Jurnal Hati Luka - Nota 2

4 Ogos 2007:

Dia telah mempengaruhi setiap langkahku,
Ini membuatkan aku semakin buntu dan keliru...
-5.50 a.m-

Jurnal Hati Luka - Nota 1

21 Julai 2007:
Saat pertama aku memandangnya,
Aku merasakan duniya aku kembali berwarna...
-3.16 a.m-

Duit Advance

Abis ja keja pagi tadi terus ja aku pecut motor gi Kuala Nerang semata-mata tuk 1 tujuan ja iaitu nak amik duit advance tuk bulan ni...tapi akhirnya apa yang aku dapat bukan la duit advance, apa yang aku dapat hanyalah kekecewaan. Sebab apa aku kecewa? Sebab duit advance yang aku harap-harapkan tak masuk akaun lagi...damn!!! Makan batu la aku cam ni...

Cuti!!!

Hari ni aku cuti dari kerja...tapi bagi aku cuti hari ni tak ada makna. Sebab apa? Sebab hari ni aku cuti tanpa duit sekupang pun dalam poket...so duduk lepak dalam umah je la cam orang bodo. Damn!!!

Slamat Ari Lahir Azmir!!!

Hepi bezday to me...and hepi bad day to me too.

Masa Depan

Future...hmmm...sapa pun tak tau pasal future. Aku bukannya ahli nujum nak tilik-tilik pasal masa depan ni...tapi apa yang aku ada hanyalah harapan. Tengok pada situasi dan keadaan skunk ni, aku rasa masa depan aku akan bersinar walaupun skunk ni aku still tak ada keja dan jugak awek. Hehe...aku manalah tau, tu harapan ja. Harapan yang sengaja dibuat-buat tuk menyedapkan hati yang tak berapa nak sedap ni...sekurang-kurangnya boleh la dijadikan bekal tuk menghadapi hari-hari yang penuh pancaroba dan palat ini. Betol tak?

Aku Sukakan Dia Tapi...

Aku sukakan dia...tapi dia tak sukakan aku. Dia kata dah la aku tak ada rupa...harta pun tak da. Kalo tak dia on je la...baru aku tahu rupanya cinta dia hanya letak pada harta dan rupa ja. Kalo cam tu aku pun tak heran la kalo tak dapat pompuan cam dia pun...aku lagi syukur ada la.


Aku sukakan dia...tapi dia tak boleh sukakan aku. Dia kata dia dah ada pilihan hati...kalo cam tu tak pa la. Aku doakan semoga dia bahagia ngan pilihan hati dia...semoga kekal hingga ke akhir hayat la hendaknya.


Aku sukakan dia...tapi dia kata blom bersedia. Dia kata dia nak fokus tuk study dulu...kalo dah cam tu aku sanggup tunggu sampai dia abis study. Alih-alih dia dah couple ngan orang lain walaupun dia blom abis study...apa ni? Cakap tak serupa bikin tol la...nyesal tol aku tunggu dia.


Aku sukakan dia...dia pun sukakan aku. Dia kata nak idop semati ngan aku...tapi akhirnya dia pergi tinggalkan aku gak. Dia pergi tanpa beri apa-apa penjelasan pun kat aku...tinggal la aku dengan seribu satu persoalan samada dia still sukakan aku ataupun tak.


 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates