Jurnal Hati Luka - Nota 9

23 March 2008:


Aku mahu kau tahu,
Aku sukakan senyumanmu,
Kerna ianya membuatkan aku tenang.

Aku mahu kau tahu,
Aku sukakan gelak tawamu,
Kerna ianya membuatkan aku bahagia.

Aku mahu kau tahu,
Aku sukakan lirikan matamu,
Kerna ianya membuatkan aku lapang.

Aku mahu kau tahu,
Aku sukakan gerbang rambutmu,
Kerna ianya membuatkan aku damai.

Aku mahu kau tahu,
Aku sukakan keperibadianmu,
Kerna ianya membuatkan aku ceria.

Aku mahu kau tahu,
Aku sukakan segalanya-galanya tentangmu,
Kerna ianya membuatkan aku sempurna...


- 5.07 a.m -



 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates