Sekali Salah Antar Mesej Daa!!!

Hangpa penah tersalah antar mesej kat orang tak? Nak-nak pula mesej tu wat kita malu sindri…mesti penah kan? Beberapa ari lepas aku ada nak bagi hadiah kat sorang minah yang aku minat ni…pada awainya aku rasa cam nak batalkan ja niat aku ni coz aku rasa cam kekuatan aku tuk berhadapan ngan dia yang aku minat ni semakin ilang dari diri aku ni…maybe pasal nervous kot. So tuk menghilangkan rasa nervous dan mengembalikan kekuatan aku ni semula aku pun mesej la sorang kawan aku ni pada sebelah petang tu tuk mintak khidmat nasihat dari dia. Setelah aku mendapatkan khidmat nasihat dari kawan aku ni aku pun mula berkeyakinan semula tuk berhadapan ngan dia yang aku minat ni dan secara tak langsung dapat la aku bagi hadiah tu kat dia.

Perlawanan Futsal Penutup Semester

Tepat kol 9 malam tadi aku ngan Carlos bergerak meninggalkan umah sewa kami menuju ke court futsal di Pauh...sampai ja kami di court kami tengok dak-dak lain yang nak main futsal ngan kami tak sampai lagi. Cis sial tol!!! Dak-dak ni tak penahnya mai awal...asyik-asyik kami gak yang sampai dulu walaupun kami dah rasa kami dah lewat. Ni la namanya janji melayu...asyik lewat ja, tak penah nak mai sharp pada waktunya. Nak marah pun suma dah tua-tua bangka dah(kecuali aku la yang still muda)...nak bagi penampar jepun tak berani la plak coz suma besaq-besaq belaka, nanti tak pasal-pasal aku plak yang makan penampar. So sabar ja la...pendam je la dalam ati. Huhu...

Selamat Tinggal indieact.net, Selamat Datang makantidurmuzik



Hangpa ingat lagi tak ari tua aku ada wat satu poll pasal patut ke tak patut aku memberhentikan blog muzik aku(indieact.net)...so skunk ni aku dah pun wat keputusan tuk memberhentikan terus blog aku tu walaupun hati aku berat tuk melakukannya. Lagipun masa aku wat poll tu pun ramai yang vote suruh aku hentikan saja blog muzik aku tu(tak da la ramai mana pun, 6 orang ja yang vote suruh hentikan, lagi 2 orang vote suruh teruskan)...thank kepada depa yang sudi meluangkan masa tuk vote, kesudian anda amatlah dihargai. Memandangkan aku dah wat keputusan tuk memberhentikan blog indieact aku tu so maknanya aku kena wat blog muzik baru la tuk menggantikannya...jangan risau coz aku dah pun create satu blog muzik baru yang diberi nama Music Can Be A Catalyst For The Changes.

Kecantikan Adalah Takdir


Memandangkan paper aku dah abis pagi tadi so leh la aku layan movie sampai lebam...huhu. Aku baru ja abis tengok sebuah movie korea yang bertajuk Beautiful...menarik gak movie ni, kisah pasal dilema sorang wanita yang mempunyai wajah yang cantik. Payah gak rupanya jadi cantik ni...

Akhirnya...


Kata orang penantian tu satu penyeksaan...akhirnya penyeksaan aku berakhir gak ari ni setelah berakhirnya exam. Walaupun aku sem ni leh amik satu paper ja tuk final tapi aku la yang paling abis lewat sekali antara dak-dak umah aku...so kira tengok la brapa lama aku kena tunggu semata-mata tuk jawab satu paper ni ja? Paper tadi tak da la payah sangat, soklan direct ja dia tanya...tapi memandangkan aku study last minit so soklan tadi agak susah la bagi aku.

Botol Cinta



Bila kita sedang dilamun cinta kita akan menjadi semakin kreatif tuk menghasil sesuatu yang mampu membuatkan si dia yang kita cintai tu merasa terharu...hangpa setuju tak ngan kenyataan aku ni? Time ngah angau la kita sanggup buat sajak, puisi dan lagu walaupun sebelum ni kita tak penah berminat dan terpikir pun nak buat benda ni suma...konon-kononnya romantik la. Huhu...sebenarnya aku ada something yang agak sweet tuk hangpa suma bagi kat awek hangpa. Benda ni orang panggil Love's Drugs tapi aku just panggil Botol Cinta ja. Tau tak cam na nak buat?

Inikah Yang Dikatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?



Baru-baru ni ketika aku balik cuti raya aku tengok jalan-jalan kat kampong aku sumanya telah diturap elok…jika tak sblom ni berlubang serta berlopak sini sana. Aku tanya mak aku pasai apa tiba-tiba ja jalan-jalan kat kampong aku elok-elok belaka…musykil tol aku. Mak aku kata suma ni gara-gara kedatangan YB Mahathir Khalid masa bulan posa ari tu la...masa ari YB mai kampong aku tuk majlis berbuka posa disamping memberi sedikit sumbangan tu mak aku kata suma orang dok sibuk nak wat keja masing-masing. Time tu la depa nak turap jalan, nak naikkan papan tanda projek la(walhal projek-projek tu dah lama dijalankan) dan 1001 macam lagi la keja-keja yang sblom ni di abaikan depa pakat dok wat ari tu gak

Chelsea vs Manchester United 2009/2010


Man U kalah lagi...kalo nak ikutkan memang la kecewa tapi aku tak da la nak bertindak bangang cam fans Kelantan semalam ni. Rilex sudeyy...nak emo pun apa yang aku dapat? Adat permainan la kan mesti ada menang dan kalah. Walaupun pahit harus aku telan jua. Huhu...fight for glory!!!!

Final Piala Malaysia


Aku rasa suma orang dah tau kot yang Piala Malaysia tahun ni telah di menangi oleh team Negeri Sembilan? Kalo nak di ikutkan aku memang tak berminat tuk menonton perlawanan ni semalam coz aku bajet perlawanan ni merupakan perlawanan yang hampeh dan membosankan(besa r, kalo tak hampeh dan membosankan bukan nama bola sepak Malaysia la). Tapi memandangkan semalam Kame bukak siaran langsung game ni so aku terpaksa tengok gak la coz aku kebosanan tak da benda nak wat. Aku sebenarnya bukan nak ulas pasal game ni menarik ka apa, tapi ada something yang lebih menarik minat aku yang secara tak langsung mampu wat aku berpikir.

Nak tau pasal apa? Pasal karenah segelintir peminat bola sepak Malaysia yang tak bertamadun dan bangang!!!!!! Kecik-kecik tak nak mampos, besaq-besaq jadi bengong!!!! Apa yang depa dapat ngan baling mercun dan botol ke tengah padang? Adat permainan la ada menang kalah…so trima ja la kenyataan. Mana perginya semangat kesukanan yang dilaung-laungkan selama ni? Dah r bola sepak kita tak menarik sangat pun…tak malu ka dok kecoh-kecoh sedangkan lagi-liga luar negara yang lagi gempak rilex ja. Bodoh!!!! Yang aku heran kat Malaysia ni satu team ni ja yang fans depa slalu wat kecoh…team-team lain kat Malaysia ni aku tengok slumber rock ja. Lain kali kalo dah tau diri tu tak reti nak trima kekalahan baik duduk umah diam-diam...pas tu kalo hang nak bakaq kerusi ka apa ka hang bakaq la, tak da sapa nak marah pun coz tu harta hang. Tapi bila hang bakaq kerusi stadium tu yang orang jadi marah coz tu bukannya harta bapak hang!!! Bengap tol!!!!


Jangan Tinggalkan Daku!!!!!


Kalo nak di ikutkan pagi ni merupakan pagi yang paling afdal tuk aku layan tidoq coz hujan turun ngan lebat...peh memang syahdu pekena baring ni beb!!! Tapi sumanya musnah belaka apabila pagi ni tidoq aku diganggu oleh suara dak-dak umah aku yang terpaksa bangun tuk gi jawab exam...cibai tol!! Nak gi jawab exam gi ja la...tak payah la dok wat bising, hormat la sikit kat aku yang ngah tidoq ni!!! Dengki kat aku la tu coz aku leh pekena baring...depa ni kannya leh tengok orang senang sikit, ada la yang nak kena pedajal nanti. Apa-apa pun aku ucapkan semoga berjaya kat depa suma...best la depa coz paper depa dah nak abis, tinggal 1 paper ja lagi. Yang paling best Warf la coz paper dia abis ari ni...aku plak walaupun amik 1 paper ja sem ni tapi aku la yang paling abis lewat. Cilaka tol!!! Pasai apa la bengap sangat pi letak paper aku lewat? Kalo paper aku awai leh la aku balik awai...ni alang-alang paper aku abis lewat so aku pun akan balik lewat la coz pasni kami nak pindah umah plak. Pas pindah umah ni baru la aku balik...maybe nak dekat Raya Haji ni kot aku balik. Huhu...sedih tol. Harap-harap dak-dak umah aku yang lain pun tak balik gak la...kalo tak tinggal la aku sorang-sorang. Waaaa...jangan tinggalkan daku!!!!

Assignment Last Minute


Tepat kol 12 ngah ari tadi ngah aku dok sedap layan baring atas tilam(tidoq la)tiba-tiba enset aku berbunyi…sial, potong stim tol la!!! Tak leh tengok aku berbahagia sikit mesti ada yang kaco…celaka mana la yang tak reti nak hormat masa tidoq orang ni? Aku pun angkat la enset aku tu…di talian sayup-sayup kedengaran suara si mapley iaitu Fazley. Cis, balik-balik si mapley ni gak yang dok kaco aku tidoq!!!! Dah tak da keja lain dah ka nak wat? Apa la yang dia nak ngah-ngah ari ni?

Dia gitau aku yang Encik Nizan nak jumpa aku…aduh, apa kes plak Encik Nizan nak jumpa aku ni? Tiba-tiba ja aku rasa cuak. Aku pun terus bangun mandi coz aku cadang nak gi jumpa dia terus pas tu…pas dah abis mandi aku kol Encik Nizan tanya samada dia ada kat bilik atau tak. Dia kata dia tak free time tu…petang nanti baru dia free. So aku pun wat la appointment ngan dia pukul 4 petang. Cis menyesal tol aku gi mandi terus tadi, nak tidoq balik pun dah tak da mood coz mata dah cergas balik dah…kalo aku tau aku kol dia dulu pun takpa, leh la aku sambung tidoq balik. Arrrgggghhhh!!!! Pasai apa la aku tak terpikir tadi ni…

Tepat pukul 4 petang aku sampai kat perkarangan HEA UiTM Perlis…tiba-tiba baru aku teringat yang bilik Encik Nizan bukannya kat HEA tapi bilik dia kat HEP. Aduh, pasai apa la aku sengal sangat!!! Tak pasal-pasal aku kena patah balik…nasib baik la dekat ja. Pas dah parking motor Carlos yang aku pinjam tu kat perkarangan HEP aku menapak pi bilik Encik Nizan. Tiba-tiba langkah aku terhenti…tiba-tiba ja aku jadi blur, aku tak ingat kat mana bilik Encik Nizan. Aduh, spoilt lagi!!! Aku terus kol Encik Nizan tanya bilik dia kat mana…pas Encik Nizan bagitau aku yang bilik dia atas ILQAM baru la aku ingat kat mana bilik dia. Tapi Encik Nizan kata dia tak ada kat bilik lagi coz dia ngah on the way balik dari meeting…dia suruh aku tunggu kat depan bilik dia.

10 minit kemudian Encik Nizan pun sampai…nasib baik la dia tak amik masa yang lama tuk sampai, kalo dia lambat sikit tadi memang aku dah melingkup dah la coz aku kannya jenis suka tunggu orang lama-lama ni. Encik Nizan jemput aku masuk bilik dia…aku pun masuk dan terus duduk walaupun dia tak jemput aku duduk. Aku mula naik cuak…aku ingat dia nak marah aku, tapi rupa-rupanya dia tak marah aku pun. Encik Nizan just nak tau apa masalah aku coz sebulan sebelum exam bermula aku tak gi kelas langsung pun…so aku pun cita la kat dia yang aku ada apply cuti khas dari pihak UiTM ari tu, aku ingat ingat cuti aku tu dah di luluskan pasal tu la aku tak gi kelas.

Pas tu dia tanya aku samada aku nak amik exam tak? Aku jawab nak amik la coz cuti aku tak diluluskan…dia kata kalo nak amik exam aku kena wat past year tuk 3 sem dulu, kalo tak dia terpaksa failkan aku coz carry mark aku agak rendah(cam na tak rendah, test assignment apa suma aku tak wat). Cis nak suruh aku wat assignment ja rupanya!!! Aku ngat dia nak jumpa aku pasai apa la tadi…wat penat aku cuak ja tau tak. Huhu…so nak tak nak aku kena la wat gak. Dia bagi aku masa seminggu tuk aku siapkan assignment tu. Arrrggghhh!!! Aku dah mula tensen ni…aku ngat leh la aku fokus kat exam aku, skunk ni nak kena wat assignment plak. Sapa ada skema jawapan MGT420? Kalo ada aku nak pinjam jap leh? Huhu…

Apa-apa pun aku memang respek la kat Encik Nizan ni…slalunya student yang cari lecturer tapi ni terbalik plak, lecturer yang cari student. Memang bagus tol la dia ni…bukannya suma lecturer cam dia ni. Lecturer lain kalo student tak slalu gi cari depa jangan harap la depa nak cari student tu balik dan jangan harap la depa nak tolong student tu masa final nanti. Encik Nizan ni lain, dia jenis tak pilih kasih…kalo bleh suma student dia nak tolong, tak kira r samada dia kenal ke tak student tu sumanya dia layan sama rata ja. Aku sempat berborak panjang gak ngan dia tadi…last-last skali aku dapat tau yang dia ni orang kot belah Kuala Nerang gak cam aku. La patut la baik pun…orang Kuala Nerang memang sumanya baik-baik. Hahahaha…

FIFA 2010 vs PES 2010


Mana lagi best antara kedua-dua game bola ni? Bagi aku, aku lagi prefer FIFA dari PES. Dari segi grafik dah tentu la PES lagi gempak tapi dari segi gameplay aku rasa FIFA lagi best kot…gameplay FIFA aku rasa lagi hidup la(maknanya lagi realistic)dari gameplay PES. Pilihan team tuk FIFA pun lagi banyak dari PES…FIFA tak hanya tertumpu kepada liga-liga yang hebat ja, tapi team liga Malaysia tak da r. PES plak lebih tertumpu kepada liga-liga yang besar dan popular kat dunia ni so pilihan team tu agak kurang la…pi mai pi mai team yang sama gak. Lagi satu aku tengok FIFA banyak update data-data terbaru untuk setiap team…formation, jersi, player dan sebagainya suma lengkap seperti mana yang digunakan oleh setiap team skunk ni. PES plak aku tengok cam celaka…player transfer tak update, lining up cam haram(bayangkan la keeper gi letak jadi striker) dan jersi plak aku tengok still lagi dok guna jersi yang lama. Aku rasa cam nak karate ja CD game PES tu…nasib baik la CD tu Kame yang punya, kalo CD tu aku yang beli memang arwah lama dah aku rasa CD tu. Yang pasti pas ni aku akan bersara dari beli game PES…tapi bersara dari main PES maybe tak kot. Huhu…

Manchester United vs Blackburn Rovers 2009/2010


First aku nak tanya dulu kemana menghilangnya suara-suara sumbang dari fans Liverpool yang dok bising sangat pada minggu lepas? Takkan tiba-tiba senyap cam tu ja? Minggu sebelom lawan ngan Man U ari tu pun aku tengok senyap sunyi ja…takkan suara dah abis kot? Ke sebab rasa sedih sangat coz terpaksa kembali ke mood berkabung balik? Wakakaka…besa la bukannya senang nak merasa menang, so bila dah menang tu kena la raikan sepuas-puasnya tol tak? Skali skala merasa menang kan so apa salahnya nak celebrate pun? Tapi jangan la seronok sangat coz langit bukan selalunya cerah. Huhu…

Okey skunk baru aku nak cita pasal game ni…aku tengok game ni ngan Kame ja coz dak-dak umah aku yang lain dok study tuk exam paper Global sok ari. Secara keseluruhan game ni amat membosankan… aku siap menguap lagi sebagai tanda menunjukkan game ni memang membosankan. Ni secara tak langsung membuatkan aku sedar akan satu perkara iaitu selain membaca buku, menonton perlawanan bola sepak jugak mampu menjadi ubat tidoq yang paling berkesan. So kepada sesapa yang ada masalah nak tidoq tu tengok la perlawanan bola sepak…nescaya anda akan tertidoq. Tambah-tambah lagi kalo tengok bola sepak Malaysia, lagi la cepat tidoq. Huhu…

Walaubagaimanapun pagi tadi aku amat berpuas ati ngan persembahan si makhluk lembab iaitu Berbatov…kalo tiap-tiap game dia perform cam ni kan bagus? Tak da la aku dok susah-susah menyumpah seranah dia…save la sikit aku punya energy and secara tak langsung kurang la sikit aku punya dosa. Ni tak, main bola bajet macam pi makan angin kat Langkawi…orang lain dok pulun kejaq bola kat tengah padang dia leh berjalan rilex ja. Sapa tak marah beb kalo dah cam ni? Apa –apa pun tahniah kat dia coz berjaya menjaringkan gol semalam…tak lupa gak buat Rooney yang menjaringkan gol ke-2. Fight for the glory!!!! Yihaaaa…
 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates