Malas

Blog aku dah bersawang...ramai yang tanya sebab apa aku tak update blog aku ni? Jawapan aku mudah ja...aku dilanda penyakit malas peringkat terakhir. Maksudnya penyakit malas aku ni tak dapat dipulihkan lagi dah...haha. So mari la ramai-ramai kita berdoa semoga penyakit malas aku ni pulih kembali...AMIN. 

 

Dalam Hati Ada Taman

Di suatu pagi yang indah...Joe Metal gi umah aku, maka terjadi la perbualan seperti di bawah.


Joe Metal : Weh lu free tak sok? Jom gi tengok wayang...
Aku : Gua tak da hal...on ja. Cita apa kita nak tengok?
Joe Metal : Cuti-cuti Cinta...cam best ja cita tu. 
Aku : Ceh!!!! Harap muka ja ganas, tapi layan cita jiwang...wat malu kaum kerabat metal ja. Lu gi tengok sorang ja la kalo cam tu...


Moral value dari kisah di atas : Walau seganas dan sekeras mana pun sesorang tu akan ada gak sedikit kelembutan di dalam jiwa sesorang tu. So jangan dok berlagak kental sangat la...hehe.



Bagaimana Harus Aku Meraikannya?

Beberapa hari lagi hari raya bakal tiba...suma orang semakin excited dan tak sabar tuk menyambutnya. Aktiviti mengemas rumah dan membeli-belah sebagai persiapan raya semakin rancak berlaku...ditengah-tengah kesibukan mereka membuat persiapan raya ni, aku still lagi selamba dan cool cam biasa. Seakan-akan tiada apa-apa, aku still meneruskan hidup cam biasa melakukan rutin harian. Mungkin bagi orang lain hari raya tu membawa maksud kegembiraan, oleh itu mereka ingin meraikannya semeriah yang mungkin. Tapi bagi aku hari raya tu tak membawa sebarang makna setelah sorang demi sorang orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku...hakikatnya sejak tahun 1995 hari raya aku tak pernah di sambut meriah. Hari raya bagi aku hanyalah hari kesedihan dan kesuraman...bagaimana harus aku meraikannya jika suma orang yang aku sayang tiada di sisi aku? Ada sapa-sapa tahu bagaimana cara-cara tuk aku meraikannya? Aku still tak mendapat jawapannya sepanjang 15 tahun ni...jika ada sesapa yang tahu jawapannya tolong la gitau aku coz aku dah bosan menyambut hari raya ngan linangan air mata.

Murtabak Maggi

Ari ni masa berbuka tadi aku makan murtabak maggi yang aku buat sindri...tak main la beli-beli ni. Haha...sebenarnya resepi ni aku blaja dari mak aku. Hangpa penah makan ke tak murtabak maggi ni? Kalo tak penah makan meh sini aku nak ajaq hangpa cara nak buat murtabak maggi ni. Senang ja pun...

Bahan-bahan:
1. Sebungkus maggi atau mee segera yang telah direndam dalam ayaq panas
2. 4 sudu daging yang telah di kisar
3. Sebatang cili merah
4. Sebiji bawang merah
5. 3 biji telur
6. Satu paket rempah kari maggi
7. Garam dan gula secukup rasa
8. Sedikit daun bawang dan daun sup

Cara membuat:
1. Gaul suma bahan-bahan di atas bersama-sama
2. Panaskan minyak di dalam kuali leper...jangan pakai kawah plak
3. Bila minyak dah panas maka masukkanlah bahan-bahan yang telah digaul tadi kedalam kuali dan balik-balikkan la sehingga ianya masak.
4. Sedia untuk di makan.

Senang bukan? Jadi ka tak jadi? Kalo tak jadi nampak sangat hangpa tak da bakat tuk jadi tukang masak...hahaha.

Ramadhan

Ramadhan...datangnya dinanti, perginya dirindui. Diam tak diam lagi seminggu Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Semoga kita diberikan lagi kesempatan tuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. AMIN...

Hariku Yang Hampeh


Ari ni ari Rabu bersamaan 1 hari bulan September merupakan ari malang bagi aku…ari ni saja macam-macam perkara hampeh menimpa aku. Ari ni aku bangun agak awai…kol 9 pagi aku dah bangun. Kira awai la tu…slalunya kol 12 atau kol 1 baru aku bangun. Tujuan aku bangun awai hari ni hanya satu iaitu nak gi interview keja…bangun ja dari tido aku rasa badan aku cam tak sihat, rasa cam nak demam. Kalo nak di ikutkan ngan keadaan badan aku ni memang malas aku nak gi interview tapi bila memikirkan diri aku yang dah brenti blaja dan jadi cam orang yang tak berguna ni aku gagahkan gak diri aku tuk gi mandi. Selesai ja mandi baru aku sedaq yang aku tak prepare apa-apa lagi tuk gi interview keja…baju seluaq tak berseterika, sijil-sijil tuk interview ntah kemana.
Dalam keterpaksaan, kemalasan dan tak sihat aku gagahkan diri aku tuk seterika baju dan seluaq aku tuk interview keja punya pasal…seterika punya seterika punya seterika, baju aku still lagi berkedut. Aku letakkan tapak tangan aku atas baju tu…sejuk tak panas pun. Rupa-rupanya seterika aku rosak…api kemarahan mula menguasai diri aku. Rasa cam nak maki ja tapi bila mengenangkan diri aku yang sedang berposa ni aku batalkan saja niat aku…t tak pasal-pasal kurang plak pahala posa aku. Nak tak nak terpaksa la aku pakai baju dan seluaq yang berkedut tu…lantak la apa nak jadi pun, janji aku gi interview. Dapat tak dapat tu belakang kira…kalo pakai kemas pun blom tentu lagi dapat keja ye tak? Suma tu atas rezeki…hehe. Saja ja aku kata cam ni sekadar menyedapkan hati yang tak brapa sedap ni.
Pas dah bersiap aku start cari sijil-sijil aku tuk pi interview…cari punya cari punya cari, tak jumpa-jumpa sijil yang aku cari. Yang ada just sijil lahir aku ngan sijil UPSR aku ja…apa kejadah gunanya sijil-sijil ni? Lain yang aku cari lain yang jumpa…takkan la aku nak guna sijil-sijil ni gi interview keja kot? Aduh, apakah ni petanda yang menunjukkan bahawa keja ni bukan tuk aku!? Aku buntu…perasaan bengang bertandang ke dalam diri aku tapi aku still leh mengawalnya. Ni bermakna pahala posa aku still la selamat…haha. Pas aku dah start cool balik aku mesej kawan-kawan aku tuk menyiasat misteri kehilangan sijil-sijil aku…tunggu punya tunggu punya tunggu sekoq pun tak balas mesej aku. Api kemarahan mulai marak kembali dan kali ni ianya sukar di bendung…saat aku nak start maki tiba-tiba ada mesej masuk. Mesej dari Edy rupanya…ada sinar harapan di situ bila dia kata sijil aku tu mungkin tertinggal kat umah Openg masa aku pindah umah ari tu. Malam ni aku nak try gi usya tengok…harap-harap ada la.
Pas misi aku nak gi interview keja gagal aku pun lepak depan laptop aku…cadangnya nak online la, tapi apa tak kena ntah tak boleh nak connect internet plak. Aku rasa ni mesti kes perniagaan ternakan virus kat laptop aku ni semakin berkembang, sebab tu la tak leh nak connect…haha.  Memandangkan aku tak leh nak online so aku tukaq plan…aku main game FIFA Manager kat laptop aku. Main punya main punya main, abis je season aku kena sack sebagai manager Man U…apa kejadahnya ni? Setau aku suma objektif kelab suma aku ikut…alih-alih aku kena pecat plak. Argghhhh!!!!! Aku marah ni!!!! Aku perlukan perjelasan…takkan nak sack aku cam tu ja setelah segala kemahiran aku dalam bidang kejurulatihan aku curahkan. Ops!!!! Sori, aku sedikit emo. Haha…
Di sebabkan aku terlalu marah aku amik keputusan tuk kuaq bagi menenangkan perasaan aku kembali…aku mintak pinjam motor Ady jap tuk kuaq. Pas tu aku pecut masuk dalam UiTM, cadangnya nak amik duit coz duit dalam wallet aku ada just RM2.75…sampai ja aku depan ATM kat dalam UiTM aku tengok segerombolan manusia bermuka sengkek tak da duit ngah beratur panjang nak amik duit. Aku pun turun motor and join beratur bersama-sama manusia sengkek tu skali…lebih kurang 20 minit aku beratur akhirnya sampai gak giliran aku tuk amik duit. Pas tu aku masukkan kad, nombor pin dan jumlah  yang aku nak kuaqkan…tiba-tiba tertera kat ATM tu,’Maaf baki anda tidak mencukupi.’ Kang!!!! Aku sepak mesin ATM tu…suma orang pakat tengok aku. Ah, peduli apa aku!!! Janji aku leh lepaskan geram…
Pas tu aku blah dari UiTM tuk gi tengok motor aku yang di hantar tuk servis ari Khamis minggu lepas…aku antar servis motor aku tu sebab aku nak balik raya. Cadangnya petang ni la aku nak balik…tengok-tengok motor aku tu tak servis apa lagi pun, dok tersidai kat tepi kedai tu ja. Cina tu ngan selamba ja kata, ‘Sori la gua lupa.’ Hai, aku rasa cam nak tumbuk ja Cina tu!!! Aku dah angkat tangan dah pun nak tumbuk dia tapi bila aku tengok tatu yang ganas kat lengan dia tu aku tak jadi nak tumbuk. Aku bukannya takut kat dia tapi aku takut kat tatu dia tu, ganas sangat beb!!! Huh…skunk ni baru kol 4.39 petang. Aku tak tau apa lagi suwey yang bakal menimpa aku pas ni…hidop ini sememangnya palat!!! Aku mengharapkan ari ni berakhir ngan cepat supaya aku dapat lepas dari suma suwey ni.

Manusia Pendosa

Kemarin tanggal 17 Ogos merupakan hari lahir ibu aku...malam tadi aku berkesempatan menelefon ibu aku tuk mengucapkan slamat ari lahir kepadanya. Slalunya kalo aku ada kat umah, aku dan adik aku akan memasak tuk ibu bagi meraikannya. Kalo kami malas sangat nak masak, kami akan kongsi duit tuk bawak ibu makan kat luar. Tapi tu dulu punya crita la, sejak aku dapat masuk UiTM masa 2007 dulu ni...aku dah tak dapat nak buat suma ni. Skunk ni aku just dapat wish dan bagi hadiah ja kat ibu aku...tu pun slalunya hadiah tu aku lambat bagi. Hehe...


Hadiah tuk hari lahir ibu aku pada tahun ni sangat membebankan perasaan aku tuk berikan kepadanya kerna ianya agak teruk...bukan agak teruk sebenarnya tetapi sememangnya teruk. Sebagai seorang anak aku tak sepatut memberikannya hadiah ni dan sebagai seorang ibu dia tak berhak tuk menerimanya. Aku telah memberitahunya yang aku nak brenti blaja, itulah hadiahnya...ibuku sangat terkejut, tetapi dalam masa yang sama aku tahu yang dia sangat kecewa dengan aku. Bukan niat aku tuk melukakan hatinya tetapi aku melakukannya semata-mata aku dah tak sanggup melihat dia menanggung diri aku tuk blaja.


Aku dah tak sanggup melihat seorang wanita  yang berusia 55 tahun menanggung diri aku yang berusia 23 tahun yang masih muda dan kuat ni...aku rasa cam tak berguna sangat. Sepatutnya aku yang menanggung ibu aku...ni terbalik plak. Huhu...mesti ramai yang akan kata,"Kenapa tak apply ja PTPTN?". Maaf, aku punya prinsip aku sindri...sesuatu benda yang aku rasa tak puas hati, cuba mengambil kesempatan atau menindas, aku akan menghindari atau menentangnya. Salah satu daripadanya adalah PTPTN...mungkin aku bodoh, rebel tak bertempat!!! Tapi inilah hakikat sebenarnya diri aku...memang sukar tuk di ubah lagi. Walau
apapun alasannya aku tetap seorang anak yang berdosa. Maafkan aku ibu...sesungguhnya aku tak berniat tuk melukakanmu.

Hidup Adalah Pilihan

Fikiranku menyatakan ya,
Hatiku mengatakan tidak,
Lalu bagaimana harus aku memilihnya?,
Haruskah aku mengikut kata fikirku, 
Atau bagaimana?,
Sesungguhnya aku keliru dan buntu...


Ramadhan Datang Lagi

Tanpa disedari, bulan Ramadhan yang mulia kembali menggamit. Bulan di mana peluang tuk kita menyucikan diri dari segenap perkara yang melalaikan setelah 11 bulan kita di buai mimpi dipandu oleh nafsu. Yang kuat makan, kurang makannya. Yang kuat merokok, kurang kadar toksik di dalam badannya. Yang kuat tido, mungkin lebih rajin tuk bangun sahur.


Apa yang pasti dalam jangka 11 bulan itulah kita kembali tuk membersihkan diri kita sekaligus menambahkan amalan masing-masing. Dalam jangka masa sebulan ni gak la minda kita akan di rehatkan dari memikirkan hal-hal duniya. Kita lebih menumpukan perhatian tuk menyiapkan diri seadanya seblom ketibaan Syawal. Apapun aku ingin mengambil kesempatan tuk mengucapkan slamat berpuasa kepada suma. Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan kita seribu pengertian...

Kenangan Berposa Bersama Sahabat

Petang tadi aku berkesempatan merapu sikit ngan sahabat aku iaitu Warf kat Facebook...saja menyingkap kembali kenangan menyambut posa bersama-sama ketika kami duduk serumah suatu ketika dulu. Kalo sahabat-sahabat serumah kami yang lain seperti Zack, Edy, Samad dan Kame dapat join skali tadi ni mesti lebih banyak kenangan-kenangan kami dapat dikongsikan bersama...tapi tak pela, ni pun dah memadai kerna ianya telah membuat aku sebak. Ni baru sekelumit kenangan yang kami berjaya singkapkan...kalo sahabat-sahabat kami yang lain tu join aku tak tau la cam na? Mungkin aku menangis kot...haha. Apa-apa pun hayati la dulu isi-isi perapuan kami:




Khairil Azmir slamat menyambut Ramadhan sahabat!!!bwk2 la gi terawih sama...jgn gi mlm pertama je tau.haha...

10 jam yang lalu ·  ·  · Lihat Dinding ke Dinding




    • Khairul BunkMay Shahmir aku ske nasihat2 mcm nih...
      10 jam yang lalu · 


    • Abdul Wafiy hahaha cess!
      dulu aku igt lg sume pakat smgt nk g terawikh..niat nk buat pnoh.
      last2 thn smggu je. wakaka


      pape pn selamat myambut ramadhan too! semoga ramadhan kali ini lebih baek dr sblmnya..aminn~
      10 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir haha...seminggu apanya?ada satu thun tu satu mlm ja...haha
      10 jam yang lalu ·  · 


    • Khairil Azmir shamir:apa yg hg suka sngt ni...hg pn bwk2 la gi terawih sama.haha...
      10 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy hahahah.....ha'ah la weh. pastu sebok men badminton je kn. hahaha
      10 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir kah3x...jahil sungguh kita time tu.yg xleh blah 2 beradik tu la...sanggup gi kopak pintu court semata2 nk main.haha...
      9 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy hahahaha...adehh.
      ble pk2 blk, klaka je. sggup tu kopak pntu..smyg xnk..hahaha
      9 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir tu la psl...yg aku paling xleh lupa ada 1 mlm tu ada org wat semayang terawih kat court.nasib baik tak masuk...kalo tak malu bai!!!!haha...
      9 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy hahahaha...aku x smpi lg mase tu.
      kalo x smyg ngn suar pendek la korang. wakakka
      9 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir kah3x...kalo la mlm tu aku msk,blk tu sah2 aku bunuh diri.malu bai!!!haha...
      9 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy hahaha....adehh gile btol.
      rndu plak nk pose kt perlis..hahaha
      9 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir aku plak rindu time kita smbut posa 1 umah dl ni...aku,hg,z,samad,edy,samir.ni geng pling best!!!
      9 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy yep mmg paling best!
      buke same2, sahur same2, men same2, hahaha rindu sume tu
      9 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir shit!!!tiba2 ja gua rasa sayu bai...rasa cam nk nangis ja.
      9 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy damn..aku pn! T_T
      rindu kenangan kt perlis weh..
      cane la adek manis, bang chik... kedai tmyam kt masjid tu.,psr mlm..bazaar ramadhan kt sane.
      rndu sume tu..ahaha
      9 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir aiyakkk!!!gua dah bantai teriak dah ni...dah tak tahan.waaaa....
      9 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy hahaha...xpe la, meh aku join skali weh.
      uwaaa...... T_T
      9 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir haha...rasa nk je blk time dl kn.ada kwn2 apa suma...
      9 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy mmg la...best woo mase ngn kwn2 dulu.
      skang ni sume merata dh..rndunye~
      ko xpe lg..stil kt perlis.bole rase lg keindahan kt sane. hehe
      9 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir menikmati keindahan arau tanpa kwn2...xda maknanya.sorang2 jela dok layan blues...blues tau bkn blue.
      9 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy hahaha...xpe masih ade gadis2 cantik uitm kite tu.
      best gak pose kal cmtu.haha
      xpe..layan blues ke, blue ke..aku faham ang.hahahah
      9 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir haha...gua kebosanan ni bai.xda geng nk men badminton...z plak aku ajak asyik bz ja.huhu...
      9 jam yang lalu ·  · 


    • Abdul Wafiy hahaha..aku kt salu gak men badminton gn famly kwn aku skang ni.
      gile dorang sume hebat2..aku kne ayma je ngn dorang.haha
      perghh z busy eh skang..cm x caye je. wakakak
      9 jam yang lalu · 


    • Khairil Azmir advisor dia hajah...mau xbz.haha...
      lebih kurang sejam yang lalu ·  · 



Serius aku cakap, aku sangat rindukan saat-saat menyambut posa bersama sahabat-sahabat aku ni. Kalo tak silap aku dah 3 edisi posa kami sambut bersama kat Arau ni iaitu dari tahun 2007 hingga 2009. Tapi posa kali ni sedikit berbeza, aku menyambutnya tanpa halai tawa sahabat-sahabat aku ni. Huhu...sedih la plak. Kalo la aku ada mesin masa kan best!!! Leh la aku undurkan masa balik ke masa dulu...hehe. Ada sapa-sapa yang ada mesin masa tak? Aku nak pinjam jap leh? Haha...
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates