Setelah 53 Tahun Merdeka

"1 Malaysia Menjana Tranformasi"...katanya rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. Tol la tu...sebab rakyat di dahulukan la subsidi rakyat di kurangkan, harga barang di naikkan. Sebab pencapaian di utamakankan la rakyat tersepit serta menjadi mangsa di sebabkan korupsi yang berluasa. Kita sebagai rakyat apa lagi yang kita leh wat? Ikut je la bontot mereka...nak bersuara takut kita gak yang susah. Yela walaupun kita negara yang bebas tuk bersuara tapi apabila kita buka mulut sikit terus kena sekat...adil sungguh mereka. Ni ke nilainya yang harus kita bayaq setelah 53 tahun kita merdeka? Ni ke kemerdekaan yang kita idam-idamkan? Hmmm...



Peluang

Peluang tu sentiasa ada, cuma kadang-kadang tu kita ja yang tak sedar akan kehadirannya...bila peluang tu dah berlalu pergi selalunya baru kita akan sedar. Lumrah manusia la tu...tapi jangan la kita risau kerna kita sentiasa diberi peluang ke-2 dan ke-3 untuk membetulkan keadaan. Tapi dalam masa yang sama kita kena ingat gak bahawa tak suma orang akan mendapat peluang ke-2 dan ke-3 ni...so sebaik-baiknya kalo ada peluang tu gunakanlah sebaik-baiknya. Jangan kita menyesal di kemudian ari dah la coz kalo kita menangis air mata darah sekalipun tak guna dah...do the right things man!!!



Berlari...

Aku berlari...berlari aku. Tapi kau terus mengejar...aku terus berlari sehingga aku kepenatan tuk berlari lagi. Akhirnya kau berjaya mendapatkan aku jua...tahniah kepada kau masalah kerna berjaya mengejar aku. Haha...



Sarapan

Pagi tadi mak aku kol aku...yela dah seminggu aku tak kol dia, tu yang dia kol aku bertanyakan khabar tu. Aku bukannya tak nak kol dia ka or lupa ka hapa...sebenarnya kedit aku tak ada da. Nak gi top up duit tak brapa nak ada...bukan tak brapa nak ada sebenarnya, tapi langsung tak ada. Nak makan pun aku guna duit sewa umah dulu tuk cover...so aku tunggu la mak aku kol coz aku tau sangat perangai mak aku ni, kalo dalam seminggu aku tak kol dia, mesti dia akan kol aku. Berikut merupakan antara dialog perbualan antara kami:


Mak : Assalamualaikum...
Aku  : Waalaikummussalam...
Mak : Ngah wat apa tu?
Aku : Ngah tidoq tapi mak kol dah bangun la...haha.
Mak : Owh dah bangun!!! Elok la tu hang dah bangun...ngat ka dok mamai lagi. Ni dah sarapan pagi blom?
Aku : Blom lagi la mak...lagipun baru bangun tidoq ja ni, muka pun blom basuh lagi ni. 
Mak : Patut la bau busuk pun mulut tu...haha.
Aku : Mana ada...yang bau busuk tu bau kentut abang (aku bahasakan diri aku ngan mak aku sebagai abang coz aku anak sulung). Haha...ni mak dok nyusah diri dok sebut sarapan pagi ni wat apa? Sebut sarapan ja kan senang...lagipun orang dah tau kalo sebut kata sarapan tu memang di waktu pagi pun. Mana ada sarapan ngah ari ka, petang ka...sarapan memang di waktu pagi pun.
Mak : Ikot hang la...abis tu hang nak sarapan apa ni?
Aku : Sarapan angin ngan ayaq sejuk...tu jela menu sarapan abang tiap-tiap ari kat sini.
Mak : La awat hang tak pi beli nasik lemak ka hapa?
Aku : Dah pokai la mak...
Mak : Owh!!!??? Patut la pun...tak pa pagi ni hang makan dulu angin ngan ayaq sejuk tu. Petang ni mak gi bank in duit...sok ni leh la hang makan nasik lemak.
Aku : Tak payah susah-susah mak...bank in tuk makan roti canai saja pun dah syukur. Haha...


Yeahhh!!!! Akhirnya mak aku masukkan gak duit kat aku...kalo tak terpaksa mengemis la aku. Hahaha...ni la probnya kalo tak apply PTPTN, sentiasa ja sengkek. Budak-budak yang apply pun aku tengok kadang-kadang tu sengkek...ni kan plak aku yang tak apply ni. Ahaks!!! Aku tak apply bukan disebabkan family aku ni family yang berada ke hapa tapi aku pikir pas grad ni malas dah nak pikir hutang apa suma ni. Wat sakit pala ja...huhu. PTPTN ni katanya nak tolong kurangkan beban kewangan student...yela skunk ni memang mampu mengurangkan beban. Tapi pas abis study ni baru la kita tau betapa peritnya nak abiskan bayaran balik tu...dah r kos sara idop kita semakin tinggi. Mmmm...

Idop Ibarat Roda

Orang kata idop kita ni ibarat roda...kadang-kadang kita kat atas dan kadang-kadang kita kat bawah. So sebab tu kita di ingatkan kalo nak naik atas pun jangan la naik tinggi-tinggi sangat coz bila jatuh t takut sakit, silap-silap leh mati woh kalo naik tinggi sangat...huhu. Ni tak...bila kita dah leh naik, kita nak naik tinggi lagi sampai kadang-kadang tu kita terlupa nak tengok orang yang dok melangut tengok lubang idong kita kat bawah tu. Sebab tu la bila kita jatuh tak da orang yang nak bersama ngan kita...huhu. Apa la salahnyakan kalo skali skala kita turun bawah dok melangut tengok lubang idong orang yang kat atas tu kan? Sekurang-kurangnya kita leh sedar bahawa duduk kat atas tu kannya best sangat pun...yela bila angin kuat datang asyik bergoyang ja, gayat tu bai!!!! Hehe...



Kita Bisa Membahagiakan Orang Lain

Cam na kita nak membuatkan orang lain rasa bahagia ngan kita ha? Tak kisah la orang tu sapa...kekasih kita ka, family kita ka, kawan-kawan kita ka, janji depa tu suma orang lain dan bukannya diri kita. Haha...dengan duit? Ngan bagi kereta atau rumah besaq? Hmm..aku tak nafikan benda-benda ni suma mampu membuatkan orang lain bahagi tapi bagi aku wang dan benda-benda yang berbentuk material ni takkan mampu tuk membahagiakan sesorang tu dalam tempoh yang lama. Lagipun bukannya suma orang mampu kan? So bagi yang tak mampu tu aku ada cara tuk hangpa suma membahagiakan orang lain iaitu dengan menggunakan kata-kata. Aku rasa ngan kata-kata ni ianya lebih berkesan la coz kita mengzahirkan sesuatu secara tulus dan ikhlas dari hati kita sendiri...ini bermaksud keinginan tuk kita membahagiakan orang lain tu datangnya dari hati dan kemudiannya kita expresikannya secara lisan yang membuatkannya lebih bermakna. Hahaha...paham tak ni? Kalo tak paham tak pa la, abaikan dulu...cakap banyak pun tak guna, kat bawah ni aku senaraikan antara kata-kata ataupun ucapan-ucapan yang mampu tuk membuatkan orang lain rasa bahagia atau selesa ngan kita. 


1. "Trima kasih"
2. "Maaf" @ "sori"
3. "Saya suka kamu" @ "Saya sayangkan kamu" @ "Saya cintakan kamu"


So skunk ni cam na? Sudahkan hangpa suma melakukan sesuatu ari ni tuk membahagiakan orang lain? Kalo blom, hangpa tunggu apa lagi? Kenapa nak kena tunggu sampai sok ari? Lagipun bukannya payah pun...simple je kan? Hehe...kadang-kadang tu sesorang yang sedang berbahagia terlupa langsung tuk mengucapkan kata-kata yang mampu membahagiakan orang lain ni. Jangan begitu!!! Kebahagiaan tu adalah satu anugerah yang tak ternilai dari DIA...jangan sampai satu ari t DIA tarik balik nikmat ni dari kita baru kita nak mengucapkannya. Kebahagiaan orang lain tu pun merupakan kebahagiaan kita gak...tak gitu? Sekurang-kurangnya pun kalo kita membuatkan orang lain rasa bahagia DIA juga akan memberi kebahagiaan kepada kita. INSYAALLAH...



Jiwa Kacau

Di malam yang dingin ni, ketika aku mengharapkan kesegaran semula selepas melalui satu ari yang tak jadi dan tak siap...aku merungut sindirian, mengeluh mengenangkan nasib yang menimpa diri. Perasaanku bercampur-baur...marah, sedih, suka, duka, sumanya dalam satu. Kadang-kadang tu aku pun tak tau apa yang aku rasakan...aku celaru dan keliru dengan perasaan aku sindri. Aku berbaring menatap syiling umah sewa aku yang dipenuhi sawang...aku memejamkan mata dengan harapan tuk melupakan segala kekusutan wat seketika. Namun begitu aku tak berdaya tuk lena...segala permasalahan terus menguasai diriku. Aku merenung keluar jendela menatap langit yang gelap...satu persatu wajah-wajah penting dalam idopku muncul di dada langit seakan-akan ada projektor yang memainkannya. Tiba-tiba saja aku rasa kembali bersemangat tuk menghadapi idop ni...aku tahu ianya takkan lama tapi sekurang-kurangnya ianya memberi aku harapan tuk menghadapi ari esok yang tak pasti. Huhu...layannn!!!!!

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates