Ngah ari tadi pas solat Jumaat aku tergesa-gesa bergegas keluar ke tandas...tank aku dah penuh da!!! Nasib baik aku leh tahan...kalo terbocor tak ke naya? Haha...pas tank dah kosong aku melilau mencari Ady Crazeewildman coz aku tumpang dia masa mai tadi ni. Aku tengok moto dia still lagi tersidai kat tepi masjid...so maknanya dia tak balik lagi la tu. Huhu...lega!!! Aku duduk tepi longkang kat tepi masjid tu menungggu Ady sambil aku melihat telatah manusia yang berlumba-lumba nak balik sampai ada yang tertolak aku jatuh ke dalam longkang...apa yang di kejarkan pun aku pun tak tau la sampai nak mintak maap pun tak sempat? Kalo tak berbudi pun, berbahasa cukup la kan? Hmmm...tak kisah la, maybe dia ada hal penting kot tu.
Orang dah beransur-ansur pulang dan semakin lengang tapi batang hidung si Ady ni aku tak nampak-nampak lagi..."Apa la yang dia doakan ni sampai panjang cam ni skali ni?", aku merungut sindrian. Tiba-tiba aku nampak sorang brader ni ngah melilau-lilau cam cari sesuatu kat depan tangga masjid...ntah cam mana ntah mulut aku ni tiba-tiba jadi ringan plak ngan gi tegur brader tu. Huhu...rupa-rupanya brader tu ngah cari kasut dia yang hilang. Huh!!! Aku mengeluh kesal...dalam ramai-ramai manusia yang berlumba-lumba nak menunaikan tanggungjawab masing-masing kepada-NYA still ada segelintir manusia yang cuba mengambil kesempatan. Apa punya manusia la depa ni? Kalo dah perangai setan tu memang tak leh wat apa dah...sian kat brader tu.
Kalo nak ikutkan, aku pun penah kena gak cam brader ni...time tu aku keja kat Gaint Alor Setar. Ari kejadian tu aku keja waktu petang...ari tu aku sampai awal cam ari lain gak. Pas naik gi punch card aku turun semula tuk turun solat Jumaat kat Masjid Al-Bukhary yang terletak bersebelahan Gaint. Pas solat Jumaat aku pun melilau cam brader tadi gak cari kasut Nike Air Force aku...cam orang gila aku time tu!!!! Yela, kannya senang aku nak beli...keja cam nak mampos kumpul duit. Dah la beli tak sampai tiga bulan...pakai pun tak puas lagi. Marah tol aku!!! Kalo aku dapat sapa yang balas kasut aku tu memang mati aku tibaii!!! Dan ari tu aku masuk keja ngan pakai selipar yang aku balas kat masjid tu gak...haha. Sori la kepada sesiapa yang aku terbalas selipar dia tu erk? Hehe...
skip to main |
skip to sidebar
Papan Iklan!!!!
About Me
- azmiramin
- Mereka kata ku gila, Lagilah aku suka, Otakku geliga, Fikiran luar biasa, Mereka kataku samseng, Tapiku tak ambil pusing, Pedulikan semua! Fikir apa yang penting, Jangan percaya kata mereka, Sudahku kenal pasti, Kau pujaan hati, Cinta sejati memang boleh dibeli, Tapi tak mungkin ditukar ganti, Akan ku taati maharani, Mereka kataku tipu, Tapiku tak meniru, Mereka semua pemburu, Pemburu yang cemburu, Semua tuduhan fitnah belaka, Ada yang suka juga ada yang benci, Biar peluru menembusi kulitku, Suatu yang pasti kekal abadi, Akanku taati maharani, Mereka kata kau sama, Tiada apa yang berbeza, Aku tahu kau tak serupa, Tak silau lihat harta.
0 comments:
Post a Comment