Ari Lahir

Tanggal 9 Mei ari tu genap la umoq aku 23 tahun...dah meningkat dewasa rupanya aku ni. Huhu...tu maknanya aku bakal berhadapan ngan tanggungjawab yang semakin banyak. Ni la yang perkara yang paling aku takutkan skali kalo menyambut ari lahir aku setiap tahun...peningkatan umoq kita akan diiringi skali ngan peningkatan tanggungjawab yang bakal kita pikul. Kalo jadi budak kecik kan best? Sumanya disediakan...makan minum, pakaian dan tempat perlindungan sumanya lengkap tersedia. Tak yah dok serabai memikirkan pasal bil yang menimbun, keta yang nak kena tarik dan politik semasa. Kalo jadi budak kecik tak yah nak pikir apa dah...pikir nak main ja. Ahaks!!!! Apa-apa pun aku kena hadapinya juga...manusia memang tak dapat lari dari tanggungjawab. Kalo ada orang yang lari dari tanggungjawab maknanya dia bukan manusia la tu...haha. 


Besa la...slalunya benda yang berat cam ni orang akan pandang comot, buruk dan tak amik peduli pun, tapi kalo benda yang best orang akan pandang indah sumanya. Huhu...lumrah manusia la tu. Aku pun tak terkecuali gak...bukan niat aku nak lari dari tanggungjawab ke hapa tapi aku takut aku tak dapat melaksanakan tanggungjawab yang di pikul tu ngan baik ja. Aku rasa orang lain pun cam aku gak kot? Depa kannya nak lari dari tanggungjawab tapi depa just takut tuk berhadapan ngan tanggungjawab yang bakal di pikul tu...stress wooo!!!! Tak kisah la apa skali pun alasannya...yang penting kita telah melakukan yang terbaik. Kalo tanggungjawab yang dilaksanakan tu tak sesempurna mana jangan la menyalahkan diri plak...kata orang kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. So pasrah je la...huhu.


Anyway aku nak ucapkan ribuan trima kasih dan penghargaan kepada sahabat-sahabat aku yang sudi wish bezday aku ari tu...walaupun aku tak dapat satu hadiah pun tapi bagi aku wish tu dah macam satu hadiah dah. Huhu...thank suma. Kepada Warf, Az, Abby dan Dilla trimas banyak-banyak coz wat kejutan kat aku ari tu...thank coz sudi celebrate bezday aku. Hangpa suma memang sahabat yang best la!!!! Tuk sahabat-sahabat baik aku yang turut sama berkongsi ari lahir pada bulan Mei ni cam Udie dan Fared tunggu la kepulangan aku ke rumah...t kita celebrate bezday kita sama-sama. Haha...tuk ibu aku yang tercinta plak aku nak mintak maap banyak-banyak coz tak dapat balik sambut ari ibu ari tu. Slalunya tiap-tiap tahun sambutan ari ibu akan di wat skali ngan sambutan ari jadi aku coz ari ibu dan bezday aku jatuh pada ari yang sama...huhu. 







Dia Ibuku

Ama Kalsom binti Ahmad merupakan sorang insan yang istimewa di dalam idop aku. Tanpanya aku rasa aku tak dapat bertahan tuk meneruskan sisa-sisa idop aku ni...duniya aku akan menjadi kelam dan tak bermakna. Selepas pemergian ayahanda tercinta aku ke rahmatullah pada tahun 1995 aku seakan-akan ilang punca...masa tu aku baru berumur 8 tahun, so bayangkan la betapa lostnya aku time tu. Huhu...mujur la ada ibu aku yang datang memberikan harapan dan cahaya baru kepadaku. Ibuku merupakan seorang insan yang tabah walaupun hakikatnya dia sangat lemah...dia perlu tabah supaya anak-anaknya tak putus harapan. Dia sedar jika dia berputus asa anak-anaknya jua akan berputus asa tuk idop...


Dia la ibu, dia la bapak kepadaku...sejak pemergian ayahanda aku, ibu membesarkan kami adik-beradik bersendirian. Jika seblom ni ibu manjaga makan minum kami manakala ayahanda plak menjaga soal kehidupan yang lain-lain. Tapi selepas ayahanda tiada ibu la yang menguruskan sumanya...dari makan minum sampai la ke urusan-urusan lain. Dia merupakan seorang insan yang cepat belajar...selepas pemergian ayahanda dia belajar tuk menguruskan suma benda ngan cepat. Keadaan telah menjadikannya tuk lebih berdikari...jika sblom ni ketika adanya ayahanda ibu tidak reti langsung menunggang motosikal, tapi selepas pemergian ayahanda ibu belajar menunggang motosikal dalam masa yang singkat disebabkan keadaan telah mendesaknya ketika tu. Dia memerlukan kenderaan tuk memudahkan urusan hariannya cam menghantar aku ke sekolah....ibuku sememangnya sorang insan yang hebat!!!!!


Selepas pemergian ayahanda, kami anak-beranak telah dibuang oleh adik-beradik ayah yang lain...ibuku dihina dan di perlakukan macam-macam oleh mereka yang berhati binatang ni. Sumanya gara-gara tamakkan harta...harta telah membutakan hati mereka. Namun begitu ibu tetap tersenyum, katanya tu suma hanya harta duniya ja so biaq la mereka mengejarkan...gara-gara ni kami telah berpindah tuk memulakan kehidupan yang baru dengan meninggalkan segala harta tu wat mereka. Tapi aku tengok depa tak da la senang mana pun...sama cam kehidupan kami la gak. Besa la, makan harta anak yatim ni takkan senangnya idop...kalo senang harta pun hati takkan senang punya. Huhu...ibuku merupakan seorang insan yang paling mulia dalam idopku.


Ibuku merupakan seorang ibu yang penyayang...tak pernah sekali pun ibu memarahi kami adik-beradik. Dia lebih suka mengambil pendekatan ngan duduk berbincang dan memberi nasihat...ngan cara ni dia memberi kami lebih ruang tuk berfikir dan membuat keputusan sindri. Ibuku bukan la seorang ibu yang jenis suka mengongkong anak-anaknya...ibuku jenis yang memahami. Walaupun berkali-kali aku wat hal dan membuatkan ibuku pening ngan karenah aku tapi tak penah sekalipun aku dihukum...dia paham yang aku lakukan suma tu bersebab. Dia tahu yang aku ni jenis yang suka memberontak...tak heran la aku slalu wat hal. Dia sememangnya sorang ibu yang menakjubkan...bagi aku ibu aku adalah segala-galanya. Ibuku adalah hidupku...ibuku adalah nyawaku. Aku bersyukur kerna di kurniakan ibu sepertinya...







Freedom House

Baru kemarin ja aku cita pasal kebebasan akhbar kat negara kita ni dan hari ni Freedom House telah mengeluarkan senarai negara-negara yang akhbarnya bebas dari campur tangan politik. Freedom House merupakan sebuah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai yang dikeluarkan Freedom House adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei. Berikut adalah kedudukan Malaysia berdasarkan kajian terhadap 196 negara:

Antara 10 negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.Manakala 5 negara paling tak bebas ialah Eritrea, Libya, Burma, Turkmenistan dan Korea Utara. Malaysia plak berada di kedudukan 142 dan dikategorikan sebagai tak bebas...huhu. So maknanya slama ni brita-brita yang kita baca tu tak betol la? Hmmm...politik memang sukar tuk di fahami. So memandangkan akhbar kita dah disahkan sebagai tak telus, kita sebagai rakyat yang bijak kena la pandai menilai yang mana satu betol yang mana satu tak. Jangan jadi bodo percaya bulat-bulat ngan segala apa yang di citakan...ada otak guna la, jangan biaqkan berkarat. Huhu...

Kebebasan Akhbar

Kira-kira 30 aktivis mengadakan protes ringkas KLCC ari ni bagi memperingati Hari Kebebasan Akhbar Seduniya yang akan disambut sok ni. Mmm...kebebasan akhbar? Bebas or telus ke akhbar-akhbar kat negara kita ni? Kata orang akhbar kat negara kita ni just menjadi boneka kepada kerajaan ja...aku tak mau kata apa-apa pasal ni. Tepuk otak, tanya akal hangpa tu...huhu. Tapi kalo betol la akhbar kat negara kita ni telus dalam penyampaian kebenaran kepada masyarakat, apasal still lagi wujud golongan yang tak berpuas ati ngan ketulusan akhbar kita ni? Hmm...kalo tak da angin masakan pokok bergoyang, tol tak? Aiyakkk!!!



Dia Masih Di Hatiku

Rancangan awal aku pada pagi yang hening ni nak study...tapi tiba-tiba ja aku teringatkan si dia yang aku minat ni (tapi sayang dia tak suka kat aku), terus terbantut niat aku nak study. So aku sambung la layan jiwang...satu persatu kenangan aku ngan si dia yang aku minat ni bermain-main kat fikiran aku...tiba-tiba ja aku rasa sedih sangat, rasa cam nak teriak ja. Secara tak sedaq ayaq mata aku menitis...akhirnya aku tewas jua terhadap perasaan aku ni. Aku sememangnya lemah walaupun secara luarannya aku tampak kuat...tu sumanya dusta yang terpaksa aku lakonkan semata-mata nak menyembunyikan kesedihan yang aku tanggung selama ni setelah cinta aku ditolak oleh si dia.


Terus aku lapkan ayaq mata aku yang jatuh berderai tadi ni...aku tengok sekeliling. Fuh, lega!!! Tak da orang yang nampak aku teriak...dak-dak umah aku masing-masing sibuk ngan hal sindri. Kalo tak malu r aku...jatuh r reputasi ganas aku slama ni. Huhu...aku buka laptop, aku perhatikan satu persatu gambar si dia. Memerhatikan gambaqnya saja dah mampu tuk membuat aku tersenyum kembali...hati aku yang sedih tadi ni kembali ceria, sekurang-kurangnya terubat sikit rindu aku ni. Ni jela yang mampu aku lakukan setelah si dia menolak cinta aku...tak dapat memiliki tapi dapat memerhatikan dia pun dah mampu tuk membuat hidup aku bahagia.


Mesti hangpa kata aku dah gila kan? Awek kat duniya ni kan ramai, awat tak cari yang baru ja? Wat apa menderita terhadap sesorang yang tak suka kat kita? Berbaloi ke wat cam ni? Huhu...aku dah tak kisah apa orang nak kata kat aku. Aku sememangnya gila...aku gilakan si dia. Bukan aku tak berusaha tuk mencari pengganti tuk dirinya tapi aku masih blom jumpa seseorang yang mampu tuk mengganti dia. Bagi aku diri dia tiada pengganti...bak kata Carefree didalam lagu Belaian Jiwa,"Kau tahu betapa kusayang padamu,hanya bidadari sebagai ganti". Huhu...sememangnya si dia tiada pengganti. Sampai kehari ni aku still lagi tak tau apakah yang menyebabkan dirinya istimewa berbanding wanita lain? Rahsia hati sememangnya sukar tuk difahami...selamat Hari Pekerja kepada suma. Peace!!!



 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates