Jurnal Sang Celaru - Nota 1

1 Julai 2012 - Lebih kurang kol 11 tadi Joe mai umah gua ajak men futsal kol 1 pagi ni...siap merayu melutut ajak main. Setan tol!!! Petang tadi masa mai men X-Box kat umah gua haram tak kabor apa pun...kalo kabor awai-awai leh la gua tido dulu. Dah la sok gua keja...pagi ni nak berjaga tengok bola plak. Nak tolak tak sampai ati plak bila dia wat muka celaka dia tu...rasa cam nak terajang ja. Last-last gua akur jela...huhu.

Jurnal Hati Luka - Nota 12

29 Jun 2008:

Aku telah berjaya melarikan diri dari banyak perkara,
Tapi aku telah gagal melarikan diri dari cinta ini,
Sesungguhnya cinta ini telah menenggelamkan aku...

-10.50 p.m-

Slamat Ari Lahir Azmir!!!

Ari ni bezday aku rupanya...serius aku memang lupa yang ari ni bezday aku sehingga la aku buka Facebook aku malam ni. Trima kasih aku ucapkan kepada suma rakan-rakan Facebook aku yang sudi wish...huhu. Terharu tol!!!

Diam tak diam dah 25 tahun aku idop kat duniya ni...rasa cam baru semalam ja aku dok merangkak. Hehe...rasa cam nak kembali ja ke zaman kicik-kicik dulu. Tak yah dok pikir apa, pikir nak main ja...bukan cam skunk ni, macam-macam nak kena pikir. Huhu...pening!!!




Jurnal Hati Luka - Nota 11

7 Mei 2008:


Aku masih ingat bagaimana aku rasakan pada hari itu,
Saat pertama memandangnya aku merasakan satu perasaan yang amat sukar sekali untuk di gambarkan...


- 4.42 a.m -


 

Separuh Akhir Kedua Piala FA 2012 : Kedah vs Kelantan

Malam ni kampung aku seakan tak berpenghuni...suma pakat pi stadium tengok bola. Huhu...tinggal la aku sorang-sorang kat kampung ni cam orang bodo...plan awal memang aku nak pi, tapi tuntutan kerja telah membantutkan niat aku ni. Tak kisah la...aku doakan semoga negeri tanah tumpahku ini berjaya ke final malam ni...aku harap aku tak kecewa lagi malam ni. Cukup la aku kecewa awal pagi tadi setelah Man U tumbang di tangan Man C...pulun Kedah pulun!!!! Fight for the glory!!!!


Jurnal Hati Luka - Nota 10

19 April 2008 :


Sukar bagiku untuk melelapkan mata,
Kerna setiap kali aku menutup mata,
Bayangan dirinya akan menjelma...


- 2.18 a.m -



Realiti Dan Fantasi

Tiada gunanya aku bertanya,
Kerna aku tidak akan bisa mendapatkan jawapannya,
Aku cuma mengingatkan diriku dan bukannya aku cuba untuk menghalangnya,
Sukar untuk mendapatkan jawapan bagi segala persoalan yang bermain-main di fikiran ini,
Kerna terlalu banyak alasan yang akan aku dapat sebagai jawapannya.

Ku selalu terserempak dengan kau,
Kau ku lihat begitu cantik,
Ku selalu memandang kau secara senyap-senyap,
Kau kekosongan, kau kesorangan,
Ingin aku mendekati kau tetapi tiada peluang yang diberikan kepadaku.

Aku bukannya berpura-pura tabah,
Tetapi aku sudah lali dengan segala kesakitan ini,
Aku tidak mempercayai akan khayalan,
Kerna begitu banyak realitinya dihadapanku,
Walaupun pahit harusku telannya jua.


 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates