Jurnal Sang Celaru - Nota 60

23 September 2013 - Topik utama dikedai-kedai kopi kat desa permai gua pada pagi hari ini adalah mengenai kemenangan MC keatas MU pada malam tadi…dan gua percaya kalo pegi kepelusuk bumi mana pun pada hari ni orang pasti akan bercerita akan hal itu. Gua melangkah lemah menuju tempat keja sambil mengenangkan nasib yang bakal dianjingkan oleh para haters MU suma ke atas gua…tak apa, gua pasrah!!! Adat la tu, pasti ada yg menang dan kalah. Walaupun apa terjadi gua tetap bersama MU…bukan macam sesetengah fans tu, kalah sikit dah mula intai-intai nak tukaq team lain. Barua tol!!! Jenis lalang yang menyemakkan ni memang tak boleh dikata apa dah melain nak kena bagi penerajang ja sedas dua…baru dia nak ada akal!!! Ketika team ngah gemilang lu la fans nombor satu kononnya…ketika team ngah malang sikit lu la sampah nombor satu team!!! Kepada lalang-lalang ni suma gua ada satu ja nak cakap kat lu all suma. Fuck you!!!



Jurnal Sang Celaru - Nota 59

20 September 2013 - Pukul 10 pagi Man Ayam mesej gua mengatakan Kadir, Isa ngan Cik Mat dah tunggu gua kat tempat keja…apa kajadahnya nak di tunggunya gua pun tak tau la? Gua bukannya YB ke hapa nak ditunggu-tunggu…huhu. Setelah di jelaskan oleh Man Ayam maka tau la gua crita yang sebenarnya…rupa-rupanya nak diajaknya gua kuaq melepak kat pekan. Baru la gua teringat pagi tadi sebelom balik keja ada la Kadir ajak gua kuaq tapi gua tak amik pot pun sebab gua ingat dia melawak ja…tak sangka plak dia serius. Kalo nak diikutkan malas gua nak join tapi memandangkan duit gaji gua still lagi banyak dan ditambah plak ngan hasutan setan nirrajim maka gua pun melibatkan diri la gak dalam aktiviti membuang masa ni. Niat di hati pada asalnya hanya sekadar nak kuaq enjoy dan cuci-cuci mata bersama mangkuk-mangkuk ni suma sambil-sambil survey harga pasaran konsol game…mana la tau kot-kot harga dah jatuh leh la gua rembat PS3 sebijik. Huhu…tapi last-last skali benda lain yang gua rembat. Sepasang kasut Converse menjadi mangsa kerakusan nafsu shopping gua. Dah lama gua geram nak memiliki kasut ni akhirnya dapat gak gua beli. Ni kalo Najib Razak tau ni mesti dia marah kat gua sebab suka sangat membazir…tak pa la Dato’, pas ni gua berkaki ayam ja.




Nota Kaki Busuk : X-Box 360 gua tu pun tak termain ada hati nak beli PS3 plak. Huhu!!!

Jurnal Sang Celaru - Nota 58

15 September 2013 - Adei!!! Penat tol hari ni…balik keja pagi tadi langsung tak berenti lagi terkejar-kejar kesana sini cam orang gila tuk memuaskan dan menjaga hati semua pihak. Kalo di ikutkan dari kemarin lagi gua berkeadaan macam ni…tapi memandangkan banyak sangat benda yang perlu disetelkan tak dapat disetelkan dalam masa sehari maka kena la gua sambung plak pada hari ni. Huhu…apakan daya gua hanya seorang manusia yang punya batasannya…gua bukannya sebuah robot.  Apa yang gua perlukan saat ini adalah tido dan rehat kerna gua rasa cam nak pengsan dah ni…


Jurnal Sang Celaru - Nota 57

14 September 2013

Aku di seberang sini,
Kau di seberang sana,
Saling memerhatikan antara satu sama lain,
Berbicara tanpa kata,
Tak ada keberanian untuk menegur sesama sendiri,
Hanya mampu melemparkan senyuman,
Hanya mampu memerhatikan...


Jurnal Hati Luka - Nota 20

11 Februari 2009

Dalam tidur dan jaga,
Aku akan tetap menantinya...

- 4.31 a.m -


Jurnal Hati Luka - Nota 19

20 Januari 2009

Saat dia tersenyum,
Aku merasakan duniya ini seakan-akan terhenti...

- 2.52 a.m -




Jurnal Sang Celaru - Nota 56

3 September 2013 - Ari ni kecoh pasal minyak naik harga…suma orang pakat dok bising termasuk la gua sindri. “Ala naik 2 kupang ja pun, takkan tu pun nak berkira?”, kata member gua yang bebal. 2 kupang mungkin nilainya kicik bagi mereka yang berada, tapi bagi golongan sengkek cam gua ni 2 kupang tu agak besaq nilainya. Member gua ni nak kata kaya tak da la plak, walhal lagi sengkek dari gua ada la…tapi jenis miskin tak sedaq diri ni memang payah la!!! Sembang suma nak lebih dari orang tapi apa pun tarakkk!!! Maaf, bukan niat gua nak menghina. Gua akui gua sindri pun miskin…tapi sekurang-kurangnya gua tak la bebal cam member gua yang bebal ni. Ini bukan semata-mata isu kenaikan harga minyak…kalo tak masakan masyarakat kita nak meroyan ye tak? Tapi cam gua kata tadi la, jenis bebal ni memang tak boleh kata apa dah. Orang Kedah kata BODO PIANG!!! 


Jurnal Sang Celaru - Nota 55

2 September 2013 - Semua orang dah tau game malam tadi Liverfool menang ngan MU...so ramai la geng-geng Liverfool ni muncul kembali secara tiba-tiba ntah dari mana datangnya pun gua tak tau. Selama ni gua ingat dah pupus dah golongan ni...huhu. Baru 3 game tapi geng-geng Liverfool punya seronok dan kemeriahan cam dah menang EPL...mungkin sangap sangat dah kot nak menang piala? Biarkanlah dulu mereka ngan kemenangan itu...walau apa pun yang terjadi gua tetap berdiri teguh ngan MU. Yeahhh!!!


 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates