semakin diancam ni . Koleksi yang aku maksudkan adalah siri komik Street Poet Ray volume ke-2 yang bertajuk Earth Day 1990. Siri Street Poet Ray ni sebenarnya terdiri daripada 4 volume tapi dalam koleksi aku ada 3 ja, volume yang last skali iaitu volume yang bertajuk The Last Rays Of Summer aku cari tak jumpa lagi...besa la barang-barang lama ni memang payah sikit nak cari, bayangkan la untuk aku kumpulkan 3 volume yang aku ada sekarang ni pun dah amik masa 6 tahun(dari aku tingkatan 2 sampai aku tingkatan 6 atas).

Siri Street Poet Ray ni sebenarnya adalah gabungan antara sajak/puisi dan juga lukisan/komik...ini menjadikan komik ni agak unik dan menarik kerana sebelum ni jarang sangat orang menggabungkan antara subjek yang berbeza ni. Stroke lukisan didalam komik ni plak tak da la lawa sangat malahan agak buruk dan comot berbanding komik-komik lain dan ini menjadikan komik ni berbeza dari komik yang sedia ada...ianya seakan-akan mempersendakan lukisan komik-komik yang hanya mementingkan lukisan yang cantik berbanding menitik beratkan jalan cerita yang menarik atau ianya mungkin sengaja diburuk untuk menunjukkan bahawa setiap isu yang diutarakan tu tak semuanya indah, maksudnya penulis komik ni iaitu Michael Redmond cuba untuk menunjukkan realiti sebenar di sebalik setiap isu yang cuba diutarakannya.

Untuk makluman hangpa suma siri Street Poet Ray ni dikeluarkan oleh Marvel Comics pada tahun 1990. Komik ni ditulis oleh Michael Redmond dan dilukis oleh Junko Hosizawa. Komik ni berformat hitam putih, terdiri daripada 32 muka surat dan mempunyai 4 volume iaitu "The Word From The Street", "Earth Day 1990", "Heart Without A Home" dan "The Last Rays Of Summer". Kepada peminat-peminat sajak/puisi dan juga peminat-peminat komik hangpa suma memang patut untuk baca komik ni coz komik ni memang feeling abis la aku cakap.

0 comments:

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates