Malam tadi aku keja cam biasa...ngah syok aku dok layan perasaan sorang-sorang tiba-tiba enset aku berbunyi. Dari talian terdengar suara rakan sekerja aku iaitu Yen, "Weh hang kat na? Meh kantin cepat weh!!!! Sepupu hang Ayu kena rasuk ni!!!". Tanpa banyak cakap aku terus bergegas ke kantin...masa aku sampai keadaan dah jadi tunggang-langgang dah. Tanpa banyak cakap aku terus keluar tuk mencari orang yang pakar dalam bidang ni...kalo biarkan lama-lama takut jadi semakin parah plak.
Tak lama kemudian orang yang dinantikan pun tiba...aku masuk tuk membantu memegang Ayu yang sedang kerasukan. Peh!!! Dia punya tenaga memang luar biasa...bayangkan la kami 7 orang pegang dok lawan dia sorang ja. Lama gak la baru keadaan pulih seperti biasa balik...penatnya hanya tuhan je la yang tau cam na. Kami tersadai kepenatan di kantin sambil menanti sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku lagi...tapi syukur semuanya baik-baik belaka. Harap-harap pas ni tak da la lagi berlaku lagi kejadian cam ni....AMIN.
skip to main |
skip to sidebar
Papan Iklan!!!!
About Me
- azmiramin
- Mereka kata ku gila, Lagilah aku suka, Otakku geliga, Fikiran luar biasa, Mereka kataku samseng, Tapiku tak ambil pusing, Pedulikan semua! Fikir apa yang penting, Jangan percaya kata mereka, Sudahku kenal pasti, Kau pujaan hati, Cinta sejati memang boleh dibeli, Tapi tak mungkin ditukar ganti, Akan ku taati maharani, Mereka kataku tipu, Tapiku tak meniru, Mereka semua pemburu, Pemburu yang cemburu, Semua tuduhan fitnah belaka, Ada yang suka juga ada yang benci, Biar peluru menembusi kulitku, Suatu yang pasti kekal abadi, Akanku taati maharani, Mereka kata kau sama, Tiada apa yang berbeza, Aku tahu kau tak serupa, Tak silau lihat harta.
0 comments:
Post a Comment