15 Oktober 2013 - Apabila Melayu hilang dan lupa akan akar
umbi asal usul salasilah mereka, maka berkecamuk la jadinya…yang diluar didodoi
dan diagungkan melebihi dari Yang Di Pertuan Agung, budaya sendiri di tong
sampahkan!!! Di pagi raya hanya berseluar jeans dan pakai t-shirt seperti
hari-hari biasa…tiada bezanya!!! Gua konfius, hari ni Hari Raya Aidiladha ke
atau kita tengah meraikan Krismas? Rasanya baru ja tragedi Oktober, belom lagi
Disember. Gua tanya mereka, mereka kata baru la nampak cool dan rasa malu bila
pakai baju Melayu. Kata mereka lagi, tak pakai baju Melayu pun boleh raya cam
orang lain gak. Adei!!! Mudah tol kaum Melayu gua ni lupa diri…sedih dan
memilukan apabila mengenangkan mereka. Jenis tak sedar diri ni memang payah!!!
Apabila berseluar jeans itu bukan bermaksud kamu perlu menjadi jin!!! Tak salah
nak ikut fesyen ke hapa…tapi budaya dan adat sendiri jangan sampai di lupakan.
Buat macam mana skali pun kamu tetap Melayu!!! Hakikat itu tetap tak dapat
diubah lagi!!!

No comments:
Post a Comment