Main Kad Punya Hal

Main kad terup merupakan satu aktiviti wajib bagi dak-dak umah sewa aku tuk menghilang kebosanan yang melanda diri masing-masing. Beberapa ari lepas pas aku balik dari tengok game Man U ngan Edy aku lawan game bola ngan Carlos jap…ngah kami rancak dok main tiba-tiba Edy ajak kami main kad. Aku kata tunggu kami abis lawan dulu r, dah abis main nanti kalo nak main kad leh la…pas dah abis main game tu aku, Carlos, Edy dan Warf pun start la main kad. Masa mula-mula main tu memang tak ada masalah apa pun…masing-masing enjoy ja. Tapi pada satu tahap tu masalah mula timbul apabila aku enggan bagi kad aku balik setelah Warf, Carlos ngan Edy suruh pulangkan kad kat tangan aku untuk dibahagikan balik coz depa tak puas ati aku dapat 2 heart. Selepas dipaksa secara bertubi-tubi oleh depa bertiga akhirnya aku bagi gak kad tu dan terus bangun blah dari situ sebagai tanda protes aku kat depa.

Edy start bising kat aku…aku wat tak tau ja, mampos pi r kat hang!!! Kalo setakat sekali dua depa nak tarik balik coz aku dapat kad nombor 2 aku tak brapa kisah sangat…tapi ni dah banyak kali sangat dah ni, dah rezeki aku nak wat cam na kan? Trima ja la…kad tu kalo aku tak amik lagi hangpa nak tarik balik pun tak pa r, ni masalahnya aku dah amik kad tu takkan la nak bagi balik. Huhu…sori aku tulis pasal ni bukannya aku nak cari gaduh tapi hanya sekadar meluahkan perasaan aku yang terasa teraniaya oleh hangpa. It’s just a game…tak yah la kita nak gaduh-gaduh. Sori coz malam tu aku teremosi sikit…bila kita nak main kad balik ni? Sejak malam tu kita tak main-main lagi kad sampai ke ari ni…takkan la merajuk ngan aku. Hahaha…

2 comments:

Sir Marcello said...

hahaha...ini pun leh jadi cerita...hang kena faham..mereka2 itu...tak pernah menang kalo men card...tue yang asyik tak puas hati...

azmiramin said...

sekadar meluahkan rasa yang terpendam saja...tak da niat apa2 pn.bila kita nk rematch main kad ni...ari tu hg kalah.wakakaka...

 

Design in CSS by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine
Blogger Template created by Deluxe Templates