Aku Yang Gila Komik



Tengkuk aku kesakitan, belakang aku kelenguhan, mata aku kepedihan dan tidoq aku kelewatan...sumanya gara-gara aku asyik dok baca komik atau lebih tepat lagi manga online. Pas abis exam ari tu aku start gila komik/manga balik....last aku jadi gila komik cam ni masa aku lower 6 dulu, pas tu aku slowkan membaca komik. Masa skolah dulu aku memang hantu komik...sanggup berlapar kat skolah semata-mata nak simpan duit beli komik. Beg skolah aku masa tu bukan penuh ngan buku tulis or buku teks ka apa...tapi penuh ngan komik, buku tulis ngan buku teks suma aku tinggal bawah meja. Gila tol!!!!
Yang paling best time ada spot check la...kelam kabut aku nak sembunyikan suma komik-komik aku tu. Slalunya tempat yang paling strategik tuk sembunyikan suma komik aku tu adalah kat bahagian belakang bilik darjah iaitu kat ruangan tempat bacaan...kat situ memang tempat yang paling save coz kalo pengawas jumpa pun komik aku tu depa takkan rampas coz depa ingat komik tu merupakan salah satu bahan bacaan kami. Hahahaha...bengong punya pengawas!!!



Kat bilik aku plak komik berselerakan kat merata-rata penjuru bilik coz aku bukannya jenis kaki mengemas pun...abis baca ja aku pakai campak cam tu ja. Bayangkan la malas tak malasnya aku, nak tidoq pun aku terpaksa tidoq atas komik-komik tu coz dah tak da ruang tuk aku campak komik-komik tu kat bilik aku so aku campak la atas katil plak...aku rasa sesapa yang tak penah masuk bilik aku tu leh sesat jadinya, even aku yang dah biasa pun kadang-kadang tersesat gak apatah lagi depa yang tak besa. Disebabkan kemalasan aku nak susun komik-komik aku tu mak aku telah bertindak ngan membakar separuh daripada koleksi komik-komik aku tu...arrrghhhhhh!!!! Cam nak gila aku di watnya...disebabkan ni aku tak cakap ngan mak aku selama 3 hari coz aku marah sangat ngan tindakan dia tu. Betapa bodoh dan berdosanya aku masa tu...salah sindri tak nampak, dok nampak salah mak aku ja. Pas dah abis ilang rasa marah aku tu, aku terus mintak maaf ngan mak aku...pas tu aku kasi susun aku punya komik coz mak aku ugut nak bakar abis suma koleksi komik aku tu kalo aku tak mau susun. Huhu...aku sayangkan mak dan koleksi komik aku.



Kegilaan aku kat komik sedikit sebanyak telah mempengaruhi impian aku pada masa tu...di sebabkan taksub sangat ngan komik aku bercita-cita nak jadi pelukis komik...hahaha. Bila aku teringat balik pasal ni aku tersenyum sindirian...rasa cam bangang ja. Time tu aku baru form 2, still lagi budak-budak yang tak tau apa-apa...so tak heran la kalo aku ada impian yang bangang ni. Tapi time tu aku memang btol-btol serius nak jadi pelukis komik...setiap kali cuti skolah(slalunya cuti skolah hujung tahun cam ni la)aku akan amik kelas melukis tuk memantapkan lagi aku punya skill melukis coz aku bukannya reti melukis pun. Tapi apa yang aku harap-harapkan tak menjadi...lukisan aku still lagi buruk cam dulu. So masa aku form 4 aku amik keputusan tuk give up ja impian aku ni coz aku sedar yang aku ni tak da bakat...walaupun time tu aku dah boleh melukis tapi lukisan aku still lagi buruk. Bila aku dah give up ngan impian aku yang nak jadi pelukis komik ni tu bukan bermakna minat melukis aku turut berkubur bersama...aku still lagi minat dan still lagi melukis sampai ke ari ni walaupun aku tau ianya buruk. Peduli apa aku janji aku puas ati!!!



2 comments:

CaHaYa HiDuPKu said...

wah..best..best..ada persamaan..dan pengalaman buku bersepah yg sama (hehe) tapi nasib bek tak kene bakar cuma kene makan dek anai-anai jer..huhu..sedih betul..

minat tu mungkin akan diturunkan kepada orang lain tapi keep going with that habit.. ianya menyeronokkan.. daripada give up mcm saya, langsung skill membaca pun jadi makin teruk..

kalau anda perasan bila slalu membaca ni, buku yang tebal pun boleh habis sekejap jer..masa tu rasa diri bagus sekali..

azmiramin said...

hahaha...kalo la kita dpt baca buku buku ilmiah cam baca komik kan best?mesti kita dah jd org y penuh ilmu d dada.hahaha...

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates