Champions League:Besiktas vs Manchester United 2009/2010


Semalam aku terlewat 10 minit tuk tengok game ni gara-gara dok leka update blog aku...sampai ja kat B'chik suma tempat dah penuh. Aduh, cam na nak tengok bola ni!!! Pas tu Edy ternampak ada satu tempat kat depan kaunter pembayaran tu budak-budak dia dah nak gerak. Kami pun apa lagi...terus gi labuhkan punggung kat situ, kang lambat-lambat kang ada orang amik plak. Tak lama pas kami duduk kat situ O'ne budak marin mai join aku ngan Edy. O'ne dok bising kat aku apasal B'chik tak pasang game Chelsea...sial!!!!! Mana la aku tau...hang nak tengok game Chelsea pi la kat tempat lain yang pasang game Chelsea. Kat sini kami suma nak tengok game Man U...skali lagi di ulang Man U dan bukannya Chelsea tau tak!!!! Marah tol aku bila dia sebut nak tengok game Chelsea didepan aku...dia tak tau ka yang aku ni fans Man U? Ikot suka ati dia ja nak tukaq game Man U kepada siaran game Chelsea kat depan aku...ni kuang ajaq namanya.

Seketika kemudian meja kami dimeriahkan lagi ngan kehadiran Panje, Arip ngan Carlos...seriously aku cakap yang game Man U semalam merupakan satu game yang membosankan. Malu aku dok semeja ngan dak-dak Liverpool(Arip ngan Carlos) dan dak Arsenal(O'ne sebenarnya fans Arsenal...dia nak tengok game Chelsea semalam coz dia kata game Man u tak best, tu yang aku marah tu)...Panje plak aku tak tau la dia sokong team mana. Abis ja 1st half depa suma pakat blah...maybe sebab masing-masing dah ngantuk coz game sangat membosankan. Tinggal la aku sorang-sorang yang still setia ngan Man U aku...Edy yang minat Man U tu pun turut blah. Mmm...malas aku nak kata pa. Dia tinggalkan kunci motor dia kat aku...dia balik ngan Carlos.

Minit ke-63 Sir Alex membuat 2 pertukaran serentak ngan memasukkan Berbatov dan Owen tuk menggantikan Carrick dan Rooney. Tapi pertukaran yang dibuat ni pun gagal mengubah rentak permainan Man U...game still lagi membosankan. Aku dah mula naik cuak coz game still lagi 0-0...tak kan la nak seri ja ngan Besiktas. Aku order ayaq lagi tuk ilangkan rasa cuak aku ni setelah 3 gelas ayaq yang aku order sblom tu abis aku tibai. Game semalam aku tengok Man U banyak terkena offsides trap yang di wat Besiktas...kalo tak silap aku 6 kali gak kot depa terkena. Akhirnya gol yang di nanti-nanti muncul gak pada minit ke-77 setelah tandukan yang dibuat oleh kuda tua Scholes gagal ditepis penjaga gol Besiktas setelah sblomnya dia berjaya menepis rembatan Nani.

Selepas gol, game still lagi membosankan...minit 83 Valencia dikeluarkan dan digantikan dengan Park Ji-Sung. Kemasukan Park still tak membawa apa-apa perubahan kepada corak permainan Man U sampai la perlawanan tamat. Pas game abis aku terus balik walaupun time tu ujan ngah turun lebat...aku redah ja, abis basah baju ngan seluaq aku. Tak kisah r basah pun...janji aku leh balik. Semangat bola dam semangat setan merah menguasai diri aku...huhu.


Hari Raya Aidilfitri


Lagi beberapa hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri...aku yakin suma orang skunk ni ngah berada dalam mood raya. Yang kat bandar skunk ni dah ada kat kampung, yang ngah blaja skunk ni dah start ponteng kelas semata-mata nak balik awai...perhentian bas mula sesak ngan manusia, jalan plak mula sesak ngan kenderaan yang berlumba-lumba nak balik ke kampung. Aku sorang ja yang still tak da perasaan apa-apa lagi...maintain slumber rock ja cam besa. Orang kata raya ni kita kena bergembira sebagai tanda meraikan kemenangan kita setelah sebulan berposa. Tapi bagi aku cam na nak gembira kalo suma orang yang aku sayang dah tak da kat duniya ni? Raya bagi aku dah tak dak maknanya dah sejak 14 tahun yang lalu.

Sejak ayah aku meninggal pada tahun 1995, perkataan raya sedikit demi sedikit hilang dari kamus idop aku...hari raya dah jadi cam hari-hari besa kat aku. Tuhan 1996 merupakan raya pertama yang disambut tanpa ayah aku disisi. Raya tahun tu hanya disambut secara sederhana saja...1st day raya aku tak gi raya mana-mana pun, terperap kat bilik dok melayan perasaan aku. Aku ngan ayah aku memang rapat...pasal tu la pas dia meninggal aku lebih banyak terperap kat umah ja coz aku tak tau nak pi merayau mana. Selama ni aku banyak ikot ayah aku ja, pantang dia nak kuaq sikit aku mesti ikot...nak gi mana-mana pun dia la yang bawak. Nak gi kedai beli gula-gula ka, nak gi playground ka suma ayah aku yang bawakkan coz kalo nak suruh mak aku memang susah sikit coz dia tak reti bawak motor lagi time tu.

Pas ayah aku meninggal baru la mak aku reti bawak motor coz tamparan idop telah memaksa dia tuk belajar...belajar tuk berdikari. Jika tak selama ni sumanya ayah aku yang watkan...mak aku just kena jaga hal urusan umah tangga ja. Tapi pas ayah aku meninggal, mak aku la yang jadi mak dan mak aku jugak la yang jadi ayah...suma benda dia nak kena buat. Nasib baik mak aku cepat belajar so idop kami tak da la huru-hara sangat. Mak aku merupakan seorang wanita yang hebat...aku bangga ngan dia.

Tahun 1997 sekali lagi kami menerima tamparan yang hebat apabila tok aku plak meninggal...idop kami agak kelam-kabut coz pas ayah aku meninggal tok aku la yang banyak memberi semangat kepada kami. Tapi kami suma tetap tabah menghadapi dugaanNYA terutama sekali mak aku...dia merupakan seorang wanita yang kuat. Raya tahun tu kami tak sambut pun...suma dok kurung di umah ja coz kami tak tau ke mana kami harus tuju. Pagi raya tu ngan berpakaian raya kami gi masjid semayang raya and then pas tu balik umah beraya depan TV. Kuih raya ngan ketupat pun tak buat...kami just masak nasi ja tuk kami makan ngah ari tu. Umah plak tak dihias pun...dibiarkan berselerak cam tu ja.

Raya-raya tahun berikutnya dan seterusnya pun cam tu la gak, cuma ada la sedikit perbezaan. 1st kita tengok dulu persamaannya...pagi raya tu cam besa r, mesti la gi semayang raya. Pas tu tradisi umah terbuka, menghias umah cantik-cantik dan buat ketupat tidak diamalkan. Tu antara tradisi-tradisi raya yang kami amalkan setiap tahun, skunk kita tengok plak perbezaannya. Pas semayang raya kami akan pi raya sampai la malam...pas tu kami ada la gak beli sedikit kuih raya tuk santapan manusia yang tiba-tiba sesat ke rumah kami. Cam ni la cara aku beraya...besa-besa ja. Sebab tu r aku tak brapa kisah sangat...kat sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir sahaja(batin tak da k)kepada suma. Kalo buat umah terbuka tu jangan lupa tuk jemput aku...duit raya kat aku tak dak ka? Hehe...


Apa Aku Nak Buat?


Kalo la di takdirkan aku kena buang dari UiTM(mintak simpang la Malaikat 44) apa la yang aku nak wat nanti? Aku kena berkira-kira dari skunk lagi sebab bila benda dah jadi aku dah bersedia kemana aku nak tuju seterusnya. So nanti tak da la aku tercari-cari arah yang sepatutnya...silap-silap leh bawak kepada arah yang salah, abis lingkup idop aku. Setelah aku berkira-kira dari tadi lagi aku still tak tau apa yang aku nak wat. Masalah tol ni...takkan la aku nak jadi kutu jalanan ja? Ni memang slalu dah aku wat...dah memang life aku dah pun. Aku perlukan perubahan dan sesuatu yang baru. Nak wat apa erk? Pening tol aku...ada tak sesiapa yang leh tolong bagi kat aku satu cadangan yang best? Please!!! Aku btol-btol dah buntu ni...huhu.


Nasib Di Hujung Tanduk


Petang tadi kira-kira dalam pukul 2.20 aku tumpang motor Carlos yang nak gi kelas agar aku dapat jumpa Puan Rozi setelah aku menangguhkannya dari minggu lepas lagi...sesampainya aku di bilik Puan Rozi jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Aku ketuk pintu bilik Puan Rozi dan memberi salam...dia menjawab salam aku dan seterusnya menjemput aku masuk dan duduk. Blom pun panas bontot aku kat kerusi tu Puan Rozi dah mula tanya sebab apa aku tak penah gi kelas tuk 3 subjek pada sem ni. So aku pun buat-buat la muka bersalah dan dalam masa yang sama pala otak aku ligat dok pikir nak bagi alasan apa...takkan la aku nak gitau sebab sebagai protes aku kat dia. Tu gila namanya!!!!

10 saat kemudiannya aku dapat point tuk pertahankan diri aku...aku gitau dia yang aku ada masalah transport. Pas tu blom pun sempat aku nak sambung ayat aku yang seterusnya dia dah start membebel. Bila dia dah start membebel aku pun diam ja la...aku dah jadi malas tuk pertahankan diri aku walaupun lepas tu dia ada tanya aku gak beberapa perkara. Aku tadah telinga ja dengar walaupun aku tak paham apa yang dia katakan...tapi apa yang pasti dia kata aku tak sedaq diri. Tu je la yang aku dengaq...yang lain-lain tu aku tak tau dia kata apa coz pala otak aku dah start melayang pi ke lain.

Setelah agak lama dia membebel dia pun brenti dan menyuruh aku isi borang apa ntah...aku pun tak tau borang apa coz aku pakai main isi ja, tak baca pun borang apa. Maybe dia dah naik bosan tuk membebel kat aku kot coz aku diam wat tak tau ja dari tadi. Pas aku dah isi borang tu dia gitau aku yang aku mungkin akan di bar dan seterusnya aku maybe dibuang dari UiTM tuk selama-lamanya. Aku diam ja tak bagi respon apa-apa pun cam manusia yang tak ada perasaan. Pas tu dia bagi aku 1-2 nasihat lagi dan aku cam besa la tetap diam ja. Tepat jam 3 petang dia suruh aku blah...maybe dia dah naik meluat ngan aku kot. Aku pun blah la gi library ngan 1001 persoalan di benak aku coz aku tak amik tau pun apa yang diperkatakan oleh Puan Rozi. Antara persoalan yang bermain-main di fikiran aku skunk ni cam, "Dah konfem ke aku ni dah di bar atau nak kena tunggu depa meeting dulu coz aku ada isi borang tadi?" dan "Aku still student UiTM lagi ke skunk ni?". Mmmmm...pening tol aku. Kalo tak konfem lagi pun aku rasakan nasib aku bagaikan telur dihujung tanduk je skunk ni...huhu. Aku hanya mampu tunggu dan lihat je la selain berserah kat Allah.


Tottenham Hotspur vs Manchester United 09/10


Tadi lebih kurang kol 12.15 pagi aku ngan Kame bergerak ke kedai B'chik tuk menyaksikan perlawanan team feveret aku iaitu Man U bertemu ngan Tottenham Hotspur. Kame plak ikot aku semata-mata nak gelakkan aku jika Man U kalah coz dia nak balas dendam kat aku sebab aku bantai gelak kat dia bila team feveret dia iaitu Arsenal kalah perlawanan sebelum tu ngan Man City. Wakakaka!!!! Aku kannya apa, aku just geram je ngan Kame yang cam lalang ni...season lepas sokong Man U, alih-alih season ni bila Man U cam tak kuat sikit terus je dia sokong Arsenal. Cam sial!!! Aku just nak ajaq dia je supaya dia loyalty sikit ngan team dia...aku tak bermaksud nak memandang rendah akan keupayaan Arsenal, malahan aku cukup respek ngan Arsenal dan jugak team-team yang lain. Kata orang, "To gain respect, then you must show respect first".

Bila kami sampai je kat B'chik orang dah penuh...sumanya terdiri daripada penyokong-penyokong Man U dan juga tak lupa orang-orang yang dengki ngan Man U turut menyemak kawasan kedai B'chik. Nasib baik la still ada lagi tempat kosong...kat depan plak tu, memang bertuah tol kami. Kami order minum, masing-masing order teh tarik ngan ayaq kosong...tapi akhirnya yang sampai just teh tarik ja, ayaq kosong tak sampai pun coz abang yang amik order tu mempunyai tahap kenyanyukan tahap dewa sama ngan Carlos. Bengap tol!!! Dah tau diri tu nyanyuk apasal tak tulis masa amik order tu...tak kan tu pun aku nak kena ajaq? Makan plak aku order benjo manakala Kame makan nasi ayam kunyit. Makanan plak tak dak masalah coz sumanya sampai seperti yang dimintak.

10 minit kemudian game pun start dan golllllll!!!!!!!! Celaka!!!! Blom apa-apa lagi Man U dah kena hasil jaringan Jermain Defoe pada minit pertama apabila hantaran yang dibuat oleh Assou-Ekotto kedalam kotak penalti Man U telah ditanduk oleh siapa aku tak ingat secara tidak kemas dan seterusnya memberi peluang kepada Defoe untuk menjaringkan gol ngan menggunakan bicycle kick beliau. Kame apa lagi...terus ketawa sinis sebagai tanda mengejek aku. Haram jadah tol!!! Tapi aku still rilex je sebagai menunjukkan yang aku ni merupakan seorang penyokong yang profesional. Game still lagi panjang so wat apa nak emo-emo kan? Lagipun nama pun dah game kan so mesti la ada kalah dan menang.

Tak lama kemudian Warf kol aku suruh tapau milo ais...dari belakang aku dengar suara Carlos yang mengejek Man U, pas tu Warf apa lagi tumpang sekaki r. Babi!!! Nak je aku bubuh racun dalam milo ais Warf biaq dia mati...tapi memandangkan tahap profesionalisme aku sebagai penyokong sangat la tinggi so aku tak jadi wat. Aku trima je la apa pun yang depa nak kata ngan apa pun yang nak jadi...aku pasrah ja sambil berharap Man U bangkit. Pada minit ke-25 Man U dapat free kick setelah Dimitar Berbatov dijatuhkan diluar kotak penalti. Wayne Rooney dan Ryan Giggs bersedia tuk mengambil sepakan...Rooney membuat dummies dan meniggalkannya tuk Giggs dan hasilnya gollll!!!!!!!! Satu sepakan yang menarik yang diambil oleh Giggs menerjah masuk ke penjuru gol Spurs setelah gagal diselamatkan oleh Carlo Cudicini...aku bertepuk tangan sebagai tanda meraikan kejayaan Man U. Kame plak aku tengok cam tak puas ati ja...wakakaka. Hang tunggu hang, kita tengok pas ni sapa yang kena...aku kembali bersemangat.

Pada malam ni buat pertama kalinya aku cukup berpuas ati ngan cara permainan Berbatov...kalo tak selama ni dia dok jadi mangsa makian aku saja. Selalu tu dia main agak macam celaka gak la...tapi malam ni dia agak bagus. Aku harap dia akan terus improve pas ni. Pada minit 41 Anderson mengejutkan penyokong-penyokong Spurs di Stadium White Hart Lane ngan menjaringkan gol ke-2 tuk Man U. Ini merupakan gol pertama beliau tuk Man U didalam Premier League. Tahniah buat beliau. Kame aku tengok semangat dia dah ilang sikit dah...wakakaka. Seronok tol aku tengok keadaan dia masa tu...puas ati aku.

Second half bermula ngan rentak permainan yang agak perlahan dan beberapa serangan merbahaya dilakukan Spurs keatas kubu Man U. Keadaan ni membuatkan aku sedikit cuak...ni yang aku tak suka ni, kalo lead ja mesti slow je corak permainan Man U sampai kadang-kadang tu aku rasa agak membosankan. Meter cuak aku terus meningkat apabila Paul Scholes dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning ke-2 pada minit ke-59 akibat mengasari Tom Huddlestone. Pas tu kedua-dua pasukan saling berbalas serangan hinggalah pada minit ke-78 Rooney menjaringkan gol ke-3 wat Man U. Wakakaka...Kame terus terdiam. Baru dia tau langit tu tinggi ka rendah. Hahaha...pueh ati tol aku. Balik umah aku tengok Carlos ngan Warf turut kecewa...wakakakakaka. Lagi la aku pueh ati...huhu.



Angin Yang Berlalu


Aku baru je lepas tengok movie Windstruck wat kali ke-100 petang tadi...movie yang bergenrekan fantasy-romantic comedy ni dikeluarkan pada tahun 2004 dan diarahkan oleh Kwak Jae-yong. Movie ni mencatatkan kejayaan yang besar apabila berada di ranking ke-8 senarai filem Korea yang paling digemari pada tahun 2004(kalo tak silap aku la). Teraju utama movie ni dibintangi oleh Jun Ji-hyun dan juga Jang Hyuk. Aku dengar movie ni mempunyai kaitan ataupun sambungan kepada drama bersiri My Sassy Girl...tak tau la samada betul ke tak coz aku tak penah layan pun drama tu.

Aku cukup suka lagu-lagu yang digunakan tuk soundtrack movie ni coz hampir kesemua lagu-lagu yang digunakan didalam movie ni memang layan...aku suka lagu Knockin' On Heaven Door ngan lagu Tears yang dinyanyikan oleh X-Japan(salah satu band Jepun feveret aku). Memang sadis abis r bila lagu-lagu ni digabungkan ngan jalan cita yang sedih...sampai menangis aku diwatnya.Huhu...sebelum ni aku cukup bangga bila aku tak teriak langsung tengok cita Titanic tapi bila tengok movie ni je aku terpaksa mengalah. Haha...sial tol!!! Cakap banyak pun tak guna...apa kata hangpa try layan tengok. Aku bagi 5 bintang tuk movie ni...

Court Badminton Punya Cerita


Tadi pas buka posa dalam kol 8.45 malam cam tu aku bersama-sama ngan Warf, Edy dan Carlos bergerak gi court badminton UiTM Arau Perlis. Apabila kami tiba di tempat yang dituju kami dapati kawasan persekitaran gelap dan suram je cam dalam cita hantu. Aku tengok sekeliling kawasan kompleks sukan sekoq manusia pun tak dak. Aku ngan Carlos turun dari motor gi tengok pintu court samada berkunci atau tak manakala si Warf ngah cari suis lampu tuk di onkan agar suasana persekitaran cerah sedikit. Edy plak tak sampai lagi coz dia gi beli shuttle dulu.

Aku ngan Carlos yang bertugas sebagai pembuka pintu pada ketika itu mendapati pintu court dikunci...bengong tol!!! Pi kunci wat pa? Cam na kami nak main...ngat kami main free je ka? Abis tu yuran pengajian yang kami bayaq tu apa gunanya? UiTM guna duit yuran tu wat makan kat depa ka? Patut r staff-staff UiTM suma pakat perut boroi suma...angin tol aku!!!

Carlos terbaca satu memo kat papan kenyataan kompleks sukan yang mengatakan bahawa sepanjang bulan posa ni segala kemudahan sukan akan ditutup pada waktu malam dan hanya akan dibuka pada siang hari sahaja. Bodoh!!! Kalo buka siang sapa yang nak main? Orang suma pakat posa la bodo...mana larat nak main. Bengong tol!!!

Kat memo tu ada menyatakan lagi bahawa kalo nak main gak pada waktu malam nak kena tempah dulu pada siang tu dalam waktu pejabat. Apa kes nak kena tempah-tempah dulu ni? Dewan sekolah aku dulu pun tak da la cam ni. Dewan 24 jam je terbuka...pas tu sapa yang nak masuk tu masuk je la, tak da pun nak kena tempah-tempah ni. Dah la orang nak pi tempah tak penah ada staff pun yang jaga kaunter...abis tu nak tempah kat sapa? Kat dinding? Pala hotak tol!!!

Perkara ni kan skali dua jadi, dah banyak kali kami kena...sapa yang tak marah beb bila kemudahan dan hak kita yang di depan mata tak dapat digunakan? Kemudahan sukan yang disediakan tuk student guna bagi kat staff guna sampai hak-hak student di ketepikan...boleh ke cam tu? Dari Isnin sampai Khamis pada sebelah petang court di khaskan tuk staff-staff saja main...malam baru student leh main tapi nak kena tempah dulu. Jumaat court dikhaskan tuk aktiviti ko-k sahaja. Weekend pada Sabtu dan Ahad memang 100% khas tuk student ja main tapi nak kena tempah gak...kalo tak court tak buka. Adil ke cam tu?

Alasan yang depa bagi student nak kena wat tempahan dulu sebab takut berlaku apa-apa kemalangan dan kecederaan keatas student. Kononnya depa ni amik berat la akan hal-hal keselamatan student ni...kalo depa ni betol-betol amik pot akan hal ni sebab apa student-student yang main bola ngan ragbi kat padang tu tak kena tempah pun sedangkan sukan-sukan ni lagi agresif berbanding badminton yang mana risiko kecederaan tuk student-student yang main bola ngan ragbi ni lagi tinggi. Why? Tak paham tol aku...aku rasa depa ni malas nak jaga kaunter, sebab tu r suruh tempah dulu. Kalo ada tempahan baru r depa pi tapi kalo tak dak depa balik membuta je kat umah makan gaji buta. Senang kan wat cam ni? Kalo tak 24 jam la hang kena berjaga kat situ...kesenangan wat hang tapi kesusahan wat orang. Cibai tol!!!


Bayou


Semalam aku ada baca sebuah komik online dari Zuda Comics yang bertajuk Bayou. Bayou ni merupakan komik online pertama oleh syarikat Zuda Comics yang dihasilkan oleh Jeremy Love(penulis, artis) dan Patrick Morgan(colorist). Aku cadangkan hangpa try layan tengok coz jalan cerita komik ni memang tol-tol gempak...aku berani jamin hangpa akan pueh ati. Komik ni bercorak horror fantasi. Aku bagi 4.5 bintang tuk komik ni...


Elektrik Kena Potong


Tengah ari tadi ngah aku sedap-sedap layan baring tiba-tiba kipas bilik aku berenti berpusing...sengal tol!!! Awat plak ni? Aku merungut bersindrian didalam hati...memandangkan time tu aku ngah sedap sangat layan baring so aku wat tak tau ja la. Tapi tak sampai 5 minit kemudiannya badan aku ni dah start berpeluh...so nak tak nak terpaksa la gak aku bangun tuk cari punca sebab apa kipas bilik aku berenti secara tiba-tiba ja.

Aku tengok kat ruang tamu ada Abang Kame sekoq je, setan-setan yang lain pakat gi kelas suma. Aku tanya Kame apasal tiba-tiba elektrik tak dak...black out ka? Kame ngan wat muka penyunya menjawab yang elektrik kena potong sambil tunjukkan aku surat merah yang diletakkan atas kabinet. Cibai tol!!!! Apasal plak time-time cam ni dia nak mai potong...yang aku bengang sangat ni pasai dia mai potong time aku ngah sedap layan baring. Kalo nak mai potong pun mai la time aku ngah dok baca majalah ka, aku ngah berak ka...tak la aku marah sangat. Dah la sok aku ada test...takkan aku nak study dalam gelap plak.

Petang tu pas balik dari kelas, Sam ngan Edy terus gi bandaraya Kangar bayar bil...suma skali RM200 lebih tuk 3 bulan. Habis kering duit aku...dah la duit sewa bulan ni aku tak bagi lagi. Mana aku nak korek duit ni? Nak tak nak terpaksa la aku wat muka tebal mintak duit kat bonda tercinta aku...tadi aku baru je kol bonda aku. Dia kata sok dia akan masukkan duit...nasib baik la bonda aku ada duit kalo tak merempat la aku jawabnya. Aku just mintak duit tuk sewa umah je coz aku tau bonda aku pun banyak benda yang dia nak kena guna duit...duit tuk makan pandai-pandai la aku cari. Ulat dalam batu pun leh makan ni kan kita manusia ni...tapi nak kena usaha sikit la. Huhu...sedih tol. Petang tadi dalam kol 5.20 brader tu mai pasang balik elektrik kat umah kami. Pas tu aku pun apa lagi sambung pekena baring la...peh nikmat tol baring sambil ditemani kipas ni.

Tidoqku Terganggu Lagi


Tadi dalam pukul 4.10 minit petang tengah aku sedap-sedap tidoq tiba-tiba enset prasejarah aku ni berbunyi...aduh, celaka mana plak la yang kaco aku ni? Tak leh tengok orang senang langsung...kalo celaka ni ada depan aku nak ja aku kakikan kakiku di perutnya. Kat sekolah dulu dia tak blaja ka yang kaco orang tidoq tu tak elok? Tidoq ni merupakan satu nikmat yang bukan semua orang dapat...so kita harus biarkan orang yang tidoq ni tidoq sepuasnya coz bila tuhan tarik balik nikmat tu jadi cam aku pagi tadi la. Pas ni hangpa jangan dok kaco orang tidoq lagi dah, tapi kalo dah tidoq lebih sangat aku rasa adalah baiknya jika disiram ngan ayaq longkang ja orang tu.

Berbalik kepada cerita aku tadi...pas enset aku berbunyi wat kali ke-5 aku pun jawab la kol tu walaupun time tu mata aku masih tak buka coz aku ngah mimpi best punya. Kalo aku buka mata aku ni maknanya mimpi aku tu pun tinggal mimpi ja la...di talian aku terdengar suara si mapley Fazley yang bertanyakan aku kat mana. Sial tol!!! Kol aku semata-mata nak tanya ni ja...marah tol aku tapi aku still leh control lagi aku punya marah, kalo tak memang kena maki mapley tu. Aku pun bagitau la dia yang aku kat umah...pas tu dia bagitau aku kata Puan Rozi nak jumpa aku esok. Dia kata lecturer E-Com aku gi repot kat Puan Rozi yang aku tak gi kelas lagi sem ni...disebabkan ni lagi 2 kelas yang sama nasibnya ngan kelas E-Com turut terkantoi sama. Fazley kata aku bakal di bar...kalo aku di bar aku tak leh amik 3 paper tuk final exam nanti. Itu bermakna pointer aku bakal jadi teruk gila-gila punya...bayangkan la aku just leh amik 1 paper je dari 4 paper yang aku amik sem ni. Kalo aku score 4 flat pun aku punya GPA baru 1 je...nazak tol aku kali ni.

Tapi aku peduli apa kan? Pi mampos la ngan suma tu...ni suma duniya semata-mata. Ari tu aku nak ngaji depa dok wat tak tau ja ngan aku. Aku dok turun naik jumpa depa sambil merayu tuk mengaji depa tak bagi gak aku amik subjek yang aku nak tu...depa suruh aku amik subjek yang bawah-bawah dulu. Skunk ni bila aku wat perangai tak mau mengaji depa dok nyibok plak pasal aku tak gi kelas...lantak aku r!!!!! Time aku nak ngaji ari tu tak mau plak bagi...skunk ni dok sibok plak nak amik tau pasai apa aku tak gi kelas. Dah tau pun lagi mau tanya ka? Nampak sangat yang depa ni tak sedaq diri lagi yang aku wat suma ni semata-mata kerana depa...bengong tol!!!!


Tidoq


Masalah Tidoq
Masalah tidoq ni merujuk kepada situasi apabila seseorang tu sukar untuk tidoq, tidak dapat tidoq nyenyak pada malam hari, sentiasa rasa mengantuk walaupun dah tidoq 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awai serta tak dapat tumpukan perhatian semasa melakukan sesuatu. Ini akan menyumbang kepada:
  • mata bengkak
  • merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam
  • sering tertidur di khalayak ramai
  • kurang aktif
  • sukar tuk tumpukan perhatian
  • kejang otot, sakit perut dan pening
  • mudah tersinggung
  • sering menggunakan rokok, alkohol dan ubat tuk menenangkan diri
Jenis - jenis Masalah Tidoq
  • Insomnia
  • Berdengkur dan Apnea
  • Narcolepsy
  • Restless Leg Syndrome(RLS)
  • Periodic Limb Movement Disorder(PLMD)
Kesan Kurang Tidoq
  • masalah jantung
  • kegemukan
  • mudah marah
  • keletihan mental dan fizikal

Aku Yang Tak Tidoq-Tidoq Lagi


10.14 a.m - Aku still tak dapat lelapkan mata...roommate aku si Sam dah pun bangun. Mesti dia tergejuz coz aku tak tidoq lagi walaupun dia wat tak tau ja kat aku. Mana la dia sempat nak amik tau hal aku coz dia dok sibuk ngan kampung dia kat laptop tu(dia ni gila main game Travian)...bangun tidoq ja benda pertama yang dia wat ialah tengok kampung dia. Maklum la ketua kampung berjaya la katakan...aku dengar banyak kampung jugak yang berada di bawah pentadbiran dia. Hebat tol dia ni!!! Kampung Zack a.k.a Carlos pun dia gak yang amik alih...suma ni gara-gara sifat pemalas Zack yang nak jaga kampung dia. Last-last skali Sam amik alih kampung dia...memang tak bertanggungjawab tol si Carlos ni. Harap nama ja ganas...huhu.


Aku Yang Mengantuk Tapi Tak Leh Tidoq


Aku tak leh tidoq...sejak aku bangun tidoq pukul 4 petang kemarin sampai la kepagi ni aku tak tidoq-tidoq lagi. Tadi pas sahur(orang Kedah kata soq) aku buka Facebook jap tuk main game sampai la subuh. Pas subuh aku masuk tidoq...masa aku masuk tido tu matahari dah nak keluaq. Peh cantek tol warna matahari time tu!!! Kuning keoren-orenan...sempat la gak aku layan blues buat seketika. Aku dok bayang ngah menghayati mentari terbit di ufuk timur bersama-sama si dia...romantik sial!!! Hahaha...

Pas dah puas layan blues tu aku pun try la nak mematikan diri aku ni wat sementara waktu(tidoq la maknanya tu)...di saat aku nak tertidoq sangat-sangat dah tiba-tiba aku tergejuz dengar suara si Alip anak brader sebelah umah aku yang nak gi sekolah wat bising. Aduh potong stim tol!!!! Apa la yang dia bising pagi-pagi ni? Aku nak gi marah dia budak-budak lagi apa yang dia tau? So aku pasrah ja la...huhu.

Pas si Alip tu gi sekolah aku cuba melelapkan mata aku kembali...10-15 kemudian aku dalam keadaan laloq(antara sedaq dan tak sedaq-aku tak tau nak jelaskan keadaan aku ketika tu cam mana)...tiba-tiba aku terdengar bunyi enjin motor budak sebelah. Motor dia bunyi cam enjin kubota daa...ini juga bermaksud tidoq aku kembali terganggu. "Sial tol!!!", aku memaki-hamun didalam hati. Tak pasal-pasal pahala posa aku dah kurang...suma ni salah budak celaka tu la. Kalo tak sebab dia mesti aku dah tidoq dan dalam masa yang sama takda la aku nak maki dia.

Lepas budak tu gi melingkup mood aku nak tidoq pun terus gi melingkup cam budak tu gak...tak guna tol!!! Aku kebosanan di atas tilam...tiba-tiba aku teringat perbincangan aku dengan Bruno pasal nak wat blog baru kat ym petang tadi(aku tak ingat samada petang atau pada malam tu kami berbincang). Aku pun terus bangun dan capai laptop aku dan seterusnya mula menulis. Dan hasilnya apa yang hangpa baca sekarang ni merupakan hasil penulisan pertama aku untuk blog ni. Hahahaha...





 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates