Hari Yang Palat

Aku mengalami kemalangan kecil ketika balik dari kerja pada pagi Sabtuday...ni gara-gara mengelak dari lembu la ni. Nasib baik aku tak mati...aku bersyukur kerana tak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya mengalami luka kecil di tangan dan jugak ibu kaki...huhu.





Ada Apa Dengan 11.11.11?

Apa yang orang kecoh-kecoh sangat ngan tarikh 11.11.11 ni pun aku tak tau? Kata mereka tarikh ni unik dan menarik, senang tuk di ingat. So ramai la yang berlumba-lumba wat kenduri kawen la, berkhatan la, bertunang la dan macam-macam lagi...kononnya senang nak ingat bila nak cerita kat anak cucu nanti. Kononnya la...haha.

Bagi aku plak tarikh ni tak da apa-apa pun yang istimewanya...sama ja cam ari-ari lain yang aku tempuh dan lalui. Cuma ari ni aku terjumpa kembali manusia-manusia durjana yang telah membuang kami anak-beranak dari keluarga mereka...tiba-tiba ari ni mereka datang dan mengaku kami ni keluarga mereka plak.

Mintak maap la!!!! Kami tak ada adik-beradik...time kami susah dulu tak da sapa pun nak ngaku kami adik-beradik. Kami di halau dan di buang cam sampah...tapi kini setelah kami agak senang baru la nak ngaku kami ni adik beradik. Pi mati la weh!!!

Sejuk

Peh!!! Sejuk tol malam ni...menggeletar aku menahan kesejukan. Sejuknya seakan-akan memamah diri aku ni...sukar tuk aku menggambarkan akan tahap kesejukannya. Aku tak tau kenapa malam ni sejuk sangat...nak kata sebab hujan tak pun. Yang pasti ni suma kuasa Allah...huhu.

Aku pakai sweater tapi kesejukan ini tetap juga memamah diriku...aku masuk ke dalam pejabat. Aku melihat rakan sekerja aku sedang tidor...aku kehairanan, cam na la dia leh tidor dalam cuaca yang sejuk ni? Dah la tu, siap pasang air-corn lagi. Memang dasar kulit kerbau tol la!!!!

Jurnal Hati Luka - Nota 5

7 November 2007 :

If you still don't know my heart,
Know that I will love you more than myself...

- 2.51 a.m -

Manchester United vs Sunderland 2011/2012

Aku terlepas lagi nak tengok game Man U...ni suma gara-gara aku kena keja malam la ni. Huhu...kalo di ikutkan nak ja aku brenti keja, tapi bila pikir-pikir balik rasa cam bodo la plak. Yela!!! Hanya kerna bola takkan la sampai nak brenti keja ye tak? Kalo bola tu leh kasi aku makan tak pa la gak? Ni orang lain yang kaya aku plak yang nak kena makan batu...huhu. Apa-apa pun Man U dah menang...yihaaa!!!!

Cobaan...!!!

Sedar tak sedar sok dah nak raya...aku duit sekupang pun tak da dalam poket ni. Gaji yang pada mulanya dijanjikan akan masuk pada ari Jumaat di tunda pada pagi ni, harap-harap masuk la. Kalo tak, tak beraya la aku jawabnya sok ni. Adei!!! Skunk ni aku ada satu masalah, aku tak da duit nak isi minyak motor tuk gi amik duit gaji...memburukkan lagi keadaan apabila tayar motor aku tiba-tiba ja pancit tadi ni. Adei!!! Kalo cam ni jangan kata nak gi amik duit...aku nak balik umah pun tak leh. Nampak gayanya nak kena menapak la aku dari tempat keja ke umah...perghhh!!! Sesungguhnya aku warganegara Malaysia yang malang...

Sekitar Program Khidmat Komuniti Pelatih PLKN

Sabtuday yang lalu lebih kurang 280 orang pelatih PLKN turun menjayakan program ni di kampung aku...turut bersama menjayakan program ini adalah penduduk kampung, termasuk la jugak aku. Hehe...memang best!!!! Sumanya dilakukan secara gotong-royong...pelbagai aktiviti telah di rancang sepanjang satu ari program ni dijalankan. Antaranya program anak angkat, futsal dan sukaneka. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti yang di rancang aku hanya main futsal ja...lain-lain aktiviti aku bagi orang lain ja main. Hehe...memandangkan aku hanya main futsal, maka aku hanya sempat merakamkan kenangan terindah tuk acara futsal ja. Lain-lain acara aku tak sempat nak cover...mintak maaf la ye. Gambar aku sindri pun aku lupa nak tangkap ...adeiii!!!!!.











 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates