Jurnal Sang Celaru - Nota 46

23 Mei 2013 - Malas tol gua nak pi kenduri kesyukuran kat umah Tok Det...tapi bila anak Tok Kiah ajak gua pi terpaksa la gak gua ikut. Maklum la, gua ni kan jenis orang yang tak reti nak menghampakan permintaan kawan-kawan...hehe. Janji kol 11 tapi cam besa la Melayu punya janji kol 12 baru leh pi...memang tak leh pakai tol!!!







Jurnal Sang Celaru - Nota 45

20 Mei 2013 - Dah beberapa hari line tenet kat umah gua tak leh guna...cibai tol!!! Abis terganggu keja gua...cam celaka!!! Slalunya pantang gua lambat bayaq bil sikit mula la nak potong...tapi bila gua bayaq bil suma elok jadi cam ni plak tak leh nak pakai. Shit r!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 44

16 Mei 2013 - Dah lebih 2 tahun gua meninggalkan zaman blaja gua...memandangkan hari ni Hari Guru maka secara tak langsung membuatkan gua rindu akan zaman tu. Satu persatu kenangan masa gua blaja dulu bermain-main dalam kotak pemikiran gua ni...best, hampeh, suka, duka dan 1001 macam kenangan dan kisah terlintas di kepala hotak gua ni. Salah satu kenangan yang paling gua ingat adalah hukuman-hukuman dan denda-denda yang gua terpaksa tanggung di atas kenakalan gua...berikut adalah top 5 hukuman dan denda yang paling gua ingat.

  1. Cubit perut dan tetek. Ni hukuman yang paling gua ingat...sakitnya sampai ke ari ni gua rasa.
  2. Tarik hidung. Kalo sapa-sapa ada resdung, kena hukuman ni sah resdung hilang terus. Haha...bila kena hukuman ni hidung mesti jadi merah punya. Dah serupa badut plak...
  3. Rotan atau pembaris kayu. Seingat gua, sepanjang gua blaja tak penah lagi la berbirat badan gua ni kena rotan walaupun rotan yang digunakan penah hancur dan pembaris kayu yang digunakan tuk memukul gua penah patah. Huhu...
  4. Cuci tandas. Kerana satu kesalahan abis satu badan bau tahik!!!
  5. Jalan itik. Ni hukuman yang tak menyakitkan...hanya perlu tebalkan muka tuk tahan malu ngan geng-geng satu skolah.
Dulu kalo kena denda ngan cikgu ke hapa orang tua gua tak penah pun datang skolah serang atau marah cikgu yang denda gua tu...silap-silap hari bulan gua kena hukum ngan orang tua gua plak. Tak macam skunk, anak kena sentuh sikit orang tua dah meroyan cam celaka...sebab tu gua tak heran budak-budak skunk kurang hajaq lain macam ja. Anyway trima kasih cikgu!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 43

12 Mei 2013 - Pertama skali gua ucapkan Slamat Hari Ibu kepada suma ibu-ibu di seluruh pelusuk duniya...sayangi la ibu kita setiap saat walaupun Hari Ibu hanya di raikan setahun skali ja. Kata orang pasai apa nak kena tunggu Hari Ibu baru nak raikan ibu kita? Bukankah sepatutnya kita meraikan dan menghargai ibu kita setiap hari? Memang betol...anak-anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya memang akan mengingati ibunya setiap saat. Tapi bagaimana plak tuk anak-anak yang mudah lupa diri? Bagi gua di sini la terletaknya fungsi Hari Ibu tu, sekurang-kurangnya dapat menyedarkan Si Tanggang Moden yang sibuk dengan tugas harian dan 1001 macam tugas lagi ni...sekurang-kurangnya dengan adanya Hari Ibu ni anak-anak yang sedikit lalai ni akan lebih mengenang dan mengingati pengorbanan ibu mereka.

Bagi gua ibu gua adalah segala-galanya bagi gua kerna hanya dia sorang ja yang gua ada kat duniya ni selain dari adik gua...kalo gua tak sayang ibu gua kepada sapa lagi gua nak curahkan kasih sayang gua ni kan? Kat awek? Awek plak tak da? Huhu...tak da la, kalo pun gua ada awek, gua akan tetap sayang mak gua melebihi sesiapa pun sebab tu memang dah tanggungjawab gua sebagai anak. Tambahan plak gua ni anak lelaki dan yang sulong plak tu...lagi la besaq tanggungjawab gua. Gua memang rapat ngan ibu gua hingga gua di gelar anak mak oleh kawan-kawan gua...gua tak kisah dipanggil anak mak oleh kawan-kawan gua sebab hakikatnya gua memang anak mak gua. Dialah ibu, dialah ayahku. Dialah kekasih, dialah jantung hatiku. Dialah kawan, dialah sahabatku. Dialah Ama Kalsom Binti Ahmad, dialah ibuku...Slamat Hari Ibu mak!!!


Jurnal Sang Celaru - Nota 42

9 Mei 2013 - Hari ni bezday gua yang ke-16 tuk 10 tahun yang lalu...cepat tol masa berlalu. Rasa cam baru semalam ja gua menyambut bezday gua yang ke-5...masa tu gua nak sangat cepat jadi dewasa. Nak kumpul duit banyak-banyak tuk senangkan mak dan famili gua...nak beli keta dan umah besaq serta kawin ngan gadis idaman gua dan idop bahagia ngan anak-anak kami slamanya. Bila pikir-pikir balik gua rasa cam bodo ja...besa la pemikiran budak-budak la katakan. Gua rasa lu all pun mesti cam gua gak kan?  Ntah-ntah lebih bodo lagi dari impian gua ni...haha. Tapi tu dulu punya cita la...bila dah dewasa skunk ni baru gua tau peritnya kehidupan. Apa yang gua impikan kicik-kicik dulu ni jadi palat sumanya...impian hanya tinggal impian. Gua rindukan zaman kanak-kanak gua...gua ingin kembali ke zaman itu. Zaman dimana gua tak perlu nak pikir apa-apa...hanya pikir nak main dan nak seronok ja. Zaman dimana tak memerlukan gua tuk menjadi orang yang hipokrit...hanya perlu menjadi diri sindri. Zaman dimana gua tak perlu menjadi hamba kepada kertas yang dinamakan duit...hanya bersyukur dengan apa yang ada. Indahnya zaman itu...


Nota Kaki : Hadiah hari jadi gua tahun ni memang tak best!!! Gua di hadiahkan dengan persaraan Sir alex Ferguson. Sedih tol!!!

Jurnal Sang Celaru - Nota 41

7 Mei 2013 - Pilihanraya dah tamat dan kita dah pun tau keputusannya...keadaan kembali seperti biasa seakan-akan tiada apa yang berlaku pada hari-hari sebelomnya. Cuma terdengar la gak sembang-sembang kosong di kedai-kedai kopi dan satu dua kejadian mengenai isu politik yang timbul, tapi tak da la serancak ketika sebelom pilihanraya hari tu. Biasa la tu, kata orang tua-tua umah dah siap tapi pahat still lagi berbunyi...adat la tu kan? Gua sebenarnya malas nak cakap pasal politik apa ni...suma tu sampah!!! Sebab apa gua kata cam ni? Jawabnya mudah saja...hipokrit!!! Gua tak kata kat mana-mana pihak, baik pemerintah mahupun pembangkang...bagi gua kedua-duanya sama saja. Cuma kita sebagai rakyat ni kena la pandai membuat penilaian...masing-masing dah di kurniakan akal dan fikiran. Jadi dok simpan buat pekasam buat apa?

Jurnal Hati Luka - Nota 18

6 Disember 2008

Cinta ini telah menyumbat pernafasanku...

- 5.03 a.m -


Jurnal Sang Celaru - Nota 40

5 Mei 2013

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates