Jurnal Sang Celaru - Nota 54

30 Ogos 2013 - Suka-suka hati lu ja kata gua tak da semangat patriotik dan tak cintakan negara semata-mata gua tak kibarkan Jalur Gemilang. Lu tak payah bising-bising sangat la kalo setakat semangat patriotik lu tu hanya terletak kat bendera ja!!! Lu tak payah nak patriotik sangat la kalo setakat Jalur Gemilang yang lu kibarkan tu pun harap dapat free ja!!! Lu tak payah nak cintakan negara sangat la kalo setakat cinta lu tu hanya terletak pada konvoi ramai-ramai time sambutan kemerdekaan!!! Lu tak payah nak sayangkan sangat la Malaysia ni kalo setakat sayang lu di raikan dengan buat maksiat di malam kemerdekaan!!! Lu tak payah nak patriotik dan cintakan negara sangat la kalo setakat semangat dan cinta kepada negara lu tu hanya datang setahun sekali ja!!! Time merdeka suma pakat nak tunjuk konon-kononnya diri lu all tu la yang paling patriotik dan sayangkan negara. Bullshit!!!



Nota Kaki : Pada zahirnya kita dah 56 tahun merdayka…tapi pada batinnya kita masih lagi di jajah!!!

Jurnal Sang Celaru - Nota 53

10 Ogos 2013 - Ari ni baru masuk raya ketiga tapi suasananya dah macam raya ke-25...sunyi dan suram ja. Kemeriahan raya yang di rasakan semakin hilang...tak macam gua kicik-kicik dulu. Walaupun dah nak dekat sebulan tapi kereseronokan raya tu tetap terasa...dulu kalo tak raya abis satu kampung tu memang tak sah. Kalo tak sempat raya abis satu kampung pada ari ni, sok gua akan sambung lagi. Bila dah abis raya kat suma umah di kampung gua tu, gua akan beraya di kampung sebelah plak...dan begitu la seterusnya tanpa ada satu umah pun yang tertinggal hingga la cukup sebulan. Budak-budak zaman skunk ni gua tengok lebih banyak beraya kat depan TV...kalo kuaq beraya pun gua tengok umah tertentu ja. Mungkin ni salah satu sebab kenapa raya skunk ni tak semeriah dulu...huhu.




Jurnal Sang Celaru - Nota 52

8 Ogos 2013 - Raya gua tahun ni sama gak cam raya-raya tahun yang lepas...sunyi dan kosong ja. Tapi raya pada tahun ni gua rasa lebih sunyi dan kosong...raya tahun ni gua hanya beraya bersama kawan-kawan disisi, gua beraya tanpa family dan mak gua yang gi beraya kat Pahang pada tahun ni. Huhu...anyway gua ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua...gua mintak maap banyak-banyak jikalau gua ada melakukan kesalahan kat lu all suma.




 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates