Selamat Tinggal Dunia 2009

Bila sebut pasal tahun baru mesti suma orang akan cita pasal azam masing-masing tuk tahun baru. Heran tol la aku, apasal bila nak masuk tahun baru ja mesti suma orang berlumba-lumba nak pasang azam baru? Ari-ari biasa yang lain aku tengok tak da la plak yang nak wat azam? Benda ni cam dah jadi satu tradisi plak aku tengok...tak kisah la kan coz setiap orang mesti mempunyai pemikiran yang berbeza kan? Tapi bagi aku tak payah la kita tunggu sampai tahun baru, baru kita nak pasang azam...ari-ari biasa yang lain pun kita leh pasang azam.
Slalunya bila kita dah ada matlamat baru r kita akan berazam tuk mencapai matlamat tersebut...tol tak? Aku rasa melalui cara ni baru r azam kita tu akan tercapai coz kita dah tetapkan matlamat kita berbanding dengan azam tahun baru yang slalunya gagal tuk di capai coz azam tu di wat tanpa ada matlamat yang jelas. Slalunya azam tahun baru ni di wat secara tergesa-gesa semata-mata tuk memenuhi tradisi azam tahun baru coz telalu ikutkan orang sangat...ni la silap kita, slalu sangat jadi pak turut sampai kadang-kadang tu kita sindri pun tak tau apa tujuan kita wat suma tu. Aku tak kata berazam tuk tahun baru tu salah tapi pastikan la azam yang di wat tu betol-betol realistik dan mampu tuk di capai oleh kita. Janganlah hangat-hangat tahi ayam ja...huhu. Apa-apa pun Slamat Tahun Baru 2010 tuk suma...Slamat Tinggal Duniya 2009.


2 comments:

Sir Marcello said...

TAhniah!! Ini Blog pertama yang aku kunjungi untuk tahun baru!!

wei bak sini link blog music ang...aku la nie ngah tukaq template...

azmiramin said...

http://makantidurmuzik.blogspot.com/

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates