25 September 2012 - Baru ja gua nak makan dah ada kes...kali ni gua dapat maklumat ada pekerja kantin dok beromen kat bilik pekerja. Gua ngan Cik Mat pantas bergegas ke kuaters menuju ke umah Cik Haiza...kat situ kami pasang plan tuk wat serbuan. Ngah dok bincang Tuan Pengarah lalu baru balik dari kursus kat Putrajaya...apa lagi, terus kami ajak dia join sekaki. Pas plan siap tersedia dan Tok Imam, Tok Kadi dan segala tok dah dipanggil...maka serbuan dilakukan. Tup-tup dalam bilik ada 3 orang, 2 pompuan dan sorang lelaki ngah dok makan nasi dalam bilik...ah, kaco cam ni!!! Tadi informer gua cakap ada 2 orang ja dalam bilik...cam na leh jadi 3 plak ni? Yang gua lagi pening orang ketiga tu adalah informer gua tadi tu...apa kejadahnya suma ni? Bila di soal siasat gua dapati maklumat yang gua dapat dan apa yang depa katakan sememangnya jauh berbeza...jahanam gua cam ni!!! Apakah ni satu konfrantasi nak jatuhkan gua? Pengarah ngan Cik Haiza dah start pandang gua semacam...tapi gua slumber ja wat muka garang cam biasa. Depa bertiga dilepaskan tapi tetap diberi peringatan kerna depa bukannya muhrim...pengajaran yang gua dapat dari sini adalah jangan mudah percayakan orang dan walaupun orang tu boleh dipercayai jangan lupa bahawa orang tu boleh tikam belakang kita bila-bila masa ja apabila dia terdesak tuk melepaskan dirinya. Huhu...
Nota Kaki : Ada orang tanya anak buah gua,"Awat muka Azmir tu garang dan ganas sangat eh?". Jadi anak buah gua jawab la,"Memang la dia garang sebab Azmir tu dulu penah masuk askar". Kakaka...
skip to main |
skip to sidebar
Jurnal Sang Celaru - Nota 19
Posted by
azmiramin
on Thursday, September 27, 2012
Labels:
Jurnal Sang Celaru
Papan Iklan!!!!
About Me
- azmiramin
- Mereka kata ku gila, Lagilah aku suka, Otakku geliga, Fikiran luar biasa, Mereka kataku samseng, Tapiku tak ambil pusing, Pedulikan semua! Fikir apa yang penting, Jangan percaya kata mereka, Sudahku kenal pasti, Kau pujaan hati, Cinta sejati memang boleh dibeli, Tapi tak mungkin ditukar ganti, Akan ku taati maharani, Mereka kataku tipu, Tapiku tak meniru, Mereka semua pemburu, Pemburu yang cemburu, Semua tuduhan fitnah belaka, Ada yang suka juga ada yang benci, Biar peluru menembusi kulitku, Suatu yang pasti kekal abadi, Akanku taati maharani, Mereka kata kau sama, Tiada apa yang berbeza, Aku tahu kau tak serupa, Tak silau lihat harta.
0 comments:
Post a Comment