Wish

24 hours ago I told myself,
I’d rather fix myself than try to fix what’s going on,
But the problem keeps on calling even I throw myself wrong,
I found myself alone, unknown and hurt,
Where’s my pleasure? Where’s my hope? Where’s my soul?
I don’t know…

Have I lost myself?
Actually I don’t understand…everything so blurry and empty,
Sometimes I get so tense,
I can’t find the answer for the questions,
The questions were many but the answer so few,
What should I do?

Another hour goes without any change,
I have to escape and go anywhere,
There have to be somewhere that I can be far away,
If I could have one wish,
I would wish to wake up everyday to the sound of your laugh by my side,
The shinning of your smile on my soul,
And the feel of heart beating with mine,
Knowing that I could never find that feeling with anyone other than you.

Nota kaki : Sebenarnya ni merupakan hasil nukilan aku yang telah dihasilkan pada penghujung tahun lepas sempena ngan bezday 'si dia' yang aku minat ni...cadangnya aku nak letakkan hasil nukilan ni kat atas sebuah poskad (poskad kat atas) and then aku akan bagi bersama-sama hadiah bezday dia tapi tak jadi nak bagi coz aku takut aku bakal terluka lagi. Huhu...gambar 'si dia' terpaksa aku padam, pasal tu la nampak satu ruang kosong kat poskad tu.

Jalang

Aku tak mau komen banyak pasal movie ni selain dari sampah, sampah, sampah dan sampah!!!! Dari aku tengok cita ni baik aku tengok cita Jidin...huhu. Tu je aku nak cakapkan...

Champions League : Manchester United vs Bayern Munich 09/10

Heran tol la aku...pasai apa la orang dok kecoh Man U kalah game pagi tadi walhal Man U menang 3-2 kowt, kalo ikut agregat plak seri 4-4. So kat mana ntah Man U dikatakan kalah tu? Huhu...hakikatnya Man U tak kalah tapi Man U just tak menang ja. Hahaha...apa-apa pun aku cukup marah dan kecewa ngan game pagi tadi. Yela Man U leading ngan gol-gol awal tapi tiba-tiba jadi cam ni plak...sapa tak marah dan kecewa beb? Ni suma gara-gara dari sekeping kad merah, terus hancus game Man U..."This is what football is all about, we need to accept it", kata tukang bancuh sirap tuk pasukan Man U mengenai game ni setelah diminta memberi komen oleh wartawan. Ahaks!!!

Champions League : Messi vs Arsenal 09/10

Apa lagi yang aku leh katakan pasal game ni selain kepuasan yang maksimum? Walaupun aku just tengok separuh masa pertama ja coz aku ada kelas pagi tadi, aku tetap enjoy menikmati game ni...memang menghiburkan!!! Paling best tengok Messi main la, cam pelesit dia main..."Rasa cam bukan orang ja yang main", Zack memberi pandangannya tentang permainan Messi ngan menunjukkan muka kagum. Aku mengiyakannya saja coz dah memang mamat ni hebat nak wat cam na kan, mengaku jela...kalo tak takkan la dia leh score sampai 4 bijik ye tak? Huhu...aku rasa season ni pun Barca bakal menang lagi Champions League. Kita tunggu dan lihat ja la. Apa-apa pun aku still lagi positif ngan pasukan aku iaitu Man U...walaupun ari tu kalah di tempat lawan dan malam ni bakal bermain tanpa Rooney, aku yakin Man U bakal mencipta sesuatu malam ni. Game pagi nanti tampak sukar coz Bayern bakal diperkuatkan lagi ngan kembalinya Robben tapi peluang tu tetap ada coz Man U main di Old Trafford dan adanya bekalan away gol...so kita tengok jela pagi nanti apa nasib yang bakal menimpa Man U. Slamat berjuang Man U!!!!



Tribute To Din Beramboi

Ari Jumaat ari tu aku bangun lewat seperti ari-ari lain gak...aku tengok dak-dak umah aku yang lain still lagi terbungkang, kecuali Warf ngan Kame yang ntah melingkup ke mana. Aku bukak radio, cadangnya nak dengar lagu la...takkan nak bercucuk tanam plak. Tapi aku tak sangka la plak yang aku bakal di kejutkan dengan berita pemergian Din Beramboi ke rahmatullah...terus ilang mood aku nak dengar lagu, terus aku tutup radio. Aku capai berus gigi dan tuala menuju ke bilik ayaq...setelah tu aku berus gigi dan mandi. Ari tu aku mandi agak lama(slalu tu aku just mandi 2-3 cebok je)...tapi ni bukan bermakna aku melancap ke hapa, aku just terfikirkan akan hal pemergian Din Beramboi yang aku dengaq tadi ni. 


Pas aku abis mandi aku bersarapan ngan ditemani teh o panas dan biskut mayat...sambil menyicah biskut mayat ke dalam teh o panas aku cuba mengenangkan kembali apa yang aku masih ingat tentang Din Beramboi. Tiada apa-apa, kecuali 1-2 lawaknya yang masih kekal dalam memori pendek aku ni. Hari ini, setelah berhari-hari media amat sibuk dengan berita din Beramboi...kini sumanya kembali sepi. Tiada lagi cerita tentang sejarahnya, pencapainya dan persepsi-persepsi masyarakat terhadap dirinya...suma berita-berita ni duit. Siapa jua bisa bikin duit atas apa jua keadaan...lebih-lebih lagi ikon sepertinya. Hmm...aku dah bosan ngan suma benda ni.


Secara peribadi, barangkali Din Beramboi pun tak pernah menyangka dirinya akan menjadi begitu...bagi aku, dia hanyalah seorang penghibur/pelawak dan sememangnya dia penghibur yang brilliant. Ini tiada kaitan dengan lakonan dan wataknya...ini hanyalah tentang bakat yang istimewa. Dia menjadikan lakonan terlalu murah berbanding bakatnya tu...bakatnya adalah dewa. Bakat melampaunya tu tidak memerlukan lakonan lagi...barangkali tiada lagi yang lebih penting selain dari mempelajari disiplin kerja beliau. AL-FATIHAH...

3 Perkara Paling Sedap Bagi Lelaki

Baru-baru ni seorang kawan aku ada bagitau pasal 3 perkara paling sedap dalam dunia ini khususnya bagi lelaki iaitu: 
1. Makan daging – bagi yang vegetarian pastilah ini bukan pilihan mereka. 
2. Duduk atas daging – bagi yang suka menunggang, pastilah kuda dan unta menjadi pilihan...ia lebih seronok dari merempit. 
3. Masuk dalam daging – yang ini memang pilihan ramai…hahaha.
Mana dia dapat ni suma pun aku tak tau la dan aku pun tak dapat memastikan samada fakta-fakta ni betol ataupun tak? Yang pasti fakta yang ketiga tu aku ngan konfidennya, yakin bahawa fakta tu benar lagi tepat...memang tak leh nak di sangkal lagi dah akan kebenaran fakta ni. Ahaks!!!! So apa kata hangpa suma? Huhu...



Manchester United vs Chelsea 09/10

Malam yang suram...malam yang malang!!! Tu je yang mampu aku katakan wat masa skunk ni...kecewa, marah sumanya bercampur-baur. Aku tak mau komen apa-apa pasal game ni or pasal gol Drogba ke hapa...aku just nak komen pasal sorang mamat ni yang dok bising pasal Man U yang hanya mengharapkan Rooney tuk menang.   Come on la, apasal cetek sangat ilmu hang ni? Bola sepak tu kan game berpasukan...so logik ke kalo kejayaan sesebuah pasukan tu hanya bergantung pada sorang player ja. Bodoh punya manusia!!! Sblom ni pun orang dah bising-bising yang season ni Man U tak leh nak survive bila Ronaldo blah...tapi aku tengok tak da apa pun, still lagi mampu memberi saingan. Huhu...lain kali kalo dah tau diri tu bodoh duduk diam-diam je dah la, jangan dok bising dok wat pandai plak. Bangang!!!!



 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates