Jurnal Sang Celaru - Nota 64

22 Oktober 2013

Lapar punya pasal
Abis terbantut keja gua
Last skali main game
Kalo macam ni hari-hari
Payah la gua nak maju
Nampak gaya nak kena cari bini sorang ni
Ada la orang nak urus idop gua
Tak ada la serabai cam ni lagi...

Jurnal Sang Celaru - Nota 63

17 Oktober 2013 

Gerangan apakah yang mengganggu fikiran ini?
Nyah pergilah tuan hamba jauh - jauh dari fikiran ini
Hamba ingin bersendirian!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 62

15 Oktober 2013 - Apabila Melayu hilang dan lupa akan akar umbi asal usul salasilah mereka, maka berkecamuk la jadinya…yang diluar didodoi dan diagungkan melebihi dari Yang Di Pertuan Agung, budaya sendiri di tong sampahkan!!! Di pagi raya hanya berseluar jeans dan pakai t-shirt seperti hari-hari biasa…tiada bezanya!!! Gua konfius, hari ni Hari Raya Aidiladha ke atau kita tengah meraikan Krismas? Rasanya baru ja tragedi Oktober, belom lagi Disember. Gua tanya mereka, mereka kata baru la nampak cool dan rasa malu bila pakai baju Melayu. Kata mereka lagi, tak pakai baju Melayu pun boleh raya cam orang lain gak. Adei!!! Mudah tol kaum Melayu gua ni lupa diri…sedih dan memilukan apabila mengenangkan mereka. Jenis tak sedar diri ni memang payah!!! Apabila berseluar jeans itu bukan bermaksud kamu perlu menjadi jin!!! Tak salah nak ikut fesyen ke hapa…tapi budaya dan adat sendiri jangan sampai di lupakan. Buat macam mana skali pun kamu tetap Melayu!!! Hakikat itu tetap tak dapat diubah lagi!!! 


Jurnal Hati Luka - Nota 23

23 Mei 2009

Cintaku pada kamu bagaikan pelangi,
Indah dengan warnanya,
Aku sentiasa mengharapkan agar panas sampai ke petang,
Tapi kadang-kadang gerimis mengundang di tengah hari,
Biarpun gerimis mengundang,
Pelangi tidak pernah lupa untuk menjelmakan dirinya,
Begitulah cintaku pada kamu,
Biarpun terluka tapi cinta ini masih tetap ada untuk kamu selamanya...

- 3.51 a.m -


Jurnal Hati Luka - Nota 22

7 April 2009

Cinta ini bagaikan bayang-bayang,
Makin aku mengejarnya,
Makin ia pergi...

- 1.41 a.m -


Jurnal Hati Luka - Nota 21

1 Mac 2009

Setiap saat aku menyukainya,
Setiap minit aku tergilakannya,
Setiap jam aku memikirkannya,
Setiap hari aku terbayangkannya,
Setiap detik aku menyintainya...

- 1.00 a.m -


Jurnal Sang Celaru - Nota 61

30 September 2013 - Hari ni harga rokok naik lagi…tapi gua tengok emosi masyarakat sekeliling still lagi stabil. Tak macam harga minyak naik hari tu…suma orang pakat meroyan termasuk la gua sindri. Sehingga ke saat ini api amarah gua still lagi kental menyala seakan-akan takkan padam…tapi apabila rokok naik harga gua sedikit pun tak rasa marah dan tak amik kisah. Pada pandangan mata kasar gua yang rabun ni, masyarakat di desa gua yang aman lagi mendamaikan ini pun seakan-akan tak terkesan di atas kenaikan ini…samada mereka pasrah menerima ketentuan takdir atau sememangnya mereka tak kisah yang tu gua tak tau la. Apa yang gua tau masyarakat di desa gua ini kebanyakkannya adalah penghisap tegar rokok daun dan juga rokok-rokok haram…mungkin sebab ni la kot mereka tak amik pot? Eh, bukankah rokok tu sememangnya dah haram? Malah fatwa pun dah kuar dah…tapi kenapa sesetengah rokok ja yang diklisifikasikan sebagai haram? Kenapa tak suma? Besa la kan? Kalo tak takkan la arak dan judi senang-senang ja leh bertapak kat bumi Malaya ni ye tak? Ada lesen ada cukai benda yang terang lagi bersuluh haram pun leh jadi halal. Macam hari tu la, band metal nak masuk buat konsert mereka tak kasi…kononnya merosakkan akidah anak muda. Tapi penyanyi luar yang pakaiannya dedah sana dedah sini dengan sewenang-sewenangnya mudah di lepaskan masuk…tak payah penyanyi luar, tengok artis kita pun dah cukup. Kenapa mereka ni tak da sapa pun yang nak halang? Oh, Negara Islamku!!! Konspirasi apakah ini? Berbalik kepada soal rokok naik harga tadi…gua sememangnya tak kisah rokok naik harga malah gua sokong lagi ada la. Gua tak isap rokok so buat apa gua nak peduli…hahaha. Lagipun perokok-perokok ni suma telah menyusahkan golongan katakan tak nak pada merokok cam gua ni ngan asap rokok mereka…so wajar la kalo gua sokong pun kan sebab mereka tak reti nak hormat pada golongan bukan perokok macam gua ni? Hahaha…padan muka!!!


 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates