11 Oktober 2011
Pagi Selasa ni sugguh indah...menambahkan lagi keindahan pagi ni adalah aku ngah bercuti. Haha...tapi keindahan pagi aku tak kekal lama. Ngah aku syok menikmati cuti sambil main FIFA 12 tiba-tiba ja pintu umah aku di ketuk bertalu-talu, cam nak runtuh umah aku di watnya. Potong stim tol la, baru nak feel sikit dah ada yang kaco...tak leh tengok orang senang langsung. Rasa cam nak lempang ja orang yang kaco aku ni...huhu.
Buka ja pintu maka terpacul la muka jiran aku yang ngah gabra cam di kejar hantu...rupa-rupanya cucu dia ngah sakit, dia mintak tolong aku antar cucu dia ke klinik. Tanpa banyak tanya aku capai kunci moto dan terus antar cucu jiran aku tu ke klinik berdekatan. Sampai kat klinik baru aku sedar yang aku just pakai seluar pendek ja. Adei, malu kowt!!! Suma orang kat klinik pakat gelak kat aku.
Ni gara-gara panik la ni...yela, cucu jiran aku tu bukannya sakit besa-besa bai!!! Kena asma tu...kalo kena terajang ngan orang yang bernama Asma tak pa lagi. Ni sakit asma yang menyebabkan lelah atau semput tu...lambat-lambat kang leh bawak maut wooo!!!! So tak heran la kalo aku panik sampai lupa nak tukar seluar. Hehe...
Pas dah antar cucu jiran aku tu masuk tuk pemeriksaan, aku pecut balik umah tukar pakai seluar panjang. Baru la nampak sopan sikit ye tak? Huhu...sampai kat klinik aku tengok keadaan cucu jiran aku tu dah stabil. Syukur, sumanya dah pulih cam sedia kala...tapi satu perkara ja yang tak pulih cam keadaan yang sepatutnya. Iaitu orang-orang kat situ still lagi tak leh berhenti gelak kat aku.
Huhu...akhirnya aku dapat jawapan gak pasal apa suma orang still lagi ketawakan aku. Rupa-rupanya aku terlupa nak zipkan seluar aku. Adei!!! Aku kemaluan tuk kali kedua...malang tol la. Terima kasih kat akak tu coz sudi gitau pasal zip seluar aku tu, kalo tak sampai ke sudah aku tak tau pasal apa suma orang dok gelakkan aku. Hehe...cuai tol aku ni kan?
skip to main |
skip to sidebar
Akibat Panik...
Posted by
azmiramin
on Wednesday, October 12, 2011
Labels:
Diari Seorang Budak Celaru
Papan Iklan!!!!
About Me

- azmiramin
- Mereka kata ku gila, Lagilah aku suka, Otakku geliga, Fikiran luar biasa, Mereka kataku samseng, Tapiku tak ambil pusing, Pedulikan semua! Fikir apa yang penting, Jangan percaya kata mereka, Sudahku kenal pasti, Kau pujaan hati, Cinta sejati memang boleh dibeli, Tapi tak mungkin ditukar ganti, Akan ku taati maharani, Mereka kataku tipu, Tapiku tak meniru, Mereka semua pemburu, Pemburu yang cemburu, Semua tuduhan fitnah belaka, Ada yang suka juga ada yang benci, Biar peluru menembusi kulitku, Suatu yang pasti kekal abadi, Akanku taati maharani, Mereka kata kau sama, Tiada apa yang berbeza, Aku tahu kau tak serupa, Tak silau lihat harta.
0 comments:
Post a Comment