Teh Tarik Satu...!!!!!

Damn!!! Aku mintak teh tarik la...bukannya sky juice. Apa?!! Ingat aku tak da duit ke nak bayaq? Setakat teh tarik tu aku leh bayar la weh...ngat aku sengkek sangat ke? Tau la aku keja besa-besa ja, tak cam anak hang keja besaq...tu pun harap pakai kabel orang dalam ja. Kalo tak jangan harap la nak leh keja!!!

Walaupun aku keja tak besar cam anak hang tapi aku makan kat kedai hang tak penah hutang lagi tau...suma aku bayar cash. Lain kali jangan pandang orang pakai lubang idong bai!!! T aku lari gi kedai orang lain baru padan muka hang...kalo ikutkan hati nak ja aku bakor kedai hang tu. Baru nak cerdik sikit kot pas tu?

Tentang Kehidupan...

 Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow...and everything will be ok. 



Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia vs Bahrain

Dramatik dan sadis...tu ja yang mampu aku katakan pasal game ni. Dalam masa 6 minit segala-galanya berubah, dan dalam masa 6 minit tu juga kita telah di kecewakan. Huhu...tapi ini adalah realiti dan hakikat yang sebenarnya. Nak tak nak kita kena telan gak...sesuatu yang harus kita sedar adalah bolasepak itu sememangnya kejam. Apa-apa pun aku nak puji cara permainan adik Nazmi kita...macam ni baru main bola namanya. Bukan cam Thamil Arasu tu...tak abis-abis bangang!!!!

Mencari


Ku berjalan tanpa haluan,
Mencari arah yang pasti,
Mencari kebenaran yang tersembunyi,
Mencari hilangnya diri sendiri,
Mencari cinta yang suci,
Mencari titik noktah mati,
Sebelumku mengadap Ilahi…

Sakit Badan

Adei!!! Jatuh motor sikit je...tak da la parah pun. Tapi sakitnya still lagi terasa sampai ari ni...nak bergerak pun susah. Sengal-sengal kat badan ni membataskan pergerakan aku, sakit-sakit kat badan ni menyukarkan aku...lenguh-lenguh kat badan ni memalaskan aku. Hehe...apa aku mencarut ni? Masa jatuh motor ari tu rasanya kepala hotak aku ni tak terhentak pun. Ntah la...apa yang aku tau badan aku ni still lagi sakit-sakit. Nampak gayanya nak kena gi spital gak check tengok...mana la tau kot-kot ada kecederaan dalaman ke hapa kan. Huhu...harapnya tak da apa-apa la ye?

Sukan Sea 2011 : Malaysia vs Myanmar (Semi - Final)

Petang nanti pasukan Harimau Muda kita akan turun menentang Myanmar tuk saingan separuh akhir Sukan Sea ngan misi tuk mara ke peringkat akhir sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu...bukan itu saja, seluruh rakyat Malaysia gak mengharapkan team kita ni menang. Tapi bagi aku, aku tak mengharapkan kemenangan sangat...cukuplah sekadar team kita main ngan corak permainan yang menghiburkan, tu je yang aku nak. Kemenangan tu soal yang kedua bagi aku...sebab apa aku kata cam ni? Sebab bagi aku bolasepak ni adalah satu hiburan...jadi aku nak enjoy bila tengok setiap game bolasepak. Aku tak mau stress, aku nak rest dan rilex...tapi setiap kali tengok team kita main lain plak jadinya. Aku akan bertambah stress, memaki hamun cam orang tak da iman...silap ari bulan TV tu pun aku terajang. Jadi kepada team Harimau Muda, aku mengharap sangat petang ni main la ngan corak permainan bolasepak antarabangsa...jangan la main corak ala-ala kampung. Huhu...kepada peminat-peminat bolasepak jangan lupa saksikan game ni kol 5 petang nanti.

Makan la biskutTiger tuk jadi kuat cam harimau yang muda...

Ganyang Malaysia!!!

Apa ni? Kata nak ganyang Malaysia? Apasal tak ganyang? Takut ke? Huhu...garuda dah kena lastik!!!!

Sedapnya lauk burung garuda...yummy!!!
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates