Jurnal Hati Luka - Nota 6



29 Disember 2007 :

Gelak tawanya merupakan irama yang terindah yang pernah aku dengar dalam hidup ini...

-2.13 a.m-

Masa

Masa memang tak penah menunggu sesapa...aku merasakan sumanya seakan-akan baru saja berlaku semalam. Oleh itu, aku terpaksa akur akan hakikat ini...

Slamat Pengantin Baru Sahabat

18 Disember ari tu aku berkesempatan ke majlis perkahwinan sahabat aku time blaja kat UiTM dulu ni iaitu Edy...huhu. Rasa cam tak percaya ja yang Edy dah kawen...cepat tol masa berlalu. Betol la apa yang orang katakan, masa tak penah menunggu kita...cuma kita ja yang sentiasa menunggu tanpa wat apa-apa. Hehe...apa-apa pun Slamat Pengantin Baru Edy!!! Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...AMIN.

Saudara Edy dan juga pasangannya saudari Izah

Sekumpulan anak teruna yang masih membujang

Masing-masing amik berkat dari Edy ngan harapan dapat la kawen cepat

Tiga dara pingitan

Nampak sangat Edy dah kurus...buktinya kain sampingnya nak terlondeh

Pameran Katil Seduniya








Ni la gara-gara malas kemas bilik punya pasal...abis suma kena usung katil wak kuaq. Kadang-kadang aku kesian gak kat budak-budak ni...tapi bila pikir-pikir balik elok gak suma ni. Ye la sekurang-kurangnya leh la gak mendidik mereka suma ni jadi lebih berdisiplin dalam idop...hehe. Nasib baik la zaman aku blaja dulu tak kena cam ni...huhu.

Teh Tarik Satu...!!!!!

Damn!!! Aku mintak teh tarik la...bukannya sky juice. Apa?!! Ingat aku tak da duit ke nak bayaq? Setakat teh tarik tu aku leh bayar la weh...ngat aku sengkek sangat ke? Tau la aku keja besa-besa ja, tak cam anak hang keja besaq...tu pun harap pakai kabel orang dalam ja. Kalo tak jangan harap la nak leh keja!!!

Walaupun aku keja tak besar cam anak hang tapi aku makan kat kedai hang tak penah hutang lagi tau...suma aku bayar cash. Lain kali jangan pandang orang pakai lubang idong bai!!! T aku lari gi kedai orang lain baru padan muka hang...kalo ikutkan hati nak ja aku bakor kedai hang tu. Baru nak cerdik sikit kot pas tu?

Tentang Kehidupan...

 Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow...and everything will be ok. 



Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia vs Bahrain

Dramatik dan sadis...tu ja yang mampu aku katakan pasal game ni. Dalam masa 6 minit segala-galanya berubah, dan dalam masa 6 minit tu juga kita telah di kecewakan. Huhu...tapi ini adalah realiti dan hakikat yang sebenarnya. Nak tak nak kita kena telan gak...sesuatu yang harus kita sedar adalah bolasepak itu sememangnya kejam. Apa-apa pun aku nak puji cara permainan adik Nazmi kita...macam ni baru main bola namanya. Bukan cam Thamil Arasu tu...tak abis-abis bangang!!!!

Mencari


Ku berjalan tanpa haluan,
Mencari arah yang pasti,
Mencari kebenaran yang tersembunyi,
Mencari hilangnya diri sendiri,
Mencari cinta yang suci,
Mencari titik noktah mati,
Sebelumku mengadap Ilahi…

Sakit Badan

Adei!!! Jatuh motor sikit je...tak da la parah pun. Tapi sakitnya still lagi terasa sampai ari ni...nak bergerak pun susah. Sengal-sengal kat badan ni membataskan pergerakan aku, sakit-sakit kat badan ni menyukarkan aku...lenguh-lenguh kat badan ni memalaskan aku. Hehe...apa aku mencarut ni? Masa jatuh motor ari tu rasanya kepala hotak aku ni tak terhentak pun. Ntah la...apa yang aku tau badan aku ni still lagi sakit-sakit. Nampak gayanya nak kena gi spital gak check tengok...mana la tau kot-kot ada kecederaan dalaman ke hapa kan. Huhu...harapnya tak da apa-apa la ye?

Sukan Sea 2011 : Malaysia vs Myanmar (Semi - Final)

Petang nanti pasukan Harimau Muda kita akan turun menentang Myanmar tuk saingan separuh akhir Sukan Sea ngan misi tuk mara ke peringkat akhir sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu...bukan itu saja, seluruh rakyat Malaysia gak mengharapkan team kita ni menang. Tapi bagi aku, aku tak mengharapkan kemenangan sangat...cukuplah sekadar team kita main ngan corak permainan yang menghiburkan, tu je yang aku nak. Kemenangan tu soal yang kedua bagi aku...sebab apa aku kata cam ni? Sebab bagi aku bolasepak ni adalah satu hiburan...jadi aku nak enjoy bila tengok setiap game bolasepak. Aku tak mau stress, aku nak rest dan rilex...tapi setiap kali tengok team kita main lain plak jadinya. Aku akan bertambah stress, memaki hamun cam orang tak da iman...silap ari bulan TV tu pun aku terajang. Jadi kepada team Harimau Muda, aku mengharap sangat petang ni main la ngan corak permainan bolasepak antarabangsa...jangan la main corak ala-ala kampung. Huhu...kepada peminat-peminat bolasepak jangan lupa saksikan game ni kol 5 petang nanti.

Makan la biskutTiger tuk jadi kuat cam harimau yang muda...

Ganyang Malaysia!!!

Apa ni? Kata nak ganyang Malaysia? Apasal tak ganyang? Takut ke? Huhu...garuda dah kena lastik!!!!

Sedapnya lauk burung garuda...yummy!!!

Sahabat Selamanya...

8 dan 9 ari bulan ari tu aku berkesempatan lepak ngan 2 orang kawan lama aku time blaja kat UiTM Arau dulu...dah lama kami tak jumpa sejak masing-masing abis blaja. Maklum la masing-masing dah bawak haluan sindri mengejar impian masing-masing dan masing-masing dah berjaya dalam bidang masing-masing...just aku ja yang still tak berjaya cam dulu gak. So tak heran la bila depa ajak jumpa ngan senang-senang ja aku leh on...tapi kalo nak jumpa ngan depa ni bukan main payah lagi.

Cuti tak approve la, busy la, tak da masa la...macam-macam alasan lg la. So nampak sangat yang depa ni dah berjaya...haha. Last-last yang aku leh jumpa pun hanya Warf dan gak Bunkmay ja...yang lain-lain tu maybe di kesempatan yang lain kot dapat berjumpa. INSYAALLAH!!! Aku harap sangat dapat jumpa yang lain-lain tu...huhu.

Warf dan Bunkmay dah berubah...Warf ngan kereta barunya, dah tak pakai Myvi lagi dah. Bunkmay plak aku tengok perut dah tak membusung cam dulu, tahniah buat beliau kerna berjaya mengecilkan perut. Aku plak depa kata makin membesar dan perut makin ke depan...damn!!!! Aku harap apa yang depa katakan tu tak betol...kakaka. Apa-apa pun kami tetap kawan selamanya...

Ensemnya mamat ni...anak sapa la ni?

Aku dan gak Bunkmay...turut kelihatan keta Warf.

Bunkmay ngah kelaparan...
Suicide Note: Sori gambar Warf tak da...kalo nak tengok gak orangnya cam na e-mel ja aku. T aku bagi gambar bogelnya...aku curi time kami blaja dulu. Hahaha...

Hari Yang Palat

Aku mengalami kemalangan kecil ketika balik dari kerja pada pagi Sabtuday...ni gara-gara mengelak dari lembu la ni. Nasib baik aku tak mati...aku bersyukur kerana tak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya mengalami luka kecil di tangan dan jugak ibu kaki...huhu.





Ada Apa Dengan 11.11.11?

Apa yang orang kecoh-kecoh sangat ngan tarikh 11.11.11 ni pun aku tak tau? Kata mereka tarikh ni unik dan menarik, senang tuk di ingat. So ramai la yang berlumba-lumba wat kenduri kawen la, berkhatan la, bertunang la dan macam-macam lagi...kononnya senang nak ingat bila nak cerita kat anak cucu nanti. Kononnya la...haha.

Bagi aku plak tarikh ni tak da apa-apa pun yang istimewanya...sama ja cam ari-ari lain yang aku tempuh dan lalui. Cuma ari ni aku terjumpa kembali manusia-manusia durjana yang telah membuang kami anak-beranak dari keluarga mereka...tiba-tiba ari ni mereka datang dan mengaku kami ni keluarga mereka plak.

Mintak maap la!!!! Kami tak ada adik-beradik...time kami susah dulu tak da sapa pun nak ngaku kami adik-beradik. Kami di halau dan di buang cam sampah...tapi kini setelah kami agak senang baru la nak ngaku kami ni adik beradik. Pi mati la weh!!!

Sejuk

Peh!!! Sejuk tol malam ni...menggeletar aku menahan kesejukan. Sejuknya seakan-akan memamah diri aku ni...sukar tuk aku menggambarkan akan tahap kesejukannya. Aku tak tau kenapa malam ni sejuk sangat...nak kata sebab hujan tak pun. Yang pasti ni suma kuasa Allah...huhu.

Aku pakai sweater tapi kesejukan ini tetap juga memamah diriku...aku masuk ke dalam pejabat. Aku melihat rakan sekerja aku sedang tidor...aku kehairanan, cam na la dia leh tidor dalam cuaca yang sejuk ni? Dah la tu, siap pasang air-corn lagi. Memang dasar kulit kerbau tol la!!!!

Jurnal Hati Luka - Nota 5

7 November 2007 :

If you still don't know my heart,
Know that I will love you more than myself...

- 2.51 a.m -

Manchester United vs Sunderland 2011/2012

Aku terlepas lagi nak tengok game Man U...ni suma gara-gara aku kena keja malam la ni. Huhu...kalo di ikutkan nak ja aku brenti keja, tapi bila pikir-pikir balik rasa cam bodo la plak. Yela!!! Hanya kerna bola takkan la sampai nak brenti keja ye tak? Kalo bola tu leh kasi aku makan tak pa la gak? Ni orang lain yang kaya aku plak yang nak kena makan batu...huhu. Apa-apa pun Man U dah menang...yihaaa!!!!

Cobaan...!!!

Sedar tak sedar sok dah nak raya...aku duit sekupang pun tak da dalam poket ni. Gaji yang pada mulanya dijanjikan akan masuk pada ari Jumaat di tunda pada pagi ni, harap-harap masuk la. Kalo tak, tak beraya la aku jawabnya sok ni. Adei!!! Skunk ni aku ada satu masalah, aku tak da duit nak isi minyak motor tuk gi amik duit gaji...memburukkan lagi keadaan apabila tayar motor aku tiba-tiba ja pancit tadi ni. Adei!!! Kalo cam ni jangan kata nak gi amik duit...aku nak balik umah pun tak leh. Nampak gayanya nak kena menapak la aku dari tempat keja ke umah...perghhh!!! Sesungguhnya aku warganegara Malaysia yang malang...

Sekitar Program Khidmat Komuniti Pelatih PLKN

Sabtuday yang lalu lebih kurang 280 orang pelatih PLKN turun menjayakan program ni di kampung aku...turut bersama menjayakan program ini adalah penduduk kampung, termasuk la jugak aku. Hehe...memang best!!!! Sumanya dilakukan secara gotong-royong...pelbagai aktiviti telah di rancang sepanjang satu ari program ni dijalankan. Antaranya program anak angkat, futsal dan sukaneka. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti yang di rancang aku hanya main futsal ja...lain-lain aktiviti aku bagi orang lain ja main. Hehe...memandangkan aku hanya main futsal, maka aku hanya sempat merakamkan kenangan terindah tuk acara futsal ja. Lain-lain acara aku tak sempat nak cover...mintak maaf la ye. Gambar aku sindri pun aku lupa nak tangkap ...adeiii!!!!!.











Baik Ke Jahat?

Baru-baru ni ada la sorang sahabat aku ni ingin berkongsi masalah ngan aku...so aku pun cam besa la, sedia menjadi pendengar setia dan dalam masa yang sama menjadi motivator yang tak bertauliah kepadanya. Hahaha...yela, prob aku pun banyak lagi yang tak setel dok wat otai plak bagi nasihat kat orang. Ahaks!!! Probnya tu cam ni, dia kata dia skunk ni ngah keliru samada dia nak jadi baik atau jahat? Aku rasa cam nak gelak ja bila dia kata cam tu tapi bila aku tengok muka dia yang serius tu aku tak jadi gelak. So aku pun tanya la kat dia sebab apa plak dia rasa cam tu? Dia kata bila dia jadi baik suma orang amik kesempatan ke atas diri dia...suma orang pijak kepala dia cukup-cukup. Bila dia jadi jahat plak dia kata suma orang benci kat dia...suma orang pandang serong kat dia. So dia tanya pendapat aku apa yang patut dia buat? 


So aku pun buat-buat la berpikir jap...pas aku berpikir dalam 5 saat aku pun kata la kat dia, "Apa kata hang jadi diri hang sindri ja, tak yah dok pikir sangat pasal hal-hal yang telah terjadi tu. Manusia ni memang cam tu...kita jadi baik pun tak kena, jadi jahat lagi la tak kena. Idop kita ni kita yang menentukan arahnya...kita yang pilih jalan mana yang kita nak berasaskan kepercayaan kita. So wat apa kita nak ikut apa yang orang kata? Baik atau jahat diri kita kannya diri kita yang adili...bukannya orang-sekeliling kita yang adili tapi DIA yang mengadilinya. Kita dilahirkan kat duniya kannya tuk jadi baik ke atau jahat...tapi kita di lahirkan ke duniya ni semata-mata tuk jadi hamba yang taat kepada-NYA ja." Cam tu la lebih kurang aku bagi tarbiah kat dia...pas daripada tu aku tengok cam ada sedikit sinar harapan kat mata dia. Dia kata dia kan jadi seperti mana yang dia inginkan iaitu menjadi diri dia...dia berlalu pergi sambil mengucapkan trima kasih kat aku. Tinggal la aku sorang-sorang dok pikir nak setel prob aku plak...damn!!!!



Sama Tapi Tak Serupa

Ni merupakan kisah benar yang benar-benar terjadi kat diri aku malam tadi di sebuah kedai makan kat tenggara umah aku. Nak tau apa yang terjadi maka baca la dialog di antara aku dan tuan kedai makan tu kat bawah ni.

Tuan Kedai : Ya bos!? Mau makan apa?
Aku : Kasi oren bancuh ngan nasi goreng seafood dah la...
Tuan Kedai : Oren bancuh ada bos, tapi nasi goreng siput tak ada...
Aku : Takkan tak ada nasi goreng seafood kot???
Tuan Kedai : Memang tak da la bos...you mau siput apa? Siput sedut ka? Mana saya mau cari siput sedut malam-malam ni?
Aku : Adei!!!! Awat la sengal sangat hang ni?  Aku mintak nasi goreng seafood, bukan nasi goreng siput!!!! Siput babi tol la hang ni!!!!
Tuan Kedai : ...????

Last-last skali aku minum oren bancuh ja sambil tengok bola...dah la Man U kalah!!! Damn!!! Malang tol la...

Jurnal Hati Luka - Nota 4

18 Oktober 2007:

Aku tak pasti mengapa aku menyintainya,
Apa yang pasti aku amat menyintainya...

-3.30 a.m-

Akibat Panik...

11 Oktober 2011

Pagi Selasa ni sugguh indah...menambahkan lagi keindahan pagi ni adalah aku ngah bercuti. Haha...tapi keindahan pagi aku tak kekal lama. Ngah aku syok menikmati cuti sambil main FIFA 12 tiba-tiba ja pintu umah aku di ketuk bertalu-talu, cam nak runtuh umah aku di watnya. Potong stim tol la, baru nak feel sikit dah ada yang kaco...tak leh tengok orang senang langsung. Rasa cam nak lempang ja orang yang kaco aku ni...huhu.

Buka ja pintu maka terpacul la muka jiran aku yang ngah gabra cam di kejar hantu...rupa-rupanya cucu dia ngah sakit, dia mintak tolong aku antar cucu dia ke klinik. Tanpa banyak tanya aku capai kunci moto dan terus antar cucu jiran aku tu ke klinik berdekatan. Sampai kat klinik baru aku sedar yang aku just pakai seluar pendek ja. Adei, malu kowt!!! Suma orang kat klinik pakat gelak kat aku.

Ni gara-gara panik la ni...yela, cucu jiran aku tu bukannya sakit besa-besa bai!!! Kena asma tu...kalo kena terajang ngan orang yang bernama Asma tak pa lagi. Ni sakit asma yang menyebabkan lelah atau semput tu...lambat-lambat kang leh bawak maut wooo!!!! So tak heran la kalo aku panik sampai lupa nak tukar seluar. Hehe...

Pas dah antar cucu jiran aku tu masuk tuk pemeriksaan, aku pecut balik umah tukar pakai seluar panjang. Baru la nampak sopan sikit ye tak? Huhu...sampai kat klinik aku tengok keadaan cucu jiran aku tu dah stabil. Syukur, sumanya dah pulih cam sedia kala...tapi satu perkara ja yang tak pulih cam keadaan yang sepatutnya. Iaitu orang-orang kat situ still lagi tak leh berhenti gelak kat aku.

Huhu...akhirnya aku dapat jawapan gak pasal apa suma orang still lagi ketawakan aku. Rupa-rupanya aku terlupa nak zipkan seluar aku. Adei!!! Aku kemaluan tuk kali kedua...malang tol la. Terima kasih kat akak tu coz sudi gitau pasal zip seluar aku tu, kalo tak sampai ke sudah aku tak tau pasal apa suma orang dok gelakkan aku. Hehe...cuai tol aku ni kan?

Tertanya - Tanya??????

Ku bersendirian didalam gelap,
Tak mampu untuk melelapkan mata,
Kerna memikirkan dirinya,
Berita yang ku dengar membuatkan diri ini tertanya,
Cerita yang ku dengar membuatkan jantung ini seakan-akan terhenti,
Khabar yang ku dengar membuatkan otak ini buntu.

Aku hanya mampu merintih,
Aku hanya mampu menangis,
Aku hanya mampu pasrah,
Ya tuhan...berikanlah aku kekuatan,
Ya tuhan...berikanlah aku kelapangan,
Ya tuhan...berikanlah aku jawapan,
Untuk menerima semua ini,
 Menerima suratan-MU.

Stoke City vs Manchester United 2011/2012

Buat pertama kalinya musim ni Man U gagal mendapat mata penuh...sedikit mengecewakan aku. Tapi mampu menggembirakan aku juga dalam masa yang sama kerana gol Nani dan juga kecekapan De Gea. Tahniah kepada mereka berdua!!! Walaupun begitu secara keseluruhan corak permainan Man U awal pagi tadi amat mengecewakan aku...beberapa kali Stoke hampir-hampir membuat jantung aku berhenti berdenyut. Huhu...member aku kata Man U main teruk pagi tadi sebab Ramli tak main. Tapi kata aku plak Man U main teruk sebab zip seluar aku terbuka time tengok game ni. Tu yang suwey tu...damn!!!!


 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates