Street Poet Ray


Ari tu aku ada citakan pasal seminar Green Marketing kan? Okey kali ni aku nak kongsi sikit dengan hangpa suma pasal koleksi komik aku yang berkaitan ngan alam sekitar agar pas ni kita lebih peka dengan alam kita yang semakin diancam ni . Koleksi yang aku maksudkan adalah siri komik Street Poet Ray volume ke-2 yang bertajuk Earth Day 1990. Siri Street Poet Ray ni sebenarnya terdiri daripada 4 volume tapi dalam koleksi aku ada 3 ja, volume yang last skali iaitu volume yang bertajuk The Last Rays Of Summer aku cari tak jumpa lagi...besa la barang-barang lama ni memang payah sikit nak cari, bayangkan la untuk aku kumpulkan 3 volume yang aku ada sekarang ni pun dah amik masa 6 tahun(dari aku tingkatan 2 sampai aku tingkatan 6 atas).

Siri Street Poet Ray ni sebenarnya adalah gabungan antara sajak/puisi dan juga lukisan/komik...ini menjadikan komik ni agak unik dan menarik kerana sebelum ni jarang sangat orang menggabungkan antara subjek yang berbeza ni. Stroke lukisan didalam komik ni plak tak da la lawa sangat malahan agak buruk dan comot berbanding komik-komik lain dan ini menjadikan komik ni berbeza dari komik yang sedia ada...ianya seakan-akan mempersendakan lukisan komik-komik yang hanya mementingkan lukisan yang cantik berbanding menitik beratkan jalan cerita yang menarik atau ianya mungkin sengaja diburuk untuk menunjukkan bahawa setiap isu yang diutarakan tu tak semuanya indah, maksudnya penulis komik ni iaitu Michael Redmond cuba untuk menunjukkan realiti sebenar di sebalik setiap isu yang cuba diutarakannya.

Untuk makluman hangpa suma siri Street Poet Ray ni dikeluarkan oleh Marvel Comics pada tahun 1990. Komik ni ditulis oleh Michael Redmond dan dilukis oleh Junko Hosizawa. Komik ni berformat hitam putih, terdiri daripada 32 muka surat dan mempunyai 4 volume iaitu "The Word From The Street", "Earth Day 1990", "Heart Without A Home" dan "The Last Rays Of Summer". Kepada peminat-peminat sajak/puisi dan juga peminat-peminat komik hangpa suma memang patut untuk baca komik ni coz komik ni memang feeling abis la aku cakap.

Champions League : CSKA Moskva vs Manchester United 2009/2010


Pagi kemarin Liverpool dah tumbang, Barca dah rebah menyembah bumi, manakala Arsenal dan Inter Milan pula hampir-hampir tersungkur...pagi tadi pula Real Madrid telah dimalukan dan Bayern Munich dikecewakan. Sedang pasukan-pasukan kerdil mencatatkan beberapa kejutan ke atas pasukan-pasukan pilihan ni Man U still lagi mampu mengekal momentum dan imej mereka sebagai pasukan pilihan sekaligus menutup terus mulut-mulut busuk mereka yang mengatakan bahawa Man U tak boleh survive tanpa Cristiano Ronaldo. Hehe...barua-barua yang mulutnya busuk ni lupa akan satu perkara iaitu Man U merupakan pasukan yang paling banyak luck. So tak heran la kalo mamat poyo ni tak da pun Man U leh survive...aku memang dari dulu lagi tak suka kat mamat poyo ni coz sikap dia yang tak reti nak respek orang lain. Pi mampos la hang Ronaldo!!!

Pergi Tak Kembali


Takziah diucapkan kepada Kame diatas kematian datuk yang disayanginya pada malam semalam...aku harap dia tabah dan redha dengan ketentuan ILAHI ni, sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati jua suatu hari nanti. Marilah sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah yang telah pergi meninggalkan kita...semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN...

Main Kad Punya Hal

Main kad terup merupakan satu aktiviti wajib bagi dak-dak umah sewa aku tuk menghilang kebosanan yang melanda diri masing-masing. Beberapa ari lepas pas aku balik dari tengok game Man U ngan Edy aku lawan game bola ngan Carlos jap…ngah kami rancak dok main tiba-tiba Edy ajak kami main kad. Aku kata tunggu kami abis lawan dulu r, dah abis main nanti kalo nak main kad leh la…pas dah abis main game tu aku, Carlos, Edy dan Warf pun start la main kad. Masa mula-mula main tu memang tak ada masalah apa pun…masing-masing enjoy ja. Tapi pada satu tahap tu masalah mula timbul apabila aku enggan bagi kad aku balik setelah Warf, Carlos ngan Edy suruh pulangkan kad kat tangan aku untuk dibahagikan balik coz depa tak puas ati aku dapat 2 heart. Selepas dipaksa secara bertubi-tubi oleh depa bertiga akhirnya aku bagi gak kad tu dan terus bangun blah dari situ sebagai tanda protes aku kat depa.

Edy start bising kat aku…aku wat tak tau ja, mampos pi r kat hang!!! Kalo setakat sekali dua depa nak tarik balik coz aku dapat kad nombor 2 aku tak brapa kisah sangat…tapi ni dah banyak kali sangat dah ni, dah rezeki aku nak wat cam na kan? Trima ja la…kad tu kalo aku tak amik lagi hangpa nak tarik balik pun tak pa r, ni masalahnya aku dah amik kad tu takkan la nak bagi balik. Huhu…sori aku tulis pasal ni bukannya aku nak cari gaduh tapi hanya sekadar meluahkan perasaan aku yang terasa teraniaya oleh hangpa. It’s just a game…tak yah la kita nak gaduh-gaduh. Sori coz malam tu aku teremosi sikit…bila kita nak main kad balik ni? Sejak malam tu kita tak main-main lagi kad sampai ke ari ni…takkan la merajuk ngan aku. Hahaha…

Seminar Green Marketing





17 Oktober iaitu pada Sabtuday ari tu aku telah dijemput oleh Edy, Sam dan Carlos tuk menghadiri Seminar Green Marketing anjuran dak-dak Environmental Marketing kat LT 5. Memandangkan Edy, Sam dan Carlos turut amik subjek Environmental Marketing ni so secara tak langsung depa turut terlibat ngan seminar ni. Pasal tu la depa jemput aku gi seminar ni coz aku tak amik lagi subjek ni…turut menjadi mangsa adalah Warf dan jugak Kame yang amik subjek Relationship Marketing(2 subjek ni merupakan subjek pilihan, so student kena pilih nak amik subjek yang mana satu). Depa nak kena capai sebanyak 70 orang peserta untuk dapat markah lebih…so nak tak nak aku kena la pi gak coz kesian kat kawan punya pasal. Lagipun depa kata ada makan-makan so kalo aku pi secara tak langsung leh la jimat sikit. Hehe…

Pada ari kejadian tu aku bersama-sama ngan Warf dan gak Kame terlewat untuk ke seminar ni…kol 9 lebih baru kami pi. Masa kami sampai suma orang dah masuk coz VIP yang di jemput dah sampai…so kami terpaksa lepak kat luaq dulu la sebagai menghormati VIP yang sampai dulu daripada kami. Nanti kalo kami masuk orang kata kurang ajaq atau kurang sopan plak…lagipun kami takut kalo mengganggu majlis perasmian plak nanti. Tak lama pas tu Tibet kuaq dan dia suruh kami masuk…dia kata majlis perasmian dah abis. Aku pun apa lagi, masuk je la…duduk dalam sejuk la sikit coz ada air-cond. Aku ingat pas perasmian di buat majlis akan terus tamat dan terus start seminar, tapi rupa-rupanya tak coz pas tu ada sesi yang paling membosankan iaitu sesi untuk VIP membebel…isu yang dibebelkan adalah pasal alam sekitar kita la coz dah nama subjek ni pun Environment Marketing kan, takkan la nak cita pasal politik plak. Nanti tak pasal-pasal seminar ni kena banned plak. Wakaka…

Pas sesi membebel tamat majlis diberhentikan buat seketika untuk memberi laluan kepada minum pagi…menu yang disediakan cam besa r mihun goreng dan juga kuih ngan teh panas. Aku kuaq sedikit awai iaitu dalam 10-15 minit sebelum majlis berhenti coz perut aku lapaq sangat…lagipun aku bosan dengaq bebelan yang disampaikan oleh VIP yang berkenaan coz dia dok baca slide kat depan, tak da skill langsung. Pas minum pagi selesai maka seminar pun bermula…6 kumpulan akan membentangkan produk mesra alam masing-masing. Aku tengok jumlah peserta yang masuk balik lepas minum pagi sedikit kurang berbanding masa majlis perasmian tadi…mungkin depa suma pikir seminar ni agak membosankan pasal tu la depa blah. Kalo nak ikutkan aku pun memang nak blah tapi tak jadi coz ada makan free ngah ari nanti, kalo aku blah sia-sia ja la…hahahaha.

Seriously aku cakap yang aku tak dapat apa-apa pun ilmu dari hasil pembentangan kawan-kawan aku kat seminar ni coz aku asyik dok main ja kat belakang. Tapi seminar ni wat aku sedar akan sesuatu iaitu kebanyakkan produk-produk yang mesra alam ni agak mahal, so macam mana la orang nak beli? Seminar ni gak secara tak langsung telah wat aku tuk berpikir akan hal alam sekitar kita ni…bumi kita ni dah semakin nazak akibat kejahilan kita suma memusnahkan alam sekitar. Semuanya atas kerana nama pembangunan dan juga kerana sekeping kertas yang dipanggil duit. Dunia lebih mementingkan kebendaan berbanding manjalankan tanggungjawab yang di amanahkan-NYA kepada kita. Hmmm…akhir kata dari aku, kekalkanlah keindahan alam sekitar yang dianugerahkan-NYA. KEEP THE WORLD GREEN!!!!

Rumah Terbuka Sir Anuar


Sabtu, 10 Oktober 2009.

Sabtuday yang lalu aku ngan muka tak tau malu telah mengikut Warf, Edy, Kame, Sam dan dak-dak marketing yang lain ke umah terbuka lecturer bagi subjek Issue depa iaitu Sir Anuar(semester ni aku tak amik lagi subjek ni)…peduli apa aku, janji aku kenyang. Wat kering sudey!!! Kedatangan kami suma telah disambut mesra oleh Sir Anuar…dia siap tunggu kat luaq umah lagi tuk menyambut kedatangan kami(sebenaqnya kami tak tau umah dia yang mana satu, dia takot kami tersesat pasal tu la dia tunggu kat luaq umah). Turun ja dari kereta, dak-dak laki bersalaman dan bergurau dulu ngan Sir Anuar manakala dak-dak pompuan terus dijemput masuk kedalam umah…masa aku bersalaman ngan Sir Anuar dia dah start usya aku pelik ja tapi aku wat slumber cam tak da apa-apa.

Masuk ja kami kedalam umah aku tengok dah ada 2-3 orang tetamu yang aku tak kenal sampai dulu daripada kami…sumanya pompuan. Ruang tamu umah Sir Anuar agak kecik so sempit gak la tuk memuatkan jumlah kami yang agak ramai ni tapi still lagi ada ruang tuk kami bergerak…tak da la padat sangat. Aku tengok kat atas meja dah tersedia ngan pelbagai hidangan yang mampu membuncitkan perut kita…antaranya macam nasi tomato, laksa dan gak mee goreng. Selepas Sir Anuar menjemput kami tuk makan, meja terus diserbu oleh manusia-manusia yang kebuluran seperti di Somalia…aku control steady ja cam besa, wat-wat tak lapaq walaupun perut aku ni memang lapaq sangat-sangat dah. Imej kena jaga beb…lapaq cam na skali pun jangan la tunjuk sangat yang diri tu kebuluran.

Pas meja dah lengang sikit dari manusia-manusia yang kebuluran aku pun mula mengatur langkah tuk mengambil makanan…sasaran aku adalah nasi tomato. Lapaq beb!!! Dari pagi kira dok telan ayaq kosong ja sampai perut pun dah jadi kembong…mana leh tahan. Peh sedap jugak nasik ngan sambal ayam dia…nak-nak plak layan ngan nugget yang ada, lagi masyukk!!! Kame sampai 2 kali tambah…aku pas dah tibai abis nasi tomato tu aku balun mee goreng plak. Pas tu tank aku dah tak mampu tuk menampung sebarang lagi muatan coz dah full…lain r perut lembu Warf, dia ada 4 ruang tuk isi makanan. Wakakaka…pas tu aku just lepak sambil-sambil layan ayaq tebu. Fuyooo!!!! Fresh tol ayaq tebu dia…memang best r.

Ngah syok aku dok layan ayaq tebu tiba-tiba segerombolan tetamu yang tak dikenali muncul…cis potong stim tol, tak leh tengok orang senang sikit!!! Disebabkan ruang menjadi semakin sempit kami terpaksa melingkup awai tuk bagi ruang kepada tetamu yang baru tiba ni…nasib baik la aku dah abis makan, kalo tak mesti aku kena tinggal punya. Huhu…sblom blah sekali lagi kami bersalaman ngan Sir Anuar, Warf siap wat aksi gay lagi ngan peluk Sir Anuar(tektik nak dapat A la ni). Hahahaha...

Malam Aprisiasi Pelajar Fakulti Perniagaan



Khamis, 8 Oktober 2009

Lebih kurang kol 8.25 malam aku dan dak-dak umah aku bertolak meninggal umah sewa kami di Taman Ria ngan menaiki kereta Warf tuk menuju ke Dewan Baru ngan keadaan didalam kereta agak padat. Warf ngan Edy agak selesa sedikit keadaan depa coz depa duduk kat depan manakala aku, Sam, Carlos dan juga Kame terpaksa berasak-asak dibelakang. Memandangkan ruang belakang tidak mampu untuk memuatkan 4 orang Carlos terpaksa duduk atas riba Kame. Hahaha…comey tol!!!

Sampai ja kami didewan orang dah penuh…lepas dah siap parking kereta, kami terus bergegas masuk kedalam dewan coz takut kalo lewat tak ada tempat duduk plak nanti. Masuk ja kami kedalam dewan kami tengok masih banyak lagi meja yang kosong…orang dah banyak tapi aku tak tau sebab apa still lagi ada banyak meja yang kosong. Kami memilih untuk duduk dimeja paling belakang sekali coz senang tuk kami berborak ketika ucapan alu-aluan yang membosankan berlangsung nanti…kalo nak di ikutkan, kami memang kena duduk depan coz nama kami ada masuk dalam senarai AJK yang handle event ni. Walaupun nama kami ada dalam senarai AJK tapi kami tak menyumbang apa-apa pun kat event kali ni…so rasa tak patut la kami duduk depan kan? Hahaha…alasan ja tu.

Tapi memang betol pun kami tak menyumbang apa-apa kat event ni…suma ni gara-gara ketidakpuasan hati kami pada semester lepas punya event. Tuk makluman suma fakulti Pengurusan Perniagaan ni terdiri daripada 3 course iaitu Marketing(aku punya course), HRM(Human Resource Management) dan DBS(Diploma In Business Study)…memandangkan ni merupakan fakulti punya event so sepatutnya ia harus dihandle bersama-sama oleh 3 course ni la. Tapi semester lepas memang celaka sikit…dak-dak aku(Marketing) ngan dak-dak HRM saja dok sibuk handle event ni sedangkan dak-dak DBS yang cam babi tu leh goyang kaki tak wat apa pun. Yang kami tak puas ati tu sebab kami yang wat keja tapi yang dapat nama tu bukan setakat kami malahan dak-dak DBS yang tak buat apa tu pun turut dapat nama gak. Bukan kata kami ni gila nama ka apa tapi apa perasaan hangpa bila hangpa ngah susah tak da orang nak amik peduli pun tapi bila dah dapat hasilnya orang lain yang dapat nama? Mesti hangpa pun rasa bengang kan?

So pasal tu la semester ni kami malas nak terlibat tuk handle event ni walaupun si mapley Fazley dah masukkan nama kami sebagai AJK…semester ni kami nak biaq dak-dak DBS plak yang handle. Tapi dari apa yang aku dengar dari informer aku wajah-wajah dak-dak DBS still gak tak kelihatan pada semester ni…memang agak bersikap kebabian dak-dak DBS ni, hamjadah tol!!!! Nak tolong wat keja tak mau tapi mai makan leh plak…memang barua tol la!!! Disebabkan dak-dak DBS yang bersikap kebabian ni, event pada malam tu bagi aku telah gagal segagal-gagalnya coz kekurangan tenaga keja. Aku dengaq Puan Rozi pun turut komplen pasal event malam tu…dari makanan sampai la kelancaran perjalanan event telah dipersoalkan. Memang tol pun coz pada malam tu aku tengok memang banyak sangat masalah-masalah teknikal yang berlaku.

Mintak maaf la, aku bukan nak kutuk or kritik ka apa tapi aku just menyuarakan apa yang aku rasa…tak da niat pun aku nak mengata or mengutuk pihak-pihak yang handle event ni. Aku yakin depa telah cuba melakukan yang terbaik tapi nak buat cam na kan, ralat-ralat yang berlaku di sepanjang event ni bukannya dirancang pun…benda dah nak jadi kita nak wat cam na lagi dah, kannya kita leh jangka pun benda-benda yang tak sepatutnya tu leh jadi kan? Kata orang kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan…namun begitu disebalik ralat yang berlaku timbul sedikit kesesalan dan rasa bersalah dalam diri aku coz tak tolong handle event ni. Malu wooo…bila dah event ni dikatakan gagal orang tak kan kata yang event ni gagal sebab kegagalan pihak yang handle event ni tapi orang akan kata event ni gagal sebab dak-dak Pengurusan Perniagaan gagal unite tuk handle event ni. Apa-apa pun aku cukup respek kat pihak yang sudi handle event ni coz bukan calang-calang orang yang leh handle event besaq yang cam ni…kepada pihak-pihak yang hanya tau dok duduk saja dan hanya tau mengutuk orang saja tu, anda sememangnya tak ubah cam sampah. Apa kata anda berenti mengutuk dan try handle tengok event-event yang cam ni? Ada brani????

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates