Aku Yang Gila Komik
Tengkuk aku kesakitan, belakang aku kelenguhan, mata aku kepedihan dan tidoq aku kelewatan...sumanya gara-gara aku asyik dok baca komik atau lebih tepat lagi manga online. Pas abis exam ari tu aku start gila komik/manga balik....last aku jadi gila komik cam ni masa aku lower 6 dulu, pas tu aku slowkan membaca komik. Masa skolah dulu aku memang hantu komik...sanggup berlapar kat skolah semata-mata nak simpan duit beli komik. Beg skolah aku masa tu bukan penuh ngan buku tulis or buku teks ka apa...tapi penuh ngan komik, buku tulis ngan buku teks suma aku tinggal bawah meja. Gila tol!!!!
Sekali Salah Antar Mesej Daa!!!
Perlawanan Futsal Penutup Semester
Selamat Tinggal indieact.net, Selamat Datang makantidurmuzik

Hangpa ingat lagi tak ari tua aku ada wat satu poll pasal patut ke tak patut aku memberhentikan blog muzik aku(indieact.net)...so skunk ni aku dah pun wat keputusan tuk memberhentikan terus blog aku tu walaupun hati aku berat tuk melakukannya. Lagipun masa aku wat poll tu pun ramai yang vote suruh aku hentikan saja blog muzik aku tu(tak da la ramai mana pun, 6 orang ja yang vote suruh hentikan, lagi 2 orang vote suruh teruskan)...thank kepada depa yang sudi meluangkan masa tuk vote, kesudian anda amatlah dihargai. Memandangkan aku dah wat keputusan tuk memberhentikan blog indieact aku tu so maknanya aku kena wat blog muzik baru la tuk menggantikannya...jangan risau coz aku dah pun create satu blog muzik baru yang diberi nama Music Can Be A Catalyst For The Changes.
Kecantikan Adalah Takdir
Akhirnya...

Kata orang penantian tu satu penyeksaan...akhirnya penyeksaan aku berakhir gak ari ni setelah berakhirnya exam. Walaupun aku sem ni leh amik satu paper ja tuk final tapi aku la yang paling abis lewat sekali antara dak-dak umah aku...so kira tengok la brapa lama aku kena tunggu semata-mata tuk jawab satu paper ni ja? Paper tadi tak da la payah sangat, soklan direct ja dia tanya...tapi memandangkan aku study last minit so soklan tadi agak susah la bagi aku.
Botol Cinta


Bila kita sedang dilamun cinta kita akan menjadi semakin kreatif tuk menghasil sesuatu yang mampu membuatkan si dia yang kita cintai tu merasa terharu...hangpa setuju tak ngan kenyataan aku ni? Time ngah angau la kita sanggup buat sajak, puisi dan lagu walaupun sebelum ni kita tak penah berminat dan terpikir pun nak buat benda ni suma...konon-kononnya romantik la. Huhu...sebenarnya aku ada something yang agak sweet tuk hangpa suma bagi kat awek hangpa. Benda ni orang panggil Love's Drugs tapi aku just panggil Botol Cinta ja. Tau tak cam na nak buat?
Inikah Yang Dikatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

Chelsea vs Manchester United 2009/2010
Final Piala Malaysia

Aku rasa suma orang dah tau kot yang Piala Malaysia tahun ni telah di menangi oleh team Negeri Sembilan? Kalo nak di ikutkan aku memang tak berminat tuk menonton perlawanan ni semalam coz aku bajet perlawanan ni merupakan perlawanan yang hampeh dan membosankan(besa r, kalo tak hampeh dan membosankan bukan nama bola sepak Malaysia la). Tapi memandangkan semalam Kame bukak siaran langsung game ni so aku terpaksa tengok gak la coz aku kebosanan tak da benda nak wat. Aku sebenarnya bukan nak ulas pasal game ni menarik ka apa, tapi ada something yang lebih menarik minat aku yang secara tak langsung mampu wat aku berpikir.
Nak tau pasal apa? Pasal karenah segelintir peminat bola sepak Malaysia yang tak bertamadun dan bangang!!!!!! Kecik-kecik tak nak mampos, besaq-besaq jadi bengong!!!! Apa yang depa dapat ngan baling mercun dan botol ke tengah padang? Adat permainan la ada menang kalah…so trima ja la kenyataan. Mana perginya semangat kesukanan yang dilaung-laungkan selama ni? Dah r bola sepak kita tak menarik sangat pun…tak malu ka dok kecoh-kecoh sedangkan lagi-liga luar negara yang lagi gempak rilex ja. Bodoh!!!! Yang aku heran kat Malaysia ni satu team ni ja yang fans depa slalu wat kecoh…team-team lain kat Malaysia ni aku tengok slumber rock ja. Lain kali kalo dah tau diri tu tak reti nak trima kekalahan baik duduk umah diam-diam...pas tu kalo hang nak bakaq kerusi ka apa ka hang bakaq la, tak da sapa nak marah pun coz tu harta hang. Tapi bila hang bakaq kerusi stadium tu yang orang jadi marah coz tu bukannya harta bapak hang!!! Bengap tol!!!!
Jangan Tinggalkan Daku!!!!!

Kalo nak di ikutkan pagi ni merupakan pagi yang paling afdal tuk aku layan tidoq coz hujan turun ngan lebat...peh memang syahdu pekena baring ni beb!!! Tapi sumanya musnah belaka apabila pagi ni tidoq aku diganggu oleh suara dak-dak umah aku yang terpaksa bangun tuk gi jawab exam...cibai tol!! Nak gi jawab exam gi ja la...tak payah la dok wat bising, hormat la sikit kat aku yang ngah tidoq ni!!! Dengki kat aku la tu coz aku leh pekena baring...depa ni kannya leh tengok orang senang sikit, ada la yang nak kena pedajal nanti. Apa-apa pun aku ucapkan semoga berjaya kat depa suma...best la depa coz paper depa dah nak abis, tinggal 1 paper ja lagi. Yang paling best Warf la coz paper dia abis ari ni...aku plak walaupun amik 1 paper ja sem ni tapi aku la yang paling abis lewat. Cilaka tol!!! Pasai apa la bengap sangat pi letak paper aku lewat? Kalo paper aku awai leh la aku balik awai...ni alang-alang paper aku abis lewat so aku pun akan balik lewat la coz pasni kami nak pindah umah plak. Pas pindah umah ni baru la aku balik...maybe nak dekat Raya Haji ni kot aku balik. Huhu...sedih tol. Harap-harap dak-dak umah aku yang lain pun tak balik gak la...kalo tak tinggal la aku sorang-sorang. Waaaa...jangan tinggalkan daku!!!!
Assignment Last Minute

Tepat kol 12 ngah ari tadi ngah aku dok sedap layan baring atas tilam(tidoq la)tiba-tiba enset aku berbunyi…sial, potong stim tol la!!! Tak leh tengok aku berbahagia sikit mesti ada yang kaco…celaka mana la yang tak reti nak hormat masa tidoq orang ni? Aku pun angkat la enset aku tu…di talian sayup-sayup kedengaran suara si mapley iaitu Fazley. Cis, balik-balik si mapley ni gak yang dok kaco aku tidoq!!!! Dah tak da keja lain dah ka nak wat? Apa la yang dia nak ngah-ngah ari ni?
Dia gitau aku yang Encik Nizan nak jumpa aku…aduh, apa kes plak Encik Nizan nak jumpa aku ni? Tiba-tiba ja aku rasa cuak. Aku pun terus bangun mandi coz aku cadang nak gi jumpa dia terus pas tu…pas dah abis mandi aku kol Encik Nizan tanya samada dia ada kat bilik atau tak. Dia kata dia tak free time tu…petang nanti baru dia free. So aku pun wat la appointment ngan dia pukul 4 petang. Cis menyesal tol aku gi mandi terus tadi, nak tidoq balik pun dah tak da mood coz mata dah cergas balik dah…kalo aku tau aku kol dia dulu pun takpa, leh la aku sambung tidoq balik. Arrrgggghhhh!!!! Pasai apa la aku tak terpikir tadi ni…
Tepat pukul 4 petang aku sampai kat perkarangan HEA UiTM Perlis…tiba-tiba baru aku teringat yang bilik Encik Nizan bukannya kat HEA tapi bilik dia kat HEP. Aduh, pasai apa la aku sengal sangat!!! Tak pasal-pasal aku kena patah balik…nasib baik la dekat ja. Pas dah parking motor Carlos yang aku pinjam tu kat perkarangan HEP aku menapak pi bilik Encik Nizan. Tiba-tiba langkah aku terhenti…tiba-tiba ja aku jadi blur, aku tak ingat kat mana bilik Encik Nizan. Aduh, spoilt lagi!!! Aku terus kol Encik Nizan tanya bilik dia kat mana…pas Encik Nizan bagitau aku yang bilik dia atas ILQAM baru la aku ingat kat mana bilik dia. Tapi Encik Nizan kata dia tak ada kat bilik lagi coz dia ngah on the way balik dari meeting…dia suruh aku tunggu kat depan bilik dia.
10 minit kemudian Encik Nizan pun sampai…nasib baik la dia tak amik masa yang lama tuk sampai, kalo dia lambat sikit tadi memang aku dah melingkup dah la coz aku kannya jenis suka tunggu orang lama-lama ni. Encik Nizan jemput aku masuk bilik dia…aku pun masuk dan terus duduk walaupun dia tak jemput aku duduk. Aku mula naik cuak…aku ingat dia nak marah aku, tapi rupa-rupanya dia tak marah aku pun. Encik Nizan just nak tau apa masalah aku coz sebulan sebelum exam bermula aku tak gi kelas langsung pun…so aku pun cita la kat dia yang aku ada apply cuti khas dari pihak UiTM ari tu, aku ingat ingat cuti aku tu dah di luluskan pasal tu la aku tak gi kelas.
Pas tu dia tanya aku samada aku nak amik exam tak? Aku jawab nak amik la coz cuti aku tak diluluskan…dia kata kalo nak amik exam aku kena wat past year tuk 3 sem dulu, kalo tak dia terpaksa failkan aku coz carry mark aku agak rendah(cam na tak rendah, test assignment apa suma aku tak wat). Cis nak suruh aku wat assignment ja rupanya!!! Aku ngat dia nak jumpa aku pasai apa la tadi…wat penat aku cuak ja tau tak. Huhu…so nak tak nak aku kena la wat gak. Dia bagi aku masa seminggu tuk aku siapkan assignment tu. Arrrggghhh!!! Aku dah mula tensen ni…aku ngat leh la aku fokus kat exam aku, skunk ni nak kena wat assignment plak. Sapa ada skema jawapan MGT420? Kalo ada aku nak pinjam jap leh? Huhu…
Apa-apa pun aku memang respek la kat Encik Nizan ni…slalunya student yang cari lecturer tapi ni terbalik plak, lecturer yang cari student. Memang bagus tol la dia ni…bukannya suma lecturer cam dia ni. Lecturer lain kalo student tak slalu gi cari depa jangan harap la depa nak cari student tu balik dan jangan harap la depa nak tolong student tu masa final nanti. Encik Nizan ni lain, dia jenis tak pilih kasih…kalo bleh suma student dia nak tolong, tak kira r samada dia kenal ke tak student tu sumanya dia layan sama rata ja. Aku sempat berborak panjang gak ngan dia tadi…last-last skali aku dapat tau yang dia ni orang kot belah Kuala Nerang gak cam aku. La patut la baik pun…orang Kuala Nerang memang sumanya baik-baik. Hahahaha…
FIFA 2010 vs PES 2010

Mana lagi best antara kedua-dua game bola ni? Bagi aku, aku lagi prefer FIFA dari PES. Dari segi grafik dah tentu la PES lagi gempak tapi dari segi gameplay aku rasa FIFA lagi best kot…gameplay FIFA aku rasa lagi hidup la(maknanya lagi realistic)dari gameplay PES. Pilihan team tuk FIFA pun lagi banyak dari PES…FIFA tak hanya tertumpu kepada liga-liga yang hebat ja, tapi team liga Malaysia tak da r. PES plak lebih tertumpu kepada liga-liga yang besar dan popular kat dunia ni so pilihan team tu agak kurang la…pi mai pi mai team yang sama gak. Lagi satu aku tengok FIFA banyak update data-data terbaru untuk setiap team…formation, jersi, player dan sebagainya suma lengkap seperti mana yang digunakan oleh setiap team skunk ni. PES plak aku tengok cam celaka…player transfer tak update, lining up cam haram(bayangkan la keeper gi letak jadi striker) dan jersi plak aku tengok still lagi dok guna jersi yang lama. Aku rasa cam nak karate ja CD game PES tu…nasib baik la CD tu Kame yang punya, kalo CD tu aku yang beli memang arwah lama dah aku rasa CD tu. Yang pasti pas ni aku akan bersara dari beli game PES…tapi bersara dari main PES maybe tak kot. Huhu…
Manchester United vs Blackburn Rovers 2009/2010

First aku nak tanya dulu kemana menghilangnya suara-suara sumbang dari fans Liverpool yang dok bising sangat pada minggu lepas? Takkan tiba-tiba senyap cam tu ja? Minggu sebelom lawan ngan Man U ari tu pun aku tengok senyap sunyi ja…takkan suara dah abis kot? Ke sebab rasa sedih sangat coz terpaksa kembali ke mood berkabung balik? Wakakaka…besa la bukannya senang nak merasa menang, so bila dah menang tu kena la raikan sepuas-puasnya tol tak? Skali skala merasa menang kan so apa salahnya nak celebrate pun? Tapi jangan la seronok sangat coz langit bukan selalunya cerah. Huhu…
Okey skunk baru aku nak cita pasal game ni…aku tengok game ni ngan Kame ja coz dak-dak umah aku yang lain dok study tuk exam paper Global sok ari. Secara keseluruhan game ni amat membosankan… aku siap menguap lagi sebagai tanda menunjukkan game ni memang membosankan. Ni secara tak langsung membuatkan aku sedar akan satu perkara iaitu selain membaca buku, menonton perlawanan bola sepak jugak mampu menjadi ubat tidoq yang paling berkesan. So kepada sesapa yang ada masalah nak tidoq tu tengok la perlawanan bola sepak…nescaya anda akan tertidoq. Tambah-tambah lagi kalo tengok bola sepak Malaysia, lagi la cepat tidoq. Huhu…
Walaubagaimanapun pagi tadi aku amat berpuas ati ngan persembahan si makhluk lembab iaitu Berbatov…kalo tiap-tiap game dia perform cam ni kan bagus? Tak da la aku dok susah-susah menyumpah seranah dia…save la sikit aku punya energy and secara tak langsung kurang la sikit aku punya dosa. Ni tak, main bola bajet macam pi makan angin kat Langkawi…orang lain dok pulun kejaq bola kat tengah padang dia leh berjalan rilex ja. Sapa tak marah beb kalo dah cam ni? Apa –apa pun tahniah kat dia coz berjaya menjaringkan gol semalam…tak lupa gak buat Rooney yang menjaringkan gol ke-2. Fight for the glory!!!! Yihaaaa…
Melayu Gadoh Ngan Cina

Gadoh boleh la di labelkan sebagai cerita indie coz movie ni merupakan DIY punya produk…tapi yang pastinya movie ni memang takkan ditayangkan kat mana-mana panggung wayang. Durasi movie ni tak da la panjang sangat…adalah dalam 70 minit cam tu atau kepada sesiapa yang bangang nak mampos tu ianya bersamaan dengan 1 jam 10 minit. Pengarah movie ni ialah Brenda Danker dan Namron(Namron turut berlakon didalam movie ni ngan memegang watak Azman). Movie ni diterbitkan oleh Big Pictures Productions ngan kerjasama KOMAS. Penggunaan bahasa didalam movie ni adalah tak sesuai digunakan untuk tujuan rasmi coz movie ni banyak menggunakan bahasa kutu-kutu jalanan atau lebih tepat lagi adalah bahasa pasar(aku heran tol la pasai apa orang gelarkannya bahasa pasar sedangkan kat pasar aku tengok orang tak guna pun bahasa cam ni).
Ianya tak macam movie Yusof Haslam yang banyak gunakan bahasa skema nak mampos yang membuatkan aku nak muntah bila menontonnya. Ini merupakan movie yang hangpa suma wajib tengok coz movie ni menceritakan pasal perpaduan, hak kebebasan pelajar untuk bersuara, masyarakat yang berfikiran old skool dan banyak lagi la persoalan yang cuba dikupaskan…movie ni menunjukkan reality sebenar yang berlaku disekeliling kita pada hari ini dan mutu lakonan pun agak hidup la. Cara bercakap, cara hisap rokok dan cara berpakaian memang kena r ngan jalan cita…sumanya rasa dekat je ngan diri kita coz ianya memang kena atau sama dengan kehidupan kita. Aku harap hangpa suma dapat cari dan tonton movie ni coz banyak pengajaran dan mesej yang cuba disampaikan…
Liverpool vs Manchester United 2009/2010

Man U kalah lagi dengan Liverpool untuk saingan EPL…nampaknya badi kekalahan pertemuan Man U dengan Liverpool tidak dapat dipadamkan lagi oleh Pak Cik Alex Ferguson dan barisan ‘setan merahnya’ sejak season lepas lagi. Season lepas Man U kalah kedua-dua game EPL di tempat lawan dan di tempat sindri ngan Liverpool...aku ngat Ahad ari tu Man U leh la makan Liverpool coz Liverpool bermain tanpa Gerrard yang masih lagi injured dan ditambah pula dengan keadaan Liverpool yang berhadapan dengan morale down player-playernya akibat kekalahan 4 game berturut-turut sebelom ni. Tapi ternyata suma telahan aku meleset belaka…sumanya bermula ngan jaringan yang dilakukan oleh Torres dan yang paling aku tak leh terima adalah jaringan ke-2 yang dilakukan oleh Ngog, kalo player star cam Torres score gol aku tak brapa nak kisah sangat coz dia memang gempak pun tapi bila player sampah cam Ngog yang score gol aku merasakan ianya merupakan sesuatu yang sangat hina buat Man U. Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kat Liverpool...kepada fans Liverpool plak aku nak ingatkan di sini bahawa perjalanan liga masih lagi panjang, so jangan la nak seronok sangat coz takut jadi cam season lepas plak. Huhu…
Pengorbanan Seorang Bapa

Kemarin pas kami balik dari umah terbuka Encik Fader kami berhenti pula kat Jitra Mall tuk tengok wayang...kalo nak ikutkan aku tak mau tengok wayang ni coz duit aku dah pokai tapi memandangkan suma orang pakat nak tengok wayang gak aku follow je la, nak wat cam na lagi dah aku tumpang keta depa so kena la ikut depa. Nasib baik la Edy ada duit lebih, leh la gak aku pinjam tuk beli tiket wayang...kalo tak mampos aku kena tunggu sorang-sorang kat luaq cam orang bodoh. Kami suma sebulat suara bersetuju tuk tengok movie melayu arahan Afdlin Shauki iaitu Papadom...nasib baik la suma orang pakat nak tengok movie ni coz aku memang excited sangat nak tengok movie ni dari awai-awai movie ni keluaq lagi. Aku rasa kalo depa suma tak mau tengok movie ni pun maybe aku akan tengok movie ni sorang-sorang gak kot...aku nak tau apa yang menarik sangat pasal movie ni sampai dapat anugerah sebelum ianya ditayangkan lagi.
Tiket wayang kami pukul 7 malam, so kami terpaksa la merayau-rayau dulu coz masa kami beli tiket tu ada la dalam pukul 5.30 petang...nak tunggu sampainya kol 7 tu aku rasa cam nak mampos coz aku dibelenggu kebosanan tahap dewa. Nasib baik la aku tak mati kebosanan kat situ...huhu.
Permulaan movie ni agak perlahan dan secara tak langsung ianya membuatkan aku mengantuk...terdetik didalam ati aku cam na la movie cam ni leh menang anugerah. Tapi aku kembali berminat untuk memberikan semula tumpuan aku kat movie ni setelah bermulanya scene isteri Saadom terlibat dalam kemalangan...aku rasa di sini titik permulaan yang menjadikan movie ni kembali menarik. Cita ni memang best, memang patut la pun movie ni menang anugerah...lucu, marah, sedih dan 1001 macam lagi perasaan yang timbul didalam diri aku apabila menonton movie ni. Afdlin memang bijak bermain ngan emosi pononton sampaikan aku rasa aku turut bersama-sama berada didalam movie tu. Ada satu scene tu aku sampai menitiskan airmata coz terlampau sedih sangat...nasib baik la gelap so orang tak perasan la sangat, kalo tak jatuh r reputasi aku sebagai seorang pengganas. Hahaha...movie ni membuatkan aku rindu kat arwah ayah aku yang telah meninggal 14 tahun lalu iaitu semasa aku darjah 2. Mari kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah ayah aku...semoga dia berbahagia disana. AMIN...
Rumah Terbuka Encik Fader



Sabtu, 24 Oktober 2009.
Walaupun Syawal telah berlalu pergi namun mood raya tu still lagi ada...buktinya Encik Fader
(lecturer Strategic Management) masih lagi nak wat rumah terbuka untuk student-studentnya (tak termasuk aku coz aku tak amik lagi subjek ni) walaupun bulan raya dah abis. Maybe dia nak wat umah terbuka untuk raya Deepavali kot...hahahaha. Tak kisah r dia wat umah terbuka ni tuk Hari Raya Aidilfitri ataupun Deepavali...janji aku kenyang, makan free beb mana leh lepaskan peluang yang macam ni. Aku ngan muka tak tau malu telah mengikut Warf, Edy dan juga Sam ke umah terbuka Encik Fader kat Jitra ngan menaiki 1 keta...tapi kami bukan pi berempat ja, kami turut disertai oleh beberapa orang lagi dak-dak Marketing cam Shah, Amad, Alip, Wana, Kak Miza dan Kak Ekin (kepada sesiapa yang aku tak sebutkan nama tu sori la erk coz ramai sangat, aku tak larat nak taip daaa...).
Masa kami sampai kat Jitra keta kami ngan keta Kak Miza telah hilang arah tujuan sebab ditinggal jauh oleh keta-keta dak lain...sial tol, dah r kami tak tau kat mana umah Encik Fader!!! So aktiviti call-menge'call' tuk bertanyakan jalan yang benar pun berlaku la...setelah agak lama aktiviti ni dijalankan akhirnya kami berjaya juga bertemu ngan arah yang dituju. Sampai ja kami kat umah Encik Fader kami tengok suma orang ngah menunggu kami... nasib baik depa suma tak makan lagi, kalo depa ngah makan memang aku sepak sorang-sorang coz tak tunggu kami. Dah r sebelom tu tinggalkan kami, kalo pas tu depa makan tak tunggu kami gak memang tahap kurang ajaq tahap dewa la ni. Dari segi makanan yang disediakan pula aku tengok ianya agak kurang...just ada spaghetti, kek, sandwich dan juga beberapa jenis kuih serta makanan ringan. Kalo diperbanyakkan lagi pilihan makanan mesti lagi best...dah r aku tak suka sangat makan spaghetti. Tapi spaghetti yang disediakan tu agak sedap gak r...ada sesetengah tu sampai tambah 2 kali.
Nota : Sori coz gambar tak berapa nak clear...thank tu Wana yang upload gambaq ni cepat-cepat kat Facebook, kalo tak post ni maybe dikeluarkan tanpa gambaq. Kira ok la ada gak gambaq kan walaupun tak clear tapi better dari tak da langsung kan? Hahaha...
Papan Iklan!!!!
About Me

- azmiramin
- Mereka kata ku gila, Lagilah aku suka, Otakku geliga, Fikiran luar biasa, Mereka kataku samseng, Tapiku tak ambil pusing, Pedulikan semua! Fikir apa yang penting, Jangan percaya kata mereka, Sudahku kenal pasti, Kau pujaan hati, Cinta sejati memang boleh dibeli, Tapi tak mungkin ditukar ganti, Akan ku taati maharani, Mereka kataku tipu, Tapiku tak meniru, Mereka semua pemburu, Pemburu yang cemburu, Semua tuduhan fitnah belaka, Ada yang suka juga ada yang benci, Biar peluru menembusi kulitku, Suatu yang pasti kekal abadi, Akanku taati maharani, Mereka kata kau sama, Tiada apa yang berbeza, Aku tahu kau tak serupa, Tak silau lihat harta.
Muka Buku
Die - Hard - Fans
Followers
Arkib
-
▼
2009
(42)
-
►
November
(13)
- Sekali Salah Antar Mesej Daa!!!
- Perlawanan Futsal Penutup Semester
- Selamat Tinggal indieact.net, Selamat Datang makan...
- Kecantikan Adalah Takdir
- Akhirnya...
- Botol Cinta
- Inikah Yang Dikatakan "Rakyat Didahulukan, Pencapa...
- Chelsea vs Manchester United 2009/2010
- Final Piala Malaysia
- Jangan Tinggalkan Daku!!!!!
- Assignment Last Minute
- FIFA 2010 vs PES 2010
- Manchester United vs Blackburn Rovers 2009/2010
-
►
November
(13)