Bagaimana Harus Aku Meraikannya?

Beberapa hari lagi hari raya bakal tiba...suma orang semakin excited dan tak sabar tuk menyambutnya. Aktiviti mengemas rumah dan membeli-belah sebagai persiapan raya semakin rancak berlaku...ditengah-tengah kesibukan mereka membuat persiapan raya ni, aku still lagi selamba dan cool cam biasa. Seakan-akan tiada apa-apa, aku still meneruskan hidup cam biasa melakukan rutin harian. Mungkin bagi orang lain hari raya tu membawa maksud kegembiraan, oleh itu mereka ingin meraikannya semeriah yang mungkin. Tapi bagi aku hari raya tu tak membawa sebarang makna setelah sorang demi sorang orang yang aku sayang pergi meninggalkan aku...hakikatnya sejak tahun 1995 hari raya aku tak pernah di sambut meriah. Hari raya bagi aku hanyalah hari kesedihan dan kesuraman...bagaimana harus aku meraikannya jika suma orang yang aku sayang tiada di sisi aku? Ada sapa-sapa tahu bagaimana cara-cara tuk aku meraikannya? Aku still tak mendapat jawapannya sepanjang 15 tahun ni...jika ada sesapa yang tahu jawapannya tolong la gitau aku coz aku dah bosan menyambut hari raya ngan linangan air mata.

Murtabak Maggi

Ari ni masa berbuka tadi aku makan murtabak maggi yang aku buat sindri...tak main la beli-beli ni. Haha...sebenarnya resepi ni aku blaja dari mak aku. Hangpa penah makan ke tak murtabak maggi ni? Kalo tak penah makan meh sini aku nak ajaq hangpa cara nak buat murtabak maggi ni. Senang ja pun...

Bahan-bahan:
1. Sebungkus maggi atau mee segera yang telah direndam dalam ayaq panas
2. 4 sudu daging yang telah di kisar
3. Sebatang cili merah
4. Sebiji bawang merah
5. 3 biji telur
6. Satu paket rempah kari maggi
7. Garam dan gula secukup rasa
8. Sedikit daun bawang dan daun sup

Cara membuat:
1. Gaul suma bahan-bahan di atas bersama-sama
2. Panaskan minyak di dalam kuali leper...jangan pakai kawah plak
3. Bila minyak dah panas maka masukkanlah bahan-bahan yang telah digaul tadi kedalam kuali dan balik-balikkan la sehingga ianya masak.
4. Sedia untuk di makan.

Senang bukan? Jadi ka tak jadi? Kalo tak jadi nampak sangat hangpa tak da bakat tuk jadi tukang masak...hahaha.

Ramadhan

Ramadhan...datangnya dinanti, perginya dirindui. Diam tak diam lagi seminggu Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Semoga kita diberikan lagi kesempatan tuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan. AMIN...

Hariku Yang Hampeh


Ari ni ari Rabu bersamaan 1 hari bulan September merupakan ari malang bagi aku…ari ni saja macam-macam perkara hampeh menimpa aku. Ari ni aku bangun agak awai…kol 9 pagi aku dah bangun. Kira awai la tu…slalunya kol 12 atau kol 1 baru aku bangun. Tujuan aku bangun awai hari ni hanya satu iaitu nak gi interview keja…bangun ja dari tido aku rasa badan aku cam tak sihat, rasa cam nak demam. Kalo nak di ikutkan ngan keadaan badan aku ni memang malas aku nak gi interview tapi bila memikirkan diri aku yang dah brenti blaja dan jadi cam orang yang tak berguna ni aku gagahkan gak diri aku tuk gi mandi. Selesai ja mandi baru aku sedaq yang aku tak prepare apa-apa lagi tuk gi interview keja…baju seluaq tak berseterika, sijil-sijil tuk interview ntah kemana.
Dalam keterpaksaan, kemalasan dan tak sihat aku gagahkan diri aku tuk seterika baju dan seluaq aku tuk interview keja punya pasal…seterika punya seterika punya seterika, baju aku still lagi berkedut. Aku letakkan tapak tangan aku atas baju tu…sejuk tak panas pun. Rupa-rupanya seterika aku rosak…api kemarahan mula menguasai diri aku. Rasa cam nak maki ja tapi bila mengenangkan diri aku yang sedang berposa ni aku batalkan saja niat aku…t tak pasal-pasal kurang plak pahala posa aku. Nak tak nak terpaksa la aku pakai baju dan seluaq yang berkedut tu…lantak la apa nak jadi pun, janji aku gi interview. Dapat tak dapat tu belakang kira…kalo pakai kemas pun blom tentu lagi dapat keja ye tak? Suma tu atas rezeki…hehe. Saja ja aku kata cam ni sekadar menyedapkan hati yang tak brapa sedap ni.
Pas dah bersiap aku start cari sijil-sijil aku tuk pi interview…cari punya cari punya cari, tak jumpa-jumpa sijil yang aku cari. Yang ada just sijil lahir aku ngan sijil UPSR aku ja…apa kejadah gunanya sijil-sijil ni? Lain yang aku cari lain yang jumpa…takkan la aku nak guna sijil-sijil ni gi interview keja kot? Aduh, apakah ni petanda yang menunjukkan bahawa keja ni bukan tuk aku!? Aku buntu…perasaan bengang bertandang ke dalam diri aku tapi aku still leh mengawalnya. Ni bermakna pahala posa aku still la selamat…haha. Pas aku dah start cool balik aku mesej kawan-kawan aku tuk menyiasat misteri kehilangan sijil-sijil aku…tunggu punya tunggu punya tunggu sekoq pun tak balas mesej aku. Api kemarahan mulai marak kembali dan kali ni ianya sukar di bendung…saat aku nak start maki tiba-tiba ada mesej masuk. Mesej dari Edy rupanya…ada sinar harapan di situ bila dia kata sijil aku tu mungkin tertinggal kat umah Openg masa aku pindah umah ari tu. Malam ni aku nak try gi usya tengok…harap-harap ada la.
Pas misi aku nak gi interview keja gagal aku pun lepak depan laptop aku…cadangnya nak online la, tapi apa tak kena ntah tak boleh nak connect internet plak. Aku rasa ni mesti kes perniagaan ternakan virus kat laptop aku ni semakin berkembang, sebab tu la tak leh nak connect…haha.  Memandangkan aku tak leh nak online so aku tukaq plan…aku main game FIFA Manager kat laptop aku. Main punya main punya main, abis je season aku kena sack sebagai manager Man U…apa kejadahnya ni? Setau aku suma objektif kelab suma aku ikut…alih-alih aku kena pecat plak. Argghhhh!!!!! Aku marah ni!!!! Aku perlukan perjelasan…takkan nak sack aku cam tu ja setelah segala kemahiran aku dalam bidang kejurulatihan aku curahkan. Ops!!!! Sori, aku sedikit emo. Haha…
Di sebabkan aku terlalu marah aku amik keputusan tuk kuaq bagi menenangkan perasaan aku kembali…aku mintak pinjam motor Ady jap tuk kuaq. Pas tu aku pecut masuk dalam UiTM, cadangnya nak amik duit coz duit dalam wallet aku ada just RM2.75…sampai ja aku depan ATM kat dalam UiTM aku tengok segerombolan manusia bermuka sengkek tak da duit ngah beratur panjang nak amik duit. Aku pun turun motor and join beratur bersama-sama manusia sengkek tu skali…lebih kurang 20 minit aku beratur akhirnya sampai gak giliran aku tuk amik duit. Pas tu aku masukkan kad, nombor pin dan jumlah  yang aku nak kuaqkan…tiba-tiba tertera kat ATM tu,’Maaf baki anda tidak mencukupi.’ Kang!!!! Aku sepak mesin ATM tu…suma orang pakat tengok aku. Ah, peduli apa aku!!! Janji aku leh lepaskan geram…
Pas tu aku blah dari UiTM tuk gi tengok motor aku yang di hantar tuk servis ari Khamis minggu lepas…aku antar servis motor aku tu sebab aku nak balik raya. Cadangnya petang ni la aku nak balik…tengok-tengok motor aku tu tak servis apa lagi pun, dok tersidai kat tepi kedai tu ja. Cina tu ngan selamba ja kata, ‘Sori la gua lupa.’ Hai, aku rasa cam nak tumbuk ja Cina tu!!! Aku dah angkat tangan dah pun nak tumbuk dia tapi bila aku tengok tatu yang ganas kat lengan dia tu aku tak jadi nak tumbuk. Aku bukannya takut kat dia tapi aku takut kat tatu dia tu, ganas sangat beb!!! Huh…skunk ni baru kol 4.39 petang. Aku tak tau apa lagi suwey yang bakal menimpa aku pas ni…hidop ini sememangnya palat!!! Aku mengharapkan ari ni berakhir ngan cepat supaya aku dapat lepas dari suma suwey ni.
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates