Sekitar Program Khidmat Komuniti Pelatih PLKN

Sabtuday yang lalu lebih kurang 280 orang pelatih PLKN turun menjayakan program ni di kampung aku...turut bersama menjayakan program ini adalah penduduk kampung, termasuk la jugak aku. Hehe...memang best!!!! Sumanya dilakukan secara gotong-royong...pelbagai aktiviti telah di rancang sepanjang satu ari program ni dijalankan. Antaranya program anak angkat, futsal dan sukaneka. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti yang di rancang aku hanya main futsal ja...lain-lain aktiviti aku bagi orang lain ja main. Hehe...memandangkan aku hanya main futsal, maka aku hanya sempat merakamkan kenangan terindah tuk acara futsal ja. Lain-lain acara aku tak sempat nak cover...mintak maaf la ye. Gambar aku sindri pun aku lupa nak tangkap ...adeiii!!!!!.











Baik Ke Jahat?

Baru-baru ni ada la sorang sahabat aku ni ingin berkongsi masalah ngan aku...so aku pun cam besa la, sedia menjadi pendengar setia dan dalam masa yang sama menjadi motivator yang tak bertauliah kepadanya. Hahaha...yela, prob aku pun banyak lagi yang tak setel dok wat otai plak bagi nasihat kat orang. Ahaks!!! Probnya tu cam ni, dia kata dia skunk ni ngah keliru samada dia nak jadi baik atau jahat? Aku rasa cam nak gelak ja bila dia kata cam tu tapi bila aku tengok muka dia yang serius tu aku tak jadi gelak. So aku pun tanya la kat dia sebab apa plak dia rasa cam tu? Dia kata bila dia jadi baik suma orang amik kesempatan ke atas diri dia...suma orang pijak kepala dia cukup-cukup. Bila dia jadi jahat plak dia kata suma orang benci kat dia...suma orang pandang serong kat dia. So dia tanya pendapat aku apa yang patut dia buat? 


So aku pun buat-buat la berpikir jap...pas aku berpikir dalam 5 saat aku pun kata la kat dia, "Apa kata hang jadi diri hang sindri ja, tak yah dok pikir sangat pasal hal-hal yang telah terjadi tu. Manusia ni memang cam tu...kita jadi baik pun tak kena, jadi jahat lagi la tak kena. Idop kita ni kita yang menentukan arahnya...kita yang pilih jalan mana yang kita nak berasaskan kepercayaan kita. So wat apa kita nak ikut apa yang orang kata? Baik atau jahat diri kita kannya diri kita yang adili...bukannya orang-sekeliling kita yang adili tapi DIA yang mengadilinya. Kita dilahirkan kat duniya kannya tuk jadi baik ke atau jahat...tapi kita di lahirkan ke duniya ni semata-mata tuk jadi hamba yang taat kepada-NYA ja." Cam tu la lebih kurang aku bagi tarbiah kat dia...pas daripada tu aku tengok cam ada sedikit sinar harapan kat mata dia. Dia kata dia kan jadi seperti mana yang dia inginkan iaitu menjadi diri dia...dia berlalu pergi sambil mengucapkan trima kasih kat aku. Tinggal la aku sorang-sorang dok pikir nak setel prob aku plak...damn!!!!



Sama Tapi Tak Serupa

Ni merupakan kisah benar yang benar-benar terjadi kat diri aku malam tadi di sebuah kedai makan kat tenggara umah aku. Nak tau apa yang terjadi maka baca la dialog di antara aku dan tuan kedai makan tu kat bawah ni.

Tuan Kedai : Ya bos!? Mau makan apa?
Aku : Kasi oren bancuh ngan nasi goreng seafood dah la...
Tuan Kedai : Oren bancuh ada bos, tapi nasi goreng siput tak ada...
Aku : Takkan tak ada nasi goreng seafood kot???
Tuan Kedai : Memang tak da la bos...you mau siput apa? Siput sedut ka? Mana saya mau cari siput sedut malam-malam ni?
Aku : Adei!!!! Awat la sengal sangat hang ni?  Aku mintak nasi goreng seafood, bukan nasi goreng siput!!!! Siput babi tol la hang ni!!!!
Tuan Kedai : ...????

Last-last skali aku minum oren bancuh ja sambil tengok bola...dah la Man U kalah!!! Damn!!! Malang tol la...

Jurnal Hati Luka - Nota 4

18 Oktober 2007:

Aku tak pasti mengapa aku menyintainya,
Apa yang pasti aku amat menyintainya...

-3.30 a.m-

Akibat Panik...

11 Oktober 2011

Pagi Selasa ni sugguh indah...menambahkan lagi keindahan pagi ni adalah aku ngah bercuti. Haha...tapi keindahan pagi aku tak kekal lama. Ngah aku syok menikmati cuti sambil main FIFA 12 tiba-tiba ja pintu umah aku di ketuk bertalu-talu, cam nak runtuh umah aku di watnya. Potong stim tol la, baru nak feel sikit dah ada yang kaco...tak leh tengok orang senang langsung. Rasa cam nak lempang ja orang yang kaco aku ni...huhu.

Buka ja pintu maka terpacul la muka jiran aku yang ngah gabra cam di kejar hantu...rupa-rupanya cucu dia ngah sakit, dia mintak tolong aku antar cucu dia ke klinik. Tanpa banyak tanya aku capai kunci moto dan terus antar cucu jiran aku tu ke klinik berdekatan. Sampai kat klinik baru aku sedar yang aku just pakai seluar pendek ja. Adei, malu kowt!!! Suma orang kat klinik pakat gelak kat aku.

Ni gara-gara panik la ni...yela, cucu jiran aku tu bukannya sakit besa-besa bai!!! Kena asma tu...kalo kena terajang ngan orang yang bernama Asma tak pa lagi. Ni sakit asma yang menyebabkan lelah atau semput tu...lambat-lambat kang leh bawak maut wooo!!!! So tak heran la kalo aku panik sampai lupa nak tukar seluar. Hehe...

Pas dah antar cucu jiran aku tu masuk tuk pemeriksaan, aku pecut balik umah tukar pakai seluar panjang. Baru la nampak sopan sikit ye tak? Huhu...sampai kat klinik aku tengok keadaan cucu jiran aku tu dah stabil. Syukur, sumanya dah pulih cam sedia kala...tapi satu perkara ja yang tak pulih cam keadaan yang sepatutnya. Iaitu orang-orang kat situ still lagi tak leh berhenti gelak kat aku.

Huhu...akhirnya aku dapat jawapan gak pasal apa suma orang still lagi ketawakan aku. Rupa-rupanya aku terlupa nak zipkan seluar aku. Adei!!! Aku kemaluan tuk kali kedua...malang tol la. Terima kasih kat akak tu coz sudi gitau pasal zip seluar aku tu, kalo tak sampai ke sudah aku tak tau pasal apa suma orang dok gelakkan aku. Hehe...cuai tol aku ni kan?

Tertanya - Tanya??????

Ku bersendirian didalam gelap,
Tak mampu untuk melelapkan mata,
Kerna memikirkan dirinya,
Berita yang ku dengar membuatkan diri ini tertanya,
Cerita yang ku dengar membuatkan jantung ini seakan-akan terhenti,
Khabar yang ku dengar membuatkan otak ini buntu.

Aku hanya mampu merintih,
Aku hanya mampu menangis,
Aku hanya mampu pasrah,
Ya tuhan...berikanlah aku kekuatan,
Ya tuhan...berikanlah aku kelapangan,
Ya tuhan...berikanlah aku jawapan,
Untuk menerima semua ini,
 Menerima suratan-MU.

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates